Wednesday, December 16, 2009

Kita Bangunkan Semula Sistem Pendidikan Pondok DiKg.Relong,Kuala Lipis

Saya telah menulis dalam blog ini tentang tradisi pendidikan pondok diBukit Berangan,Kg.Relong dan juga tentang persaraan Ustaz Hj Zahari Uda yang ada kaitan dengan pondok Bukit Berangan.Saya juga ada melahirkan rasa dukacita tentang diKg Relong tiada didirikan sekolah agama.Walaupun ia belum terlewat ,kini sampailah waktunya kita mulakan sebuah sekolah pendidikan pondok yang kecil dikampung kita.Dari aspek hiraki pengetahuan Islam telah banyak dihuraikan oleh ahli sarjana Islam namun pada asasnya ahli-ahli falsafah Islam bersependapat bahawa pengetahunan terhadap Allah S.W.T adalah diutamakan ,al-Bahay menulis " Islam menganggap Allah S.W.T sebagai tumpuan tertinggi pengetahuan, objek hakiki dan manusia patut menumpukan pengetahuannya kepada-Nya menerusi akal dan fikirannya " .Pengetahuan selepas pengetahuan terhadap Allah S.W.T adalah seperti aqidah iaitu rukun iman,pengetahuan tentang halal dan haram,hukum-hukum syariah Islam,pengetahuan manusia tentang dirinya dan aspek kerohanian dan pengetahuan tentang realiti alam, kehidupan dan masyarakat.

Ibnu Khaldun yang menghuraikan dengan luas tentang ilmu pengetahuan dimana beliau telah membahagikan kepada dua kategori dimana kategori pertama ialah Naqli(wahyu) yang termasuklah Al-Quran,Tafsir,Hadith,Nasikh dan Mansukh,Sanad Hadith,Usul Figh,Ilmu Kalam dan Ilmu Tasawuf.Kategori kedua pula ialah Aqli(dicari) iaitu kira-kira,ilmu matematik,aljibera,muamalah dan faraid,kejuruteraan,ilmu bentuk,ruang dan kawasan,limu gunaan ialah perubatan,binaan,pertukangan,perbidanan dan lain-lain.

Sumber bagi pengetahuan Islam itu diperolehi dari perkara-perkara berikut iaitu "Deria " samaada zahir atau batin.Pancaindera adalah punca pengetahuan yang utama kalau mengikut al-Kindi dan akal pula adalah punca pengetahuan yang seterusnya."Akal" adalah dipersetujui oleh kebanyakan ahli falsafah Islam sebagai punca pengetahuan.Dimana akal diibaratkan cahaya yang menerangi manusia.Namun ada juga kelemahan akal ini yang menurut beberapa ahli falsafah Islam dimana ia terbatas dalam hal-hal ghaib seperti ketuhanan,kenabian,roh,akhirat dan lain-lain."Intuisi" ialah perubahan dari sifat potensi kealam nyata.Misalnya Ibnu Sina mengatakan intuisi adalah sebagai ilham akal yang aktif."Ilham" adalah tinggi kedudukannya dikalangan ahli falsafah Islam kerana dengan Ilhamlah kita boleh mengetahui perkara-perkara aqilah yang mujarrab,realiti dan ideal.Akhirnya sumber Wahyu adalah merupakan punca pengetahuan sesorang Islam.Wahyu diturunkan kepada rasul-rasul Allah S.W.T untuk menjadi pengetahuan manusia.Dalam wahyu terdapat hadith-hadith Qudsi yang diriwayatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W selepas A-Quran.Seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud " Apa yang dibawakan oleh Rasul hendaklah kamu mengikutnya,sedangkan yang dilarangnya hendaklah kamu menjauhinya " (al-Hasyr:7)

Sekarang kita lihat siapakah yang terlibat dalam Pendidikan Islam ? Jawapannya memang ramai namun kita ambil golongan utama iaitu guru-guru dan murid-murid.Al-Ghazali menyatakan golongan ulama (guru) dengan mengambil sabda Rasulullah S.A.W bahawa " Dakwat para ulama lebih baik dari darah syuhada(al-Hadith)".Kajian terhadap guru telah didapati diMesir sejak dahulu lagi yang terkenal ialah Taubah al-hadrami,Abu Ismail bin Nuaim dan lain-lain.Dizaman Muawiyyah guru dilantik dengan dibayar gaji dan bila sistem pendidikan berkembang ditubuhkan Bayt al-Ilm iaitu gedung pengetahuan diBaghdad dan kemudian wujud Madrasah Nizamiyyah.Kemudian Maktab Al-Mustansiriyyah telah ditubuhkan dizaman Abasiyyah dimana guru telah dibayar gaji bulanan dan setiap murid pula mendapat sedinar emas sebulan.Akhirnya Al-Azhar ditubuhkan dari sebuah masjid menjadi Universiti pada 378 Hijrah.

Guru kanak-kanak (muallim kuttab) adalah guru-guru disekolah rendah pada peringkat permulaan kebangkitan Islam,tutor (muaddis) pula memberi pengajaran kepada anak-anak golongan bangsawan dan guru mengajar dimasjid dan madrasah yang mendapat penghormatan tinggi ketika itu yang mana kemudian menjadi profesor disekolah tinggi Islam dahulu.Murid-murid pula yang berasal dari perkataan murid bererti orang yang mencari atau menginginkan.Banyak ayat-ayat Al-Quran dan juga hadith yang menyatakan tentang menuntut ilmu.Diantaranya surah al-Nahl,ayat 43 yang bermaksud " Tanyalah orang yang mempunyai ilmu pengetahuan jika kamu tidak tahu " dan sabda Rasulullah S.A.W yang bermakna " orang yang berilmu adalah waris nabi-nabi ".

Apakah langkah-langkah yang perlu kita ambil bagi mendirikan sekolah pondok semula diRelong ,caranya ialah bolehlah kita kenalpasti bangunan atau rumah bagi dijadikan tempat pembelajaran, tentang guru-guru pula kita ambil guru-guru yang telah bersara sepeti Pakandak Yusof Ibrahim,Ustad Ibrahim, Ustad Siraj,Ustad Zahari dan lain-lain.Manakala murid-murid saya pasti bila kita tubuhkan ada yang akan menghantarnya kesitu.Kalau payah sangat kita bawa sanak-saudara masing-masing kesitu seorang atau dua pasti ramai jadinya nanti.Seterusnya dari segi kewangan saya kira JKKK kg Relong pasti dapat mencari para dermawan dari anak cucu cicik Tok Linggi yang telah ramai seperti dipapar dalam akhbar Utusan Melayu itu.Namun begitu setiap rumah orang Kg Relong perlulah berderma RM 10 bagi sebuah rumah bagi menyatakan rasa komitmennya.Jadi tulisan ini saya coretkan sebagai riaksi kepada lontaran idea Pandak Yusof Ibrahim dalam blognya.

Dr Aminudin

No comments: