Thursday, January 14, 2010

Anekdot 19- Emping,Empuk dan Empulur


Dibawah tajuk "Musim Mengemping Dalam Kenangan " dan Anekdot 6 bertajuk "Alu,Indek dan Lesung", saya telah mencoretkan betapa gembirannya bebudak diSungaibatudeRelong bila rumah mereka membuat emping.Emping dari padi yang masak akan ditumbuk dalam lesung dengan alu atau indek setelah digoreng. Hari ini dikampung Relong, sepengetahuan saya tiada siapa yang menyimpan indek sebagai kenangan.Namun begitu dinegeri Kedah,Perlis dan Negeri Sembilan boleh dilihat indek sebagai model bagi pelawat yang datang keprogram "homestay".Emping apabila siap ditumbuk dan ditampi amat sedap dimakan dengan serawa telur atau digaul dengan kelapa muda dan juga gulakabung.Ini adalah kegemaran kami zaman bebudak dahulu yang kadang-kadang emak bekalkan kami untuk bekalan makanan kami waktu rihat disekolah kebangsaan Relong.Biasanya kami makan dekat katin sekolah yang terletak ditepi padang sekolah itu sambil bernyanyi-nyanti lagu kegemaran kami ketika itu "Ngit-ngit semut" atau "selebu we-we".Emping sebenarnya mempunyai banyak serat yang baik untuk kesihatan kita, namun pada hari ini dek kerana kami diRelong tidak lagi menanam padi maka kami tidak lagi membuat emping.Jadi emping hanyalah tinggal kenangan bagi orang Relong, sungguhpun disatu masa dahulu ada dibuat pesta mengemping dikampung kami.Walaubagaimanapun diRelong baru-baru ini diadakan upacara menyambut tahun baru yang menyiarkan gambar orang disitu saling berkerjasama dalam kampung tersebut dan inilah fenomina yang kampung itu menuju modenisasi disamping meninggalkan tradisi lama mengemping yang kami rindui.

Empuk kalau mengikut Kamus Longman (2009) ialah soft and easy to chew.Kata lain ialah lembut.Jadi bagi kami bebudak disungaibatudeRelong dahulu memang tidur diatas tilam yang empuk yang dibuat dari kapas kekabu, namun bagi mereka yang kuat kencing malam sudah pastinya esuk dikerah oleh emak menjemur tilam yang berat itu.Ini sudah tentu lebih mudah zaman kanak-kanak sekarang yang tidur atas tilam "sponge" yang ringan dan mudah diusung kesana dan kemari.Manakala makanan yang empuk pula disukai oleh orang-orang tua dan juga bebudak macam kami dahulu ialah bahulu,pelita talam,lemang yang lembut bukan garing dan lain-lain.Kami suka juga membantu wan (nenek) dengan mengobek sirih mereka supaya senang mereka mengunyahnya berbanding dengan yang terus digulung dengan daun sirih dan lain-lain bahan dari tepak sirih.Buah-buah pula kebanyakan yang isi empuk adalah durian,jambu bangkok,kelapa,macang,rambutan dan lain-lain.Namun ada juga buah macang yang banyak jeraminya dan kelapa muda yang telah keras isinya kami makan kerana perut dah lapar bila letih bermain.Saya sendiri mengemari tombong kelapa yang juga enak dan empuk dimakan serta juga sayur umbut kelapa yang dibuat kerabu.Hari ini makanan tersebut amat jarang lagi kita dapati dijual dikedai-kedai makan yang saya rasakan berpotensi dikomersialkan.Kegembiraan kami terbayang bila pokok-pokok kelapa ditebang bagi diambil umbutnya.Bila tumbang kami memulas buah-buah muda dan membuangkan kedalam parit sambil berlawan siapakah yang kuat membaling putih kelapa.

Empulur pula ialah "a soft white substance that fills the stems of some plants" dari Kamus yang sama diatas.Empulur ini mengingatkan saya pada kebolehan anak-anak gadis disungaibatuderelong dahulu, macam Miah,Akak Milah,Akak Nab dan Akak Yah membuat kraftangan dari pokok teberau yang diambil pulurnya dijadikan perhiasan.Begitu juga ,ayah saya membuang empulur pedor untuk dibuat lukah,temilau dan juga sangkar burung.Kami bebudak bila ayah meracik pedor sudah tentu diminta membuang empulur tersebut yang begitu empuk dan lembut untuk kami buat main.Setelah itu yang paling menyeronokan ialah membakar empulur tersebut yang cukup menyeronokan bagi kami.Lawatan-lawatan pelancung keperkampung Orang Asli yang saya fahamkan adalah cara mereka menghidupkan api dan salah satu bahan yang membantu mereka ialah empulur yang dapat cepat menghidupkan api.Jadi empulur memang berguna dikalangan masyarakat orang asli ini.Saya juga percaya empulur kalau dikomersialkan boleh menjadi bahan "pelapit atau sponge" bagi pembungkusan barang yang mudah pecah.

Dr Aminudin

No comments: