Tuesday, May 25, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Sweden Digandingkan Dengan Perbahasa Melayu- Siri 9


40." Gubbar har almanackan i kroppen " (Orang tua membawa kalender dalam tulang-temulangnya)

Orang tua bermakna ibubapa bagi simpulan bahasa kita.Orang tua diajar makan pisang bermakna mengajar pakar.Begitu juga pepatah berbunyi orang tua jangan diperut seperti rotan, dahululah dia merasa garam bermakna janganlah cuba mengajar pakar.Curi tulang bermakna ponteng kerjalah tu.

41."Man kysser barnet och menar amman" (Satu ciuman bagi kanak-kanak bermakna untuk jururawat juga)
Budak bermakna masih belum matang fikiran.Budak belian bermakna hamba yang dibeli.Budak makan pisang bermakna belum matang.

42."Nor barnet ar avvant, far amman avsked " (Bila kanak-kanak berhenti/putus menyusu ,mereka katakan selamat tinggal pada jururawat juga)

Susu bundar bermakna buah dada yang cantik.Susu didada tidak dapat dielakkan bermakna nasib yang tidak dapat dielakan.Putus-putus suara bermakna suara tertahan-tahan.Putus tali tali boleh dihubung,patah arang sudah sekali bermakna putus hubungan sama sekali.Putus kelikir rompong hidung bermakna konflik yang tidak dapat didamaikan lagi.Putus gayung dibelebas,putus kata dipangkalannya bermakna keputusan selepas berunding.

43."Andra ar andra seder " (Lain tahun lain pula warna rambutnya)

Rambut anak kundai bermakna anak rambut didahi pengantin.Rambut dibelah seribu bermakna sangat kecil.Rambut dijalin sikelebai bermakna rambut panjang seorang gadis yang kusut.Rambut seperti raga bermakna kusut masai.Rambut sudah menjarum bermakna sudah tua.

44."Andras fel lar bast" (Kesilapan orang lain adalah pengajaran/guru yang terbaik)
Guru makan berdiri,murid makan berlari bermakna murid selalu mencontohi perbuatan guru.Lain biduk galang diletak bermakna lain ditanya lain dijawab.Lain yang luka lain yang kepedihan bermakna lain yang disindir lain pula yang diterasa.Salah cotok berkudung paruh,salah telan belah perut bermakna kesalahan akan menerima hukuman yang setimpal.Salah gelogok hulu malang, pandai bertenggang hulu baik bermakna kalau membuat kerja dengan tidak hati-hati akan mendatangkan kesusahan.

Dr Aminudin

No comments: