Monday, January 25, 2010

Saya Bangga Menjadi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jitra @ JENAN


Hari ini saya membaca Berita Harian, Malaysia bertarikh 26 Januari 2009, tentang sinarai 2o Sekolah Hebat, diMalaysia.Telah disinaraikan sekolah kami iaitu Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jitra,Kedah atau lebih terkenal dengan panggilan JENAN.Saya telah menulis dalam blog ini memori saya tentang Jenan beberapa siri yang mendapat riaksi yang baik dari warga bekas pelajar JENAN.Kami bekas pelajar SMSAH atau JENAN mempunyai "kelab" informal yang biasanya diusahakan pertemuan atau perjumpaan sempena Hari Raya Puasa yang selalunya diinsiatif oleh Azman dari Bernas.Bila kami berjumpa baik yang senior atau junior kami amat mesra sekali.Kawan-kawan sekelas saya dari dahulu hingga sekarang amat mesra bila berjumpa, contohnya saya begitu lama tidak berjumpa dengan Datok Zaki, bila berjumpa dalam pertemuan itu amat terharu sekali perasaan saya dan juga dia mengingatkan kenakalan kami diJENAN dahulu.Boleh dikatakan lepasan JENAN sekarang telah menjadi ketua-ketua Jabatan sekarang, misalnya abang angkat saya yang kini telah menjadi KSU, Kementerian yang dahulu kami sering mandi air sungai diBaling,Kedah itu.

Apa yang saya ingin imbau kembali dimasa kami diJENAN ,selain belajar dengan tekun ,kami juga giat dalam permainan seperti Rugbi,bolasepak,olahraga,hoki dan kegiatan kelab.Kalau sebut JENAN sudah pasti permainan rugbi masa itu adalah yang terkenal sekali, malahan sekolah kami dapat menewaskan MCKK sekalipun.Apa yang mengembirakan kami lagi JENAN adalah merupakan sekolah Asrama penuh yang mempunyai Dwijantina(Lelaki dan Perempuan) pada masa itu yang tidak terdapat diasrama penuh lain yang hanya lelaki atau perempuan sahaja, umpamanya MCKK (lelaki saja),Kolam Air (Perempuan) sahaja.Manakala para guru JENAN pada ketika itu ialah Alahyarham Tan Sri Megat Junid, Dr Shahnon Ahmad ,Dr.Ibrahim,Dr Kassim,Cikgu Nasriah,Cikgu Aisah,Ciku Aminah dan lain-lain adalah tokoh-tokoh guru yang hebat.

Saya sebagai anak kampung dari Sungaibatuderelong,Kuala Lipis menaiki keretapi bila musim cuti panjang balik kampung.Ini mengingatkan saya betapa banyak bezanya sistem pengangkutan keretapi sekarang.Semasa saya bertugas diEPU sebelum bersara kami diEPU bertungkus lumus mencari sumber kewangan untuk menjayakan landasan keretapi berkembar yang kini dari Kuala Lumpur ke Ipoh telah beroperasi.Saya juga difahamkan sistem yang sama akan sampai kePadang Besar. Ini sudah pasti membuatkan pelajar JENAN sekarang cukup selesa untuk balik kampung bila tiba musim cuti sekolah panjang.Inilah nikmat kemerdekaan yang mungkin tidak dapat kita kecapi sekiranya kita masih dibawah belenggu penjajah.Jadi inilah Malaysia tanah air kita yang mana kita dapat belajar dengan selesa dan kemudian dapat masuk universiti yang cukup banyak sekarang, bukannya macam zaman kami dahulu yang beberapa buah sahaja dan kalau dapat masuk macam rasa berada dikemuncak Gunung Kinabalu.

Akhirnya Tahniah JENAN kerana kecemerlanganmu.Syabas.

Dr Aminudin

No comments: