Wednesday, December 9, 2009

Pengenalan Teori Raut Wajah @ Muka Dari Persepktif Islam : Satu Penerokaan Bab VII

Selepas Nabi Sulaiman AS ,ialah Nabi Ilyas AS yang mana baginda berketurunan dari Nabi Harun AS.Baginda diutus kepada penduduk kota Ba'labak , dinegeri Palestin .Penduduk kota itu juga tidak mahu mengikut seruan dakwah oleh baginda yang kemudiannya Allah S.W.T telah menurunkan bala kepada mereka.Baginda telah disebut dengan anak saudara baginda iaitu Nabi Ilyasa AS seperti dalam surah an-Anam,ayat 86 yang berbunyi " Dan,Ismail,Ilyasa,Yunis dan Lut.Masing-masing Kami (Allah S.W.T) lebihkan diatas seluruh alam ".Selepas Nabi Ilyas AS wafat atau ghaib,Nabi Ilyasa AS pula diutuskan untuk menyeru penduduk kota Banias diSyam supaya beriman kepada Allah S.W.T dan ramai yang menerima seruan dakwah baginda.Apabila baginda wafat Allah S.W.T pula bangkitkan Nabi Yunus AS yang juga berketurunan Nabi Ya'qub AS iaitu Yunus bin Matta bin Abu Matta bin Bunyamin bin Ya'qub AS.Baginda dilantik ketika itu dinegeri bernama Ninawa yang mana kemudiannya baginda telah berdakwah selama 33 tahun dan hanya dua orang sahaja yang beriman mengikut baginda iaitu Tanukh dan Rubil.Lantaran takutkan bala yang diturunkan oleh Allah S.W.T ,Nabi Yunus telah meninggalkan Ninawa dan kemudian menumpang kapal yang mengakibatkan baginda pula dibuang kelaut dan telah ditelan oleh ikan paus selama 40 hari 40 malam seperti yang dikisahkan dalam Al-Quran dalam surah al-Anbia,ayat 87-88.Setelah dimuntahkan oleh ikan paus,baginda telah kembali kepada kaumnyna yang telah beriman kira-kira 100,000 orang setelah takutkan azab Allah S.W.T.

Setelah itu Nabi Zakaria AS , yang perkerjaannya sebagai tukang kayu adalah juga bapa saudara kepada Siti Maryam yang telah memenangi secara undian bagi menjaga anak saudaranya itu.Bila Siti Maryam beribadat kepada Allah S.W.T dalam mihrabnya akan memperolehi makanan dari Allah.Nabi Zakarian AS juga dimusuhi oleh kaumnya iaitu bani Israil dan baginda dikurniakan anak yang menjadi Nabi Yahya AS.Nabi Yahya AS adalah seorang yang kacak dan makanan baginda adalah daun-daun kayu,manisan lebah,belalang dan air sejuk.Baginda menjadi Nabi ketika baginda berusia 30 tahun dan baginda masuk kekota Baitul Maqdis untuk mengajak manusia kembali keajaran Kitab Taurat.Raja yang memerintah ketika itu bernama Herodos yang ingin berkahwin dengan puteri Herodia telah dihalang oleh Nabi Yahya As yang mengakibatkan baginda telah dibunuh oleh Raja Herodos.Nabi Yahya AS adalah diantara nabi yang telah dibunuh oleh kaumnya dan setelah itu semua kaum yang membunuh Nabi Yahya AS telah ditelan bumi.Penulis riwayat nabi Yahya As ada menulis bahawa belum pernah manusia yang secantik Nabi Yahya As dan Alah S.W.T telah mencatatkan dalam Al-Quran surah Maryam, Ayat 7 yang ertinya :-

" Wahai Zakaria! sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu akan beroleh seorang anak yang bernama yahya.Yang sebelumnya Kami belum pernah mencipta orang yang serupa dengan dia ".

Nabi Isa AS adalah Rasul Ulul Azmi yang merupakan susurgalur Nabi Sulaiman AS bin Daud AS.Baginda lahirkan tanpa bapa dari ibunya Siti Maryam binti Imran.Datuk baginda, Imran bin Mattan adalah seorang pemimpin dan ketua upacara sembahyang kaum Israil dan kemudiannya menyerahkan Siti Maryam kepada rumah ibadat dikota Baitul Maqdis yang dijagai oleh Nabi Zakaria AS.Nabi Isa AS telah dilahirkan ditempat bernama Baitilehem yang semasa bayi boleh berkata-kata dan mengikut Ibnu Abbas terdapat 4 orang bayi yang boleh berkata-kata ketika dalam buaian iaitu dizaman Juraij,bayi dirumah Sti Zulaikha,bayi Masyitah dan Nabi Isa AS.Nabi Isa AS telah dibesarkan oleh ibunya didesa bernama Annasyirah yang agak jauh dari tempat baginda dilahirkan.

Nabi Isa AS adalah seorang pemuda yang berwajah kacak dan sangant tampan, berbadan sederhana tinggi dan kulit berwarna kemerah-merahan.Baginda berambut lulus dan panjang hingga kebahu.Menurut Nabi Muhammad S.A.W bahawa wajah Nabi Isa AS seakan-akan wajah sahabat baginda yang bernama Urwah bin Mas'ud ath-Thaqafi.Apabila berumur 12 tahun Nabi Isa AS telah berkerja sendiri dan memilih berkerja sebagai tukang kayu seperti kerja bapa tirinya Yusuf an-Najjar.Disebelah malam baginda telah menghadiri majlis pengajian dirumah ibadat dengan mendengar pendita pengajar Kitab Taurat.Baginda hanya memakai sehelai baju gamis yang murah dan tidak memakai alas kaki dan baginda pernah berkata " Tiada orang fakir yang lebih fakir daripadaku ".

Setelah baginda dilantik menjadi Rasul ketika berusia 30 tahun dan dengan bersama ibunya Siti Maryam, mereka telah mendaki bukit Zaitun dan kemudian didatangi oleh malaikat Jibrail membawa Kitab Injil kepada baginda.Nabi Isa AS telah menyeru dan mengajak kaumnya menyembah Allah S.W.T dan baginda telah diminta oleh kaumnya menunjukkan mujizat diantara mujizat Nabi Isa AS ialah baginda dapat mencipta buring dari tanah dan kemudian menjadi burng itu hidup,baginda juga dapat mencelekkan orang buta sejak lahir,dan menyembuhkan orang yang berpenyakit sopak,baginda juga dapat menghidupkan orang yang telah mati dan lain-lain.Seruan dakwah baginda tidak mendapat sambutan dan hanya kira-kira 12 orang sahaja yang beriman dan bersama mereka itu mereka berdakwah hinggalah mengharungi padang pasir dan kelaparan yang hinggakan pengikutnya meminta oleh turunkan makanan kepada mereka dan Allah perkenankan kepada mereka seperti dalam Al-Quran didalam Surah al-Ma'idah ,ayat 115 yang bermaksud :-

" Sesungguhnya Aku (Allah S.W.T) akan menurunkan hidangan itu kepada kamu,Barangsiapa yang kufur (mengengkari nikmatku) sesudah itu (sesudah menikmati hidangan itu) pasti Aku akan menyiksanya dengan siksaan yang belum pernah Aku timpakan keatas seseorangpun diantara umat manusia "

Orang-orang kafir yang ingin menghapuskan Nabi Isa AS dan memfitnahkan baginda yang dikatakan ingin memerangi Raja Palestin dan angkatan angkatan raja ketika itu datang mengempur markas Nabi Isa As setelah mendapat kerjasama dari murid Nabi Isa As yang munafik yang menurut pendapat ahli-ahli tafsir ialah yang bernama Yahuza dan Allah S.W.T telah mengangkat Nabi Isa AS kelangit dan tentera kerajaan telah menangkap Yahuza Iscariot yang disangkakan Nabi Isa AS.Yahuza Iscariot mengatakan bahawa dia bukan Nabi Isa AS tetapi tentera kerajaan tidak mempercayai itu semua kerana mereka mendapati Wajah,Yahuza Iscariot adalah sama dengan Wajah, Nabi Isa AS.Yahuza Iscariot kemudiannya dibawa ketiang salib dan dia mati ditiang salib kerana perbuatannya sendiri yang menunjuk dan mengkianati Nabi Isa AS.Inilah pembalasan kepadanya yang mengkianati Nabi Allah S.W.T.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: