Monday, July 13, 2009

Tanjong Api,Kuantan


Kampong Tanjong Api,Kuantan mendapat namanya sempena ada boya api yang dibina berhampirannya.Pada asalnya dahulu kampong ini adalah perkampongan nelayan tepi bandar Kuantan.Pembangunan rumah-rumah kampong dengan perumahan rumah kerajaan dan persendirian begitu kontra secara hakikatnya .Maklumlah disebelah kampong Tanjong api ini ialah rumah-rumah banglo pegawai tinggi kerajaan pahang, dimana dekat padang golf diraja itu ada rumah menteri besar,rumah setiausaha kerajaan, rumah pegawai kewangan negeri,rumah tetamu,rumah timbalan menteri besar,rumah datuk perbandaraan Kuantan dan lain-lain, malahan saya pernah tinggal dirumah kerajaan ini masa bujang bersama Datuk Zul dan nasir dekat annext resthouse.Bagitu juga kampong tanjong Api ini berdekatan dengan Taman Kubang Buaya.Saya juga diberitahu tapak Masjid Tanjong Api ini dahulu adalah rumah Hakim yang pernah dibina disitu tetapi telah musnah dimakan api.Dihujung sebelah kampong ini juga dahulu dibina pejabat DARA dan kemudiannya telah berpindah kebandar Muadzam, Rompin.Hari ini IKIP telah mengambil alih bangunan tersebut untuk dijadikan kolejnya dan disitu juga terdapat taman reakreasi Gelora yang pernah saya ceritakan.Gerai-gerai tanjong Api dekat Sekolah Menengah IHSAN yang dahulu menjual ikan segar masih ada lagi hingga kehari ini dan nampaknya rumah nelayan yang dihadapanya banyak yang telah dipindahkan dan nelayannya telah mencari penampatan lain dan saya difahamkan ada penempatan baru nelayan disekitar jalan Pekan-Kuantan yang kalau tak salah saya namanya Bunut Rendang.Apa yang mengembirakan saya ialah sekolah ugama diTanjong Api itu telah saya lihat beberapa bangunan baru didirikan berbanding semasa anak saya bersekolah disitu dahulu.Sekolah ini perlulah dimajukan bagi anak-anak kita diasuh dengan ilmu akhirat dan duniawi serentak dengan matapelajaran pendidikan sekarang dan dikategorikan sebagai yang agak banyak.Jika taktahan boleh menjerit budak-budak itu, dimana saya difaham murid sekolah ugama diPadang tengku budak-budak menjerit hesteria satu ketika dahulu yang mungkin terlalu banyak tekanan matapelajaran yang dibawa oleh mereka.Tanjong Api terus berkembang dengan desakan pembangunan bandar Kuantan dan adakah penduduknya dapat bertahan ?Malahan saya difahamkan status kebanyakan tanah disitu adalah pajakan bagi pemilik Tanjong Api ini akan luput tidak lama lagi, adakah mereka berupaya membayar premium baru jika dikenakan oleh Kerajaan.Jawapannya terserahlah kepada pemimpin yang bijaksana diPahang membuat keputusan.

Dr Aminudin

No comments: