Showing posts with label Kuantan. Show all posts
Showing posts with label Kuantan. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

Cerita Sebelum Tidur- Legenda Islam Kisah Tamim al-Dari Siri 1


Kini saya akan menghidangkan siri cerita sebelum tidur yang kedua iaitu Hikayat Tamim al-Dari yang merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Kisah ini merupakan juga bukti bahawa pengaruh kesusasteraan Islam begitu ketara dalam kesusasteraan Melayu yang sekaligus merupakan naskhah Melayu yang tertua disamping naskhah yang lain seperti Tajus Salatin dan Bustanus Salatin.Kajian yang dibuat mendapati Hikayat Tamin al-Dari ini dikatakan terjemahan dari versi Arab yang berjudul " Ifham al-Mama Ari bi-Akhbar Tamim al-Dari " yang digubah oleh Syeikh Shibab al-Din Abu Mahmud pada tahun 1266, Masehi dan ada juga sarjana mengatakan ianya diterjemah kedalam Bahasa Melayu dari karya yang berjudul " Tarikh al-Hijrat".Walau apapun pendapat para sarjana itu hikayat ini telah diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu,Bugis,Parsi,Urdu,Afganistan dan lain-lain.Bagi mengisahkan semula cerita ini saya menggunakan kajian bandingan teks yang diselenggarakan oleh Wahyunah Haji Abdul Ghani dengan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1989.Saya menulis semula cerita atau hikayat ini dalam gayabahasa moden dan lengok bahasa saya, semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.

Nabi Muhammad SAW duduk dengan tertib dalam Masjid Madinah dengan dihadhiri oleh para sahabat dan keluarga baginda, seketika kemudian baginda bersabda " Sahabat-sahabatku sekelian ,ketahuilah bahawa ada diantara sekelian seorang lelaki diantara sekelian nanti akan mengalami kehidupan dengan merasai keindahan syurga,keajiban dilangit dan bumi dan akhirnya akan kerumah tangganya dan berjumpa semula isteri dan anak-anaknya ".Ada dikalangan para sahabat-sahabat itu bertanya semula kepada baginda Rasulullah SAW, maka dijawab dengan senyuman oleh baginda seraya bersabda " Tiadalah dapat aku katakan kepada sahabatku sekelian ".Segala sahabat didalam masjid itu tertanya-tanya apakah mereka yang akan terjadi demikian, lantaran itu ramailah dikalangan mereka berjumpa Rasulullah untuk didoakan menjadi tokoh tersebut.Walaubagaimanapun Rasulullah ada bersabda lagi bahawa janganlah ada dikalangan mereka suka pergi ketelaga pada malam hari seorang diri. Sejak itu kembalilah sahabat-sahabat itu kerumah masing-masing dan beringat-ingat akan pesan Rasulullah SAW itu.Masa telah berlalu dimana baginda Rasulullah telah wafat dan diikuti kemudiannya oleh Khalifah Abu Bakar.Namun walaubagaimanapun sabda Rasululah SAW itu masih diingati oleh Syyidina Ali dimasa pemerintahan Khalifah Umar.

Dizaman Khalifah Umar ada seorang lelaki bernama Tamim ibn Habibul Dari dari kaum Ansar.Jadi pada satu malam dia berasa hendak mandi ditelaga dekat rumahnya dengan berkata-kata pada isterinya Siti Khaulah yang meminta isterinya menemankannya pergi mandi ditelaga tesebut tetapi diusik oleh isterinya yang mengatakan bagaimana seorang lelaki begitu penakut itu malahan dia terlepas kata yang berbunyi " Hai jin kamu tangkaplah lelaki (suamiku) yang penakut ini ".Setelah itu Tamim al-dari pun pergilah kepergi tersebut dengan berjalan terhingut-hingut dan seketika itu datang seorang jin yang rupanya hitam dan badan yang amat panjang menyambar Tamim al-Dari dan menerbangkanya kedalam bumi hingga kelapisan bumi yang keempat tempat negeri jin kafir itu.

Bersambung

Dr Aminudin

Saturday, May 22, 2010

Memori 38-Gugusan Bukit Bay Route,Bukit Ubi Dan Bukit Setongkol,Kuantan,Pahang


Gugusan Bukit Bay Route,Bukit Ubi dan Bukit Setongkol diKuantan membuatkan saya ketawa dalam hati tentang keunikan nama-nama tempat dibandar Kuantan ini.Cubalah anda bayangkan yang nama berkaitan dengan bay route seharusnya berdekatan dengan pantai umpamanya Dangau Bay, diJohor Bahru yang merupakan pembangunan moden sekarang ini.Tetapi Bukit Bay Route diKuantan ini adalah ditengah-tengah bandar Kuantan yang berhampiran dengan Wisma RISDA sekarang.Diatas bukit ini ada sebuah surau,restoran,taska,tangki air dan beberapa buah rumah.Jalan yang kalau anda pernah lalui akan menjadikan anda akan berjumpa semula dengan Jalan Bukit Ubi yang menuju kejalan Sungai Lembing atau keIndera Mahkota.Ia ibarat memusing-musing digugusan Bukit Ubi dan Bukit Bay Route.Jika anda dari Jalan Yang Ah Jang membelok kekiri anda akan berjumpa pula Jalan Bukit Setongkol yang mana tidak jauh anda berjalan akan berjumpalah jerat atau perkuburan orang Cina.Jadi bolehlah kita katakan inilah gugusan bukit-bukit dalam bandar Kuantan yang unik dan pelik.

Pelik kerana nama-nama bukit tersebut, iaitu Bukit Setongkol yang kalau orang Pahang membawa makna satu atau tunggal.Namun inilah hakikatnya kalaulah ia mendapat nama tersebut kerana batu-batu disitu nampaknya tunggal-tunggal belaka.Anihnya Bukit Setongkol berjiran pula dengan Bukit Bay Route yang sepatutnya nama itu terletak ditepi pantai tetapi ditengah-tengah bandar.Saya sebagai seorang pengkaji geologi dan geografi mukabumi percaya bandar Kuantan dahulu adalah sebuah lautan tetapi akibat pergerakan bumi yang berlaku berjuta-juta tahun dahulu telah menjadikan kawasan ini terjungkit naik menjadi daratan.Jadi orang telah menamakan Bukit Bay Route ini telah mengetahui perkara yang saya percayakan itu dan mereka telah menamakannya sedemikian.Manakala Bukit Ubi pula adalah berkedudukan disebelah kanan Bukit Bay Route itu yang kini terdapat pejabat Jabatan Pertanian,Unit Selenggaraan MPK,Pejabat JBA,Pejabat Kemas dan lain-lain.Secara kasar pengamatan saya banyak juga batu-batu pada bukit tersebut.Ini agak pelik juga pada kehidupan pertumbuhan pokok-pokok ubi kayu disitu.Namun tidaklah menghairankan kalau dahulu disitu banyak ditumbuhi pokok ubi kayu gajah dizaman dahulu dan ini menjadikan namanya Bukit Ubi melekat sebagai namanya sekarang sempena banyak tumbunya Ubi Kayu Gajah disitu.Jadi inilah keunikan bukit-bukit dalam bandar Kuantan yang pelik dan patutlah kita memelihara dan menyelidikinya.

Aminudin Ph.D

Thursday, July 16, 2009

Gugusan Bukit Bay route,Bukit Ubi dan Bukit Setongkol,Kuantan


Gugusan Bukit Bay route,Bukit Ubi dan Bukit Setongkol membuatkan saya ketawa dalam hati tentang keunikan nama-nama tempat dibandar Kuantan ini.Cuba anda bayangkan yang nama berkaitan bay route seharusnya berdekatan pantai macam Danau Bay diJohor Bahru, satu pembangunan yang moden sekarang.Tetapi Bukit Bay route diKuantan ini adalah ditengah-tengah bandar Kuantan berhampiran Wisma RISDA.Diatas bukit ini ada sebuah surau,resturant,taska,tangi air, dan rumah-rumah.Jalan yang kalau anda pernah lalui akan membawa anda berjumpa balik Jalan Bukit Ubi menuju keSungai lembing atau Indera Mahkota.Ia akan memusing-musingkan anda digugusan Bukit Ubi dan Bukit Bay route.Jika anda dari jalan Yang Ah Jang membelok kekiri anda akan melalui jalan Bukit Setongkol yang akan tidak jauh pula berjumpa jerat/perkuburan orang Cina.Jadi bolehlah saya katakan inilah gugusan Bukit-bukit dalam bandar Kuantan yang unik dan pelik.Pelik kerana nama-namanya iaitu Bukit Setongkol yang kalau kita orang Pahang bermakna satu atau tunggal.Namun inilah hakikatnya yang kalau dia mendapat mendapat namanya kerana batu-batu disitu tunggal-tunggal belaka.Namun Bukit Setongkol pula berjiran dengan Bukit bay route yang sepatutnya berada ditepi pantai tetapi ia terletak ditengah bandar.Saya sebagai pengkaji geologi dan geografi mukabumi percaya bandar Kuantan dahulupun adalah lautan tetapi akibat pergerakan bumi yang berlaku berjuta-juta tahun dahulu ia telah terjungkit naik menjadi daratan.Jadi orang yang menamakan Bukit Bay route ini telah mengetahui perkara ini dari orang dahulu-dahulu yang tempat ini adalah lautan.Manakala Bukit Ubi pula adalah sebelah kanan Bukit Bay route yang kini terdapat Jabatan Pertanian,Unit selenggaran MPK,Pejabat JBA,Pejabat Kemas dan lain-lain itu dibina sepanjang jalan Bukit Ubi.Secara kasar pengamatan saya banyak juga batu-batu pada bukit tersebut.Ini juga agak pelik bagi kehidupan pertumbuhan bagi ubi kayu disitu, namun tidaklah menghairankan kalau dahulu banyak terdapat tumbuh ubi kayu gajah ketika zaman dulu dan ini membuatkan ia dinamakan Bukit Ubi sempena banyak tumbuh Ubi Kayu Gajah disitu.Jadi inilah bukit-bukit diKuantan yang unik dan pelik .Kita patut memelihara dan mengkajinya.

Dr Aminudin

Wednesday, July 15, 2009

Air Putih dan Tanah Putih,Kuantan


Kampong Air Putih dan Tanah Putih, Kuantan kadang-kadang mengelirukan orang luar yang hendak mencarinya.Tetapi orang yang telah biasa dengan kedudukan kampong-kampong ini sudah tentu dapat membezakannya.Satu yang terletak diJalan Gambang,Kuantan dan satu lagi terletak dipersimpangan Jalan Beserah-KeKemaman.Kampong Tanah Putih dahulu bolehlah dikatakan kampong yang tidak begitu teratur yang boleh dikatakan kebanyakan didiami oleh orang Melayu.Seingat saya kawan saya Encik Khatib dan keluarganya pernah tinggal disitu tetapi sekarang saya difahamkan telah berpindah keTanjung Lumpur.Dahulu diseberang kampong Tanah Putih ini adalah Maktab Adabi yang amat terkenal sebagai sekolah swasta yang berjaya ketika itu namun hari ini Maktab itu kian mengecil bangunannya dekat simpang masuk ke perkampongan Sungai Isap.Dahulu kalau sebut pelajar Maktab Adabi adalah menujukan status ibu-bapa mereka berada kerana dapat membiayai anak-anak mereka dan ada dikalangan kawan saya seperti Jamilah (Anak Tok Kadi) memasuki SMART kerana dapat masuk Tingkatan Enam hasil belajar diAdabi.Manakala kampong Air Putih dizaman kami diSMART adalah perkampongan orang Cina dan ketika itu terkenal dengan anak-anak mudanya yang nakal dan berani mengusik orang.Kami tidak berani berjalan-jalan dan bermain disekitar Air Putih ketika itu.Nama kedua-dua kampong ini mendapat nama Air Putih dan tanah Putih dikatakan berkaitan dengan tanah-tanah liat yang banyak di Tanah Putih dan air ditemui berbuih putih dari mata air yang datang sekitar bukit semambu sampai keair putih.Sekarang Air Putih telah membangun dengan pesat dan banyak kedai-kedai dan begitu juga diTanah Putih terdapat gedong membeli belah Giant ditapak Kilang getah Lee Rubber yang dahulu amat terkenal namanya.


Dr Aminudin

Monday, July 13, 2009

Tanjong Api,Kuantan


Kampong Tanjong Api,Kuantan mendapat namanya sempena ada boya api yang dibina berhampirannya.Pada asalnya dahulu kampong ini adalah perkampongan nelayan tepi bandar Kuantan.Pembangunan rumah-rumah kampong dengan perumahan rumah kerajaan dan persendirian begitu kontra secara hakikatnya .Maklumlah disebelah kampong Tanjong api ini ialah rumah-rumah banglo pegawai tinggi kerajaan pahang, dimana dekat padang golf diraja itu ada rumah menteri besar,rumah setiausaha kerajaan, rumah pegawai kewangan negeri,rumah tetamu,rumah timbalan menteri besar,rumah datuk perbandaraan Kuantan dan lain-lain, malahan saya pernah tinggal dirumah kerajaan ini masa bujang bersama Datuk Zul dan nasir dekat annext resthouse.Bagitu juga kampong tanjong Api ini berdekatan dengan Taman Kubang Buaya.Saya juga diberitahu tapak Masjid Tanjong Api ini dahulu adalah rumah Hakim yang pernah dibina disitu tetapi telah musnah dimakan api.Dihujung sebelah kampong ini juga dahulu dibina pejabat DARA dan kemudiannya telah berpindah kebandar Muadzam, Rompin.Hari ini IKIP telah mengambil alih bangunan tersebut untuk dijadikan kolejnya dan disitu juga terdapat taman reakreasi Gelora yang pernah saya ceritakan.Gerai-gerai tanjong Api dekat Sekolah Menengah IHSAN yang dahulu menjual ikan segar masih ada lagi hingga kehari ini dan nampaknya rumah nelayan yang dihadapanya banyak yang telah dipindahkan dan nelayannya telah mencari penampatan lain dan saya difahamkan ada penempatan baru nelayan disekitar jalan Pekan-Kuantan yang kalau tak salah saya namanya Bunut Rendang.Apa yang mengembirakan saya ialah sekolah ugama diTanjong Api itu telah saya lihat beberapa bangunan baru didirikan berbanding semasa anak saya bersekolah disitu dahulu.Sekolah ini perlulah dimajukan bagi anak-anak kita diasuh dengan ilmu akhirat dan duniawi serentak dengan matapelajaran pendidikan sekarang dan dikategorikan sebagai yang agak banyak.Jika taktahan boleh menjerit budak-budak itu, dimana saya difaham murid sekolah ugama diPadang tengku budak-budak menjerit hesteria satu ketika dahulu yang mungkin terlalu banyak tekanan matapelajaran yang dibawa oleh mereka.Tanjong Api terus berkembang dengan desakan pembangunan bandar Kuantan dan adakah penduduknya dapat bertahan ?Malahan saya difahamkan status kebanyakan tanah disitu adalah pajakan bagi pemilik Tanjong Api ini akan luput tidak lama lagi, adakah mereka berupaya membayar premium baru jika dikenakan oleh Kerajaan.Jawapannya terserahlah kepada pemimpin yang bijaksana diPahang membuat keputusan.

Dr Aminudin

Wednesday, March 18, 2009

Sistem Pengangkutan Zaman Silam DiLembah Bama(Kuala Lipis) Part II


Menurut catitan dalam www.answers.com/topic/pahang-river telah menyebut bahawa zaman silam Sungai pahang dan Sungai Muar hampir bersambung disuatu tempat berhampiran Jempul.Negeri Sembilan.Perahu para perdagang dari Muar akan meneruskan perjalanan mereka hingga keKuala Pahang,Pekan atau KeKuala Lipis.Jalan Penarikan yang bermaksud menarik perahu telah ditemui diabad yang ke14 juga merupakan jalan bagi pedagang Arab yang menjalankan perniagaan dan mengembangkan agama Islam.Sungai Pahang menurut web juga terjadi akibat faktor geografi dan merupakan sebahagian dari warisan North Sunda River yang mempunyai rangkaian dengan Sungai Mekong diVietnam,Sungai Chao Phraya diThailand dan Sungai Rajang dan Baram diSarawak.

Tradisi pembesar Pahang dizaman tersebut adalah mengawal dari segi pemerintahan dan juga ekonomi ,umpamanya Tok Raja Orang Kaya Indra maharaja Purba Jelai, menurut penulis Zakaria Md Dom mempunyai kekuasaan meliputi daerah-daerah dari Tanjung Lindung disebelah hilir berhampiran Jerantut hingga keperbatasan Perak dan Kelantan.Manakala daerah Tembeling dibeli oleh Tok Raja Kota Lima Puluh dari Raja Johor yang menjadi pemerintah Riau dan Lingga.Kesimpulannya menurut Zakaria Md Dom bahawa Daerah Jelai adalah berpisah dengan Daerah Pekan dan dipunyai dan diperintah oleh Raja Johor-Riau dan Lingga yang juga memerintah Pahang ketika itu (Zakaria Md Dom ,1996).Penulis yang menjelajah hutan belantara semenanjong Tanah Melayu seperti Carveth Wells dangan penuh pengalaman dalam bukunya Six Years in Malay Jungle ada sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada kita tentang sistem pengangkutan air dan jenis pengangkutan yang terdapat diKuala Lipis, belau menulis :-

" The boat was very gracefully carved dugout,about twenty-five feet long and three feet wide.The deck was make of strips of bamboo, and in the bow were running boards for the four coolies who poled the boat.In the stern was a kajang,or roofed stracture underneath which i lay in comfort upon a mattress, with the kemudi ,or steerman, behind me " (Carveh Wells,1925)

Pengalaman membina jalan bagi sistem pengangkutan keretapi diPahang oleh Carveth Wells begitu menyeronokannya disamping itu dia juga memberikan gambaran kepada kita tentang begitu mudahnya beliau mendapatkan lauk bagi makanan untuk pasukan pembinaannya seperti dari rusa,seladang,ikan,ayam hutan dan lain-lain.Begitu juga dari catatan penulis ini kita dapati bahawa sistem pengangkuatan air menerusi Sungai Jelai dan Sungai Tanum diKuala lipis amat baik sekali.Jadi tidaklah menghairankan kepada kita sistem pengangkutan sungai yang merentang ditengah Semenanjong Tanah Melayu dari Pantai Barat lalu kelembah bama dan hingga ke pantai timur tanah Melayu yang terdapat di zaman purba itu yang menjadi kajian saya ini tentulah lebih baik lagi.

Bersambung Part III

Dr Aminudin