Sunday, December 27, 2009

Teori Raut Wajah @ Muka Dari Perspektif Islam: Satu Penerokaan Terhadap Wajah Kota-Kota Islam Sejak Tamadun Bab Ittihaad (Gabungan) II


Kesan-kesan sejarah dibandar Sabtah terdapat bagi penyembahan,istana-istana lama, empangan di wadi syabut yang boleh menakung air hujan bagi kegunaan para petani.Manakala bandar pelabuhan bagi kerajaan Hadramaut itu ialah bandar Cane Emporium atau Cana-Qana yang mana perdagangan secara meluas diantara Omana (Omman), India dan Somalia.Dikota ini terdapat kota berkubu yang dikenali dengan kota Ghurab.Kerajaan Saba, wujud setelah jatuhnya kerajaan Main pada 650 SM dengan ibukotanya bernama Marib dan kemudian Sarwah yang juga merupakan kota tempat penyembahan dan juga kota tempat tinggil Puteri Balqis.Akhirnya kerajaan al-Nabat yang kotanya ialah Petra yang kira-kira 50 batu dari Laut Mati yang dikenali nama lamanya Sela.Kota ini kekal hingga sekarang yang digelar Wadi al-Sauq.Selain dari itu kota atau bandar Palmyra yang menurut para pengkaji barat ianya dibina oleh Nabi Sulaiman AS dan merupakan bandar yang subur tanah buminya.Bandar ini sungguh indah dengan lukisannya dan kesan haikal (bangunan berhala),tiang-tiang tinggi diperbuat dari batu kukuh yang kekal kehari ini.Bandar Hirah pula diasaskan oleh Raja Amru bin Udai al-malik memang terkenal dengan kecantikan dan keenakan hawanya dan selalu disebut oleh para sasterawan Arab dengan kata-kata " Sehari semalam diHirah adalah lebih baik dari berubat setahun".Bandar ini terletak dekat bandar Damsyik dan Tadmur.

Bandar Mekah pula bermula sejak kurun ke5 SM, apabila Nabi Ibrahim AS datang keMekah,bandar ini telah menjadi tumpuan kerana terdapat perigi Zam-Zam dan Kaabah.Pentadbir bandar Mekah yang mulanya dari puak Jurhum dan kemudiannya Bani Harith telah menukar ajaran Nabi Ibrahim AS kepada penyembahan berhala.Bila Islam muncul bandar Mekah bertambah penting dengan bila tertubuhnya Dar al-Nadwah yang telah melaksanakan sistem pungutan cukai tahunan dan hal-ehwal peperangan.Dar al-Nadwah juga mempunyai dewan-dewan bagi suku-suku kaum dikota itu.Mekah juga menjadi pusat perdagangan bagi kafilah-kafilah dari Syam dan Semenanjung Arab.Mekah menjadi tumpuan ibadat Haji dan ditadbir oleh satu majlis yang dikenali al-Mala.Bila Mekah ditawan oleh Rasulullah S.A.W ianya kian berkembang dan Kaabah turut diperbesarkan.Binaan Kaabah telah dibaiki sejak masa Abdullah ibn al-Zubayr sekitar 705 Masehi.Kemudian zaman Khalifah Harun al-Rashid pula dimana beliau memberi sumbangan wang kepada penduduk Mekah dan isteri baginda pula membina tali air seperti Ayn al-Baqarah yang sepanjang kira-kira 12 batu menuju keMekah.Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2, Nabi Ibrahim AS telah berdoa yang maksudnya " Wahai Tuhanku! Jadikan Negeri Mekah ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai-bagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat ".

Kota Madinah pula memang terkenal dengan tanahnya yang subur dan pertaniannya maju.Nama dahulunyanya ialah Yathrib, yang ketika itu hanyalah berberapa rumah-rumah kecil yang dikelilingi oleh ladang-ladang pertanian.Ia merupakan tunjang pendapatan para penduduknya.Bila Rasulullah S.A.W datang ke Madinah lantaran Berhijrah pada tahun Pertama Hijrah atau 622 Masehi, dimana ketika itu penduduknya terdiri dari orang-orang Arab dari kabilah Aus dan Khazraj dan juga dari suka kaum bani Nadir,Qainuqa,Quraizah,orang Yahudi dan lain-lain.Bila baginda Rasulullah S.A.W datang keMadinah, baginda telah melaksanakan usaha-usaha yang diantaranya ialah membina masjid,membantu golongan muhajirin, mengadakan perjanjian-perjanjian dengan kaum bukan muslim .Masjid yang dibina adalah kemudianya dikenali sebagai Masjid al-Nabawi dan juga kelahiran Piagam Madinah yang merupakan satu deklarasi negara kota yang pertama bagi Islam seperti yang dikatakan oleh Muhammad Hamidullah dalam Bukunya berjudul " The First Written Consitution in The World ",1968:16.Kemudiannya pula menurut Abu al-Buhturi bahawa Madinah terdapat mimbar dan maqam Nabi Muhammad S.A.W dan baginda telah berdoa supaya diberi keberkatan kepada gantang dan cupak penduduknya (Madinah) dan dibanyakan harta mereka.Bandar Madinah dibuka dengan cahaya keimanan berbanding dengan kebanyakan bandar-bandar lain yang dikatakan dibuka dengan cara peperangan (pedang).Madinah menjadi pusat pentadbiran Islam dizaman Rasululah S.A.W dan juga Khalifah-Khalifah al-rasyyidin.Perpindahan pentadbiran Islam dari Madinah telah berlaku diZaman Khalifah Umaiyyah dan juga Abbasiyyah iaitu keDamsyik dan Baghdad.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: