Bilik Kebal,Pejabat Tanah Temerloh adalah tempat kerja saya pada waktu petang kerana biasanya sebelah pagi saya akan menghadhiri mesyuarat ,lawatan atau berbincang dengan Pegawai Daerah (DO).Bilik Kebal inilah tersimpannya Hakmilik-hakmilik Pejabat Tanah Temerloh yang biasa orang kampong panggil geran tanah.Geran tanah ini pada umumnya adalah hakmilik kekal dan hakmilik sementara yang dimilik oleh Pendaftar Hakmilik Temerloh.Dalam geran inilah semua urusniaga dicatitkan, jadi tugas saya dan beberapa ADO lain mendaftarkan segala uruniaga ini. Namun begitu sebagai Ketua Unit Pendaftaran maka sayalah bertanggongjawab menjaga bilik kebal ini.Sebelum saya datang memanglah bilik kebal ini kurang teratur keadaannya tetapi saya dan kakitangan terutama cc Baha, Embong,Zul,Mat Nor,Mi,Sabariah dan lain kami telah menjadikan bilik kebal ini kawan kami hinggalah Pejabat Tanah Temerloh memenagi Anugerah Pejabat Tanah Terbaik diMalaysia seperti yang pernah saya ceritakan.Manakala kami diunit Pendaftaran kemudiannya pula mendapat anugerah Khas bagi sistem lelongan tanah.Dalam bilik keballah saya bersama kakitangan menyusun dan kadang-kadang saya lihar MatNor berpeluh-peluh menjilid geran-geran lama. Pada mulanya Matnor tidak berminat untuk mengikuti kursus menjilid tetapi saya menegaskan bahawa mendapatkan kemahiran seperti itu adalah satu keberuntungan, jadi dia telah pergi kekursus menjilid jadi pada hari ini dia mempunyai kemahiran tersebut dan kalau dia membuka kedai fotostat sudah pasti dia berjaya, namun kemahiran dia membuat dan menjual apambalik adalah lebih menjadi minatnya.Begitu juga zul seorang pembantu yang rajin bila saya minta pertolongan dan saya telah perakukan beliau menjadi kakitangan JBA untuk mendapat jawatan yang lebih tinggi dan saya kira pada hari ini dia telah begitu gembira dengan jawatan tersebutv dan tinggal dikampong Pak Silap, namun kerjayanya tidaklah silap.Begitu juga Kak Sabariah yang matanya hampir bolo,dimasa bertugas dahulu kini saya difahamkan telah bertambah baik, manakala Embong dan CC Baha telahpun bersara dan menjadi orang yang bebas dari perkhidmatan awam.Mereka inilah yang saya ingat sepanjang hayat kerana sama-sama berganding bahu dan mengalami pahit-maung dalam berkerja mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga.Ini kerana kami didaerah Temerloh seperti yang pernah saya katakan adalah sebuah daerah yang penuh pengalaman dan cabaran jika berkerja disana.Beberapa kakitangan seperti Wahid dan pelukis pelan kami telah kembali keRahmatullah dan kepada mereka kita hadiahkan AlFatihah.
Dr Aminudin
Friday, July 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kerja yang sunguh bertanggung jawab.
tapi masaalah nya, banyak jugak nama2 dalam geran yang hilag dari rekod dalam computer di pejabat tanah temerloh. mengapa agaknya? dan ini mendatangkan kesulitan apabila terpaksa menyemak balek geran2 itu dan apabila nak bayar hasil tanah.
Sdr,Mylias, saya tidak dapat nafikan ada geran dipejabat tanah yang hilang, ini kerana ianya barang yang berharga dan satu inovasi saya mencadangkan digeran ini diletak chip macam lembu-lembu diUSA dipasang chip ditelinganya utuk dapat dikesan mana ia pergi,bagi menyemak cukaitanah sekarang tiada masalah lagi kerana semua geran tanah dikumputerkan datanya tetapi haruslah diingat bagai geran yang telah ditukar syarat atau pecah lot kenalah diupdate dalam sistem dan kalau tidak diupdate oleh kakitangan pejabat tanah inilah kelemahannya.
Jadi kakitangan kena dedikasi.
Dr Aminudin
Post a Comment