Saturday, July 11, 2009

Cherating,Kuantan

Kampong Cherating,Kuantan banyak dikenali oleh pelancong luar negara kerana terdapat Kelab Med.Kelab ini dahulu ada exclusive dan terhad kepada ahli-ahlinya saja, namun begitu sekarang boleh didiami oleh ramai orang dihotelnya itu.Kampong Cherating ini dahulunya setahu saya banyak pokok-pokok ara yang tumbuh terutama dekat bukit menghala kepantainya. Dengan banyaknya pokok yang bersimpang siul akar dan bercerat dan beranting ini memungkinkan namanya diperolehi.Kerajaan telah mendirikan tempat kebudayaan diCherating ini dan samasa saya mulakan berkhidmat diPahang saya ada pernah hadhir melihat pertunjukan kebudayaan dikawasan rumah kampong ini yang hampir dengan jalan Kuantan-Kemaman.Namun dengan adanya rumah kebudayaan yang hampir dengan pantai sekarang aktiviti tersebut telah tertumpu kesitu.Apa yang masih dalam ingatan saya dan tidak lupakan kepada Cherating ialah Kem yang kami bina oleh Jabatan Keselamatan bagi pendatang Vietnam yang melanda negeri Pahang pada satu masa dahulu.Semua yang mendarat diPahang akan kami ambil dan tempatkan disini yang awalnya dijaga oleh pihak rela, namun setelah itu ia telah dijaga pula oleh Pihak penjara yang pegawai mula-mula sekali seingat saya berkhidmat ialah Tuan Husin Belada dengan pegawainya.Saya sering keKem ini membuat tinjauan dan menentukan juga kesihatan diberi keutamaan supaya tidak merebak kepada orang awam.Malahan klinik yang bertaraf antarabangsa didirikan oleh pihak PBB dikem ini.Menjadi kenangan juga semasa saya bertugas disini ialah kepada kereta saya yang terlibat dengan kemalangan untuk semasa melawat kem ini, jugalah.Tetapi oleh kerana saya bertugas dalam jabatan keselamatan maka cepatlah datang pihak polis membantu terutama Bos saya ketika itu ACP Tuan Sulaiman menalipon anak-anak buahnya supaya membantu saya.Hari ini saya telah meninggalkan perkhidmatan kadang-kadang bila melalui jalan Kuantan-Kemanan untuk keKertih hati saya gembira kerana generasi sekarang hidup aman dan tiada apa hendak dirisau tentang ancaman seperti zaman kami dahulu.Tetapi walaubagaimanapun kadar jenayah sekarang telah meningkat berbanding dahulu.

Dr Aminudin

No comments: