Saturday, May 22, 2010
Memori 38-Gugusan Bukit Bay Route,Bukit Ubi Dan Bukit Setongkol,Kuantan,Pahang
Gugusan Bukit Bay Route,Bukit Ubi dan Bukit Setongkol diKuantan membuatkan saya ketawa dalam hati tentang keunikan nama-nama tempat dibandar Kuantan ini.Cubalah anda bayangkan yang nama berkaitan dengan bay route seharusnya berdekatan dengan pantai umpamanya Dangau Bay, diJohor Bahru yang merupakan pembangunan moden sekarang ini.Tetapi Bukit Bay Route diKuantan ini adalah ditengah-tengah bandar Kuantan yang berhampiran dengan Wisma RISDA sekarang.Diatas bukit ini ada sebuah surau,restoran,taska,tangki air dan beberapa buah rumah.Jalan yang kalau anda pernah lalui akan menjadikan anda akan berjumpa semula dengan Jalan Bukit Ubi yang menuju kejalan Sungai Lembing atau keIndera Mahkota.Ia ibarat memusing-musing digugusan Bukit Ubi dan Bukit Bay Route.Jika anda dari Jalan Yang Ah Jang membelok kekiri anda akan berjumpa pula Jalan Bukit Setongkol yang mana tidak jauh anda berjalan akan berjumpalah jerat atau perkuburan orang Cina.Jadi bolehlah kita katakan inilah gugusan bukit-bukit dalam bandar Kuantan yang unik dan pelik.
Pelik kerana nama-nama bukit tersebut, iaitu Bukit Setongkol yang kalau orang Pahang membawa makna satu atau tunggal.Namun inilah hakikatnya kalaulah ia mendapat nama tersebut kerana batu-batu disitu nampaknya tunggal-tunggal belaka.Anihnya Bukit Setongkol berjiran pula dengan Bukit Bay Route yang sepatutnya nama itu terletak ditepi pantai tetapi ditengah-tengah bandar.Saya sebagai seorang pengkaji geologi dan geografi mukabumi percaya bandar Kuantan dahulu adalah sebuah lautan tetapi akibat pergerakan bumi yang berlaku berjuta-juta tahun dahulu telah menjadikan kawasan ini terjungkit naik menjadi daratan.Jadi orang telah menamakan Bukit Bay Route ini telah mengetahui perkara yang saya percayakan itu dan mereka telah menamakannya sedemikian.Manakala Bukit Ubi pula adalah berkedudukan disebelah kanan Bukit Bay Route itu yang kini terdapat pejabat Jabatan Pertanian,Unit Selenggaraan MPK,Pejabat JBA,Pejabat Kemas dan lain-lain.Secara kasar pengamatan saya banyak juga batu-batu pada bukit tersebut.Ini agak pelik juga pada kehidupan pertumbuhan pokok-pokok ubi kayu disitu.Namun tidaklah menghairankan kalau dahulu disitu banyak ditumbuhi pokok ubi kayu gajah dizaman dahulu dan ini menjadikan namanya Bukit Ubi melekat sebagai namanya sekarang sempena banyak tumbunya Ubi Kayu Gajah disitu.Jadi inilah keunikan bukit-bukit dalam bandar Kuantan yang pelik dan patutlah kita memelihara dan menyelidikinya.
Aminudin Ph.D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment