Tuesday, May 18, 2010
Memperkenalkan Peribahasa Sweden Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu-Siri 8
36."Allmosa ar till fromma bade for den som far och for den som ger " (Derma membantu pemberi dan penerima)
Seduit dibelah tujuh,sirih sehelai dicabik-cabik bermakna bersatu hati.Beri tangan adalah menolong.Terima budi adalah menerima jasa baik orang.
37." Den som vill vara med om visten far ocksa kannas vid forlusten " (Siapa yang mahu berkongsi untung kena sanggup pula berkongsi kerugian )
Untung ada, tuah tiada bermakna nasib malang.Untung bagai untung kapas bermakna banyak tanggungan.Untung melambung,malam menimpa bermakna mula-mula untung, kemudian malang.Untung sabut timbul,untung batu tenggelam bermakna kalau nasib baik selamat kalau nasib buruk musibah.Rugi menentang laba,jerih menentang boleh bermakna kena bersusah payah dahulu sebelum mendapat apa yang dihajati.Rugi-rugi untung bermakna walaupun rugi ada juga kebaikannya.
38." Allting garigen " (Semua dalam bentuk bulat)
Bulat fikiran bermaksud keputusan muktamad.Bulat kata bermakna sudah sepakat.Bulat macam kundur bermakna anak yang gemuk dan sihat.Bulat segolong pecah selayang bermakna muafakat.Bulat waris mengadakan buapak,bulat buapak mengadakan lembaga bermakna kita sepakat waktu mengangkat datuk lembaga.Bulat tekad bermakna azam yang kuat.
39." Allvar och gamman faller val samman " (Hendaklah serius dan masa yang tepat selalu seiringan dalam banyak keadaan )
Masa ada ayam yang mematangkan jemur bermakna mustahil menolak untung.Masa kecil teranja-anja,sudah besar terbawa-bawa,lalu tua berubah tidak bermakna kebiasaan dizaman kecil susah hendak diubah masa tua.Masa tidak dapat ditambat,terlepas takdapat dikejar maksudnya masa tidak dapat ditebus semula.Masa rebunglah hendak dilentur,jangan nanti hingga menjadi aur bermakna melatih anak biar masa masih kecil.
Dr Aminudin
Labels:
Helsingborg,
Source WWW.flickr.Com,
Stokholm Sweden
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment