Friday, December 25, 2009
Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 13
63.Hachiju no mitsugo (Zaman Tua adalah zaman kanak-kanak kedua)
Pepatah Melayu ada mengatakan Orang tua jangan diperut seperti rotan, dahululah dia merasa garam yang bermakna usahlah kita cuba mengajar orang pakar.Tua pun gugur, masak pun gugur yang bermakna setiap yang hidup pasti mati.Tua tebu bermakna semakin tua semakin hebat.Tua-tua keladi berisi bermakna seorang yang tua yang pendiam tetapi banyak ilmu.Tua renta bermakna sangat tuan tetapi janganlah jadi Tua-tua terung asam, makin tua selera makin tajam yang bermakna orang tua berlagak muda.
64.Haigun no so wa hei o katarazu (Panglima yang kalah perang janganlah bercakap tentang peperangan )
Simpulan bahasa Melayu kita tentang perang diantaranya Perang asabat bermakna gertak-mengertak.Perang bermalaikat,sabung berjuara bermakna manusia berusaha tetapi Tuhan menentukan kejayaan atau tidak.Perang gurila adalah perang dijalankan bawah tanah.Perang Salib adalah perang bagi menyelamatkan Baitulmuqadis dari tangan orang kristian.
65.Haisui no jin o shiku (Membakar sebuah perahu )
Simpulan bahasa Melayu Perahu berangai bererti perahu lanun.Perahu bertambatan dagang bertepatan bermakna buat kerja ikut peraturan.Perahu katir bermaksud perahu yang dipasang pengimbang disebelah kiri dan kanannya.Perahu papan bermuatkan intan pula bermakna tidak layak dijodohkan.Manakala Bakar hujan bermakna mendung.Sedangkan Bakarlah air ambil abunya bermakna mustahil untuk dibuat.
66.Hajime ga daiji (Permulaan adalah separuh dari keseluruhannya)
Langkah kanan bermakna bernasib baik.Langkah baik adalah waktu yang sesuai untuk kita memulakan perjalanan.Langkah seperti tagar adalah langkah bunyi bergemuruh.Langkah seribu adalah cabut lari kerana takut.
67.Hajime yokereba owari yoshi (Baik pada permulaan baiklah akhirnya)
Ada batang cendawan tumbuh bermakna dimana jua kita tinggal pasti ada rezeki yang boleh kita cari.Ada padi masak, adalah pipitnya yang bererti orang yang baik budinya akan disayangi orang.Ada tugal adalah benihnya yang bermakna segala usaha yang baik akan ada hasilnya.Adakah manikam itu kalau jatuh kedalam lumpur sekalipuun tidak akan hilang cahayanya bermakna orang yang baik-baik walau dimana dia berada tetap dia baik.
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment