Sunday, December 27, 2009

Teori Raut Wajah @ Muka Dari Perspektif Islam : Satu Penerokaan Terhadap Wajah Kota-kota Islam Sejak Tamadun Bab Ittihaad (Gabungan) I


Sejak manusia bertamadun ,mereka menetap dibandar-bandar atau kota-kota.Dalam penyebaran Islam dikota-kotalah ianya bermula dakwah dan juga perkembangan ilmu pengetahuan Islam. Malahan Nabi Muhammad S.A.W telah dilahirkan dikota Mekah al-Mukarramah dan Islam berada dizaman kegemilangan juga dikota iaitu kota Madinah al-Munawarah.Madinah sediri berasal dari perkataan Madana yang jamaknya mudun bererti bandar.Pembangunan bandar-bandar atau kota-kota dinegara Islam adalah dengan pembinaan masjid dimana misalnya Mekah dengan Masid al-Haram,Madinah dengan Masid Nabawi,Damsyik dengan Masjid Umaiyah,Qurtubah dengan Masjid Jami Qurtubah dan lain-lain kota.Ciri-ciri yang umum bagi kota purba ialah kota yang berkubu bagi tempat berlindung dimasa peperangan.Walaubagaimana pun istilah atau definisi kota telah banyak diperkatakan oleh para pengkaji atau sarjana.Namun dapatlah kepada kita rumuskan bahawa kota atau bandar itu mempunyai penduduk yang ramai,padat dan mempunyai latarbelakang sosial yang berbagai-bagai.Ibnu Khaldun pernah menyatakan bandar itu adalah kawasan yang berubah dari tahap pertanian (al-darurah) ketahap keperluan (al-hajah) dan meningkat ketahap kesempurnaan (al-kamalat) dan akhirnya sampai ketahap kemewahan (al-taraf).Bila sampai ketahap terakhir ini bolehlah kita kategorikan sebagai bandar.Diantara ciri-ciri bandar Islam akan terdapat didalamnya masjid,gabenor (qadi dan suq),kota berkubu (qasbah),pinggir kota (rabat),dinding kota (sur),pintu kota (bab),kubu pertahanan (burj),jalan raya (shari),tempat awam (bataha),tempat solat (musalla),perkuburan (maqbarah),tempat simpan air(khazzan),parit mengelilingi kota (khandaq) dan kawasan penempatan penduduk (mahalla).

Tamadun awal bagi bandar didunia dikatakan dimulai di Mesopotamia yang terletak didua lembah sungai iaitu Sungai Euphrates dan Sungai Tigris.Bandar lain dilembah ini seperti bandar Ur,Eridu,Erech,Ubaid,Nippur dan lain-lain.Bandar yang besar diMesopotamia ialah Babylon (kira-kira 2000 SM).Para pengkaji arkeologi mendapati bandar Mesopotamia mempunyai tembok-tembok yang mengelilingi bandar yang menjadi perlindungan dari serangan musuh terhadap pemerintah,ahli-ahli agama dan juga terdapat kepok-kepok padi didalam tembok itu.Manakala para perkerja mahir,jurutulis, hamba dan orang gaji ditempatkan dibahagian pinggir bandar.Didalam pinggir kota pula terdapat taman-taman dan padang-padang rumput serta tempat berlidung dari serangan musuh sedangkan jalan-jalan didalamnya amat sempit dan bengkang-bengkok dengan rumah-rumahnya berkeadaan amat padat sekali.Inilah wajah kota dunia mula-mula bertamadun yang dikaji oleh para penyelidik untuk pengetahuan kita.Banyak lagi kota-kota lain tumbuh sekitar tahun 2000 SM seperti kota Sidon,Tyre,Beriut,Damsyik dan Jerusalem serta juga Susah diFarsi.Pada tahun 700 SM terdapat kota bernama Persepolis,Pasargade dan Hame.Manakala kota-kota ditanah Arab seperti Sana,Marin dan Mekah dibangunkan sekitar tahun 1000 SM.Kota-kota diLembah Nil mungkin telah wujud sebelum 3000 SM yang terkenal seperti Memphis, Thebes,Akhet-Aten dan Alexandria.Memphis adalah pusat pentadbiran Firaun dimana ada istana raja,tempat ibadat dan penempatan tentera.Kota Thebes pula muncul mengantikan Memphis pada tahun 2000 SM, disini dibina tugu Firaun dan pelbagai lukisan.Kota Akhet-Aten dibina oleh Firaun Akhenaten pada 1370 SM bagi menyembah tuhan Aton.Kota Alexandria pula dibina Alexander the Great pada tahun 332 SM. Wajah-wajah kota diLembah Nil adalah dikatakan berbentuk separuh bulat dengan panjang kira-kira tujuh batu panjang dan lebar melebihi tiga batu.Adapun jalan-jalan utama dari keutara keselatan dan istana pula didirikan dekat dengan sungai disamping ada juga bangunan tempat ibadat dan taman-taman rihat.Didapati juga pembangunan bagi pinggiran kota bagi kediaman gulungan pertengahan,pusat perniagaan dan penempatan gulungan bawahan.

Setelah kerajaan silam Mesir runtuh lahirlah bandar atau kota-kota lain seperti Tyre,Sidon,Bablos,Gaze,Jerusalem dan Damsyik.Tyre adalah kota tua yang dibina sekitar 2000 SM,Byblos menjadi pengeluar bahan-bahan tulisan.Kota Jerusalem menjadi ibu kota kepada kerajaan Hebrew dan juga kota suci umat Islam,Kristian dan Yahudi.Ada juga kota-kota diSemenanjung Arab sebelum Islam seperti kerajaan Main,kerajaan Saba,kerajaan Himyar,kerajaan Hirah,kerajaan Ghassan dan kerajaan Hijaz.Diantara kerajaan-kerajaan tersebut kerjaan Main yang termaju bandarnya iaitu al-Qarn atau Karna-Carna dan Hadramaut.Keunikan kota-kota kerajaan Main ini ialah setiap bandar atau kotanya mempunyai kerajaan sendiri dan setiap bandar itu mempunyai majlis tersendiri yang mentadbir urusan masyarakat dan keugamaan.Sedangkan kerajaan Hadramaut ialah kota Syabut atau kota Sabota atau Sabtah seperti yang disebut dalam Kitab Taurat.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: