Tuesday, January 5, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Jepun Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu Siri 14


68.Hakuai shu ni oyobosu (Sifat memderma bermula dirumah dan tidaklah ia berakhir disitu)
Simpulan bahasa Melayu berbunyi Murahhati yang bermakna dermawan.Pepatah yang berbunyi Memberi makan anjing ditembikar, memberi makan gajah dengan alatnya yang bererti memberi sesuatu kena pada tempatnya.Manakala memberi muka adalah bermakna memanjakannya.

69.Hana okereba mi sukunashi (Ramai lelaki dalam kerjaya profesional namun ada yang kurang keikhlasan)
Ada juga simpulan bahasa berbunyi Profesor kayu mati yang bermakna profesor yang tidak produktif.Pujaan gadis adalah lelaki ideal.

70.Hana yori dango (Roti adalah lebih baik dari nyanyian sang burung)
Pepatah Melayu tentang roti ada juga iaitu Rotinya dimakan, katanya diturut yang bermakna kerja yang yang dilakukan tidak berhati-hati akan menyebabkan kerosakan.Manakala tentang burung pula ialah Burung pingai yang bermakna sesuatu yang ajaib dan burung terbang dipipiskan lada yang bermakna berangan-angan.Burung yang liar jangan dilepaskan,khabar yang mustahil jangan didengarkan yang bererti jangan percaya pada berita yang belum sah.

71.Hanashi niwa tokaku ohira ga tsuku (Sebuah cerita tidak akan hilang apabila dikisahkan)
Berita baik bermakna maklumat yang positif.Khabar dengkul bermakna berita palsu.Manakala khabar jauh didengar-dengar,khabar dekat difikir-fikirkan yang bermakna apapun berita yang didengar, selidik dahulu kebenarannya.

72.Hara o kakaete warau (Simpan sedikit perkara untuk gelak ketawa)
Simpulan bahasa kita Gelak manis ialah senyum simpul dan Gelak nabi ialah senyum sindir dan geli hati adalah lucu

73.Hara no mushi ga osamaranu ( Lelaki biasanya menyembunyikan apa yang dia tidak puashati)
Jangan sampai sesat barat,sepuluh kali diukur sekali dikerat yang bermakna jangan buat sebelum difikir baik buruknya.Sembunyi tuma,kepala tersorok, ekor kelihatan yang bermaksud kita sangka perbuatan buruk dapat ditutup tetapi dilihat orang.Begitu juga sembunyikan muka yang bermakna lari dari malu.

Dr Aminudin

No comments: