Wednesday, July 15, 2009

Air Putih dan Tanah Putih,Kuantan


Kampong Air Putih dan Tanah Putih, Kuantan kadang-kadang mengelirukan orang luar yang hendak mencarinya.Tetapi orang yang telah biasa dengan kedudukan kampong-kampong ini sudah tentu dapat membezakannya.Satu yang terletak diJalan Gambang,Kuantan dan satu lagi terletak dipersimpangan Jalan Beserah-KeKemaman.Kampong Tanah Putih dahulu bolehlah dikatakan kampong yang tidak begitu teratur yang boleh dikatakan kebanyakan didiami oleh orang Melayu.Seingat saya kawan saya Encik Khatib dan keluarganya pernah tinggal disitu tetapi sekarang saya difahamkan telah berpindah keTanjung Lumpur.Dahulu diseberang kampong Tanah Putih ini adalah Maktab Adabi yang amat terkenal sebagai sekolah swasta yang berjaya ketika itu namun hari ini Maktab itu kian mengecil bangunannya dekat simpang masuk ke perkampongan Sungai Isap.Dahulu kalau sebut pelajar Maktab Adabi adalah menujukan status ibu-bapa mereka berada kerana dapat membiayai anak-anak mereka dan ada dikalangan kawan saya seperti Jamilah (Anak Tok Kadi) memasuki SMART kerana dapat masuk Tingkatan Enam hasil belajar diAdabi.Manakala kampong Air Putih dizaman kami diSMART adalah perkampongan orang Cina dan ketika itu terkenal dengan anak-anak mudanya yang nakal dan berani mengusik orang.Kami tidak berani berjalan-jalan dan bermain disekitar Air Putih ketika itu.Nama kedua-dua kampong ini mendapat nama Air Putih dan tanah Putih dikatakan berkaitan dengan tanah-tanah liat yang banyak di Tanah Putih dan air ditemui berbuih putih dari mata air yang datang sekitar bukit semambu sampai keair putih.Sekarang Air Putih telah membangun dengan pesat dan banyak kedai-kedai dan begitu juga diTanah Putih terdapat gedong membeli belah Giant ditapak Kilang getah Lee Rubber yang dahulu amat terkenal namanya.


Dr Aminudin

1 comment:

Cint@ Anita said...

Salam... Saya google 'maktab adabi pahang'.. terjumpalah blog ini. Sebagai org yg pernah membesar di depan skolah maktab adabi yg gah... saya sedih bila sekali sekala balik Kuantan, Maktab Adabi (lama) hanya tinggal nama sahaja. Dulu dpn maktab adabi tu ada kuarters askar.. kat situlah saya dibesarkan.