Saturday, May 1, 2010
Pengenalan Terhadap Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara-Atipan XXVII(Pembuktian Ianya Ditulis Oleh Orang Lembah Bama )
5.Dalam mukasurat 76, Hikayat Seri Rama telah dituliskan oleh pengarangnya seperti berikut :-
" Berapa ribu kerbau lembu dan beberapa laksa rusa dan beberapa laksa kambing,beberapa laksa itek ayam dan beberapa tempayan minuman pelbagai namanya diminum orang dan beberapa puloh nekmat tiada lagi tepermanai ".
Analisis dan Realiti Dalam Kehidupan Lembah Bama dapat dikesan dari perkataan diatas iaitu kerbau,lembu,ayam itek, tempayan dan rusa.Saya telah menghuraikan dalam kajian tentang Lembah Bama bahawa Teori Kerbau yang datang keLembah Bama adalah sekitar abad yang ke5 ,Masehi.Saya juga telah memetik cerita bagaimana kerbau berlawan dengan Raja Belia didalam gua, dan saya berpendapat disini ialah Gua Bama yang menjadi latarbelakang cerita tersebut.Disamping itu juga saya ada menghuraikan evolusi daun asam jawa yang dahulunya sebesar daun keladi birah tetapi kini daun asam jawa hanya sebesar jari tangan kita sahaja.Saya juga telah membuktikan bahawa pokok asam jawa memang banyak terdapat diKampung Relong terutama dekat dengan rumah Tok Aki Had, tukang calat(Tok Mudin) dikampung Relong dahulu, dimana saya selalu bermain dengan anak-anak Pakandak Dahan dibawah pokok asam jawa tersebut.Begitu juga kerbau,lembu ini menjadi binatang ternakan utama orang Sungaibatu diKampung Relong, malahan Aki saya (Haji Husin) telah pergi menunaikan haji bersama We Muhammad dengan menjual kerbau dan lembu mereka untuk keMekah.Saya juga ada mencoretkan tentang peristiwa orang Kampung Relong menyembelih kerbau dan lembu dimana tempat penyembelihan itu adalah dekat kedai sederet ditepi padang sekolah Kampung Relong.Malahan saya juga mendapat petua dari peristiwa itu ialah darah kerbau atau lembu yang disembelih itu boleh menahan benang jala untuk tahan lama dan juga dikatakan "mujur" oleh orang kampung kalau kita pergi menjala ikan.
Ayam dan itek seperti yang pernah saya coretkan dalam blog ini adalah binatang ternakan utama kami diKampung Relong.Saya ada menceritakan bagaimana ayam dan itek kami habis bergelempangan kerana mabuk termakan ubi gadung.Bagitu jugalah saya ada menglakarkan "tengkalang" sebagai bekas ayam dan itek yang hendak kami jual kepekan sari dikampung kami atau dijual kepekan Padang Tengku.Akhirnya Tempayan adalah " bejana yang dibuat dari tanah liat untuk menyimpan air dan lain-lain (Kamus Dewan") yang pernah saya coretkan dalam blog ini iaitu kami gunakan untuk mengisi air bagi basuh kaki kami bila hendak naik kesurau sungaibatu.Juga saya pernah menceritakan tentang tempayan ini sebagai bekas ayah menyimpan rambutan gading yang kami jeruk ,dimana tidak kedapatan lagi orang kampung menjeruk rambutan longir (rambutan yang tidak lekang) sebagai makanan sekarang.Manakala rusa memang banyak juga mengikut kata ayah saya terutama disekitar Bukit Perupuk dan Bukit Peninjau.Namun oleh kerana binatang tersebut adalah binatang lindungan kerajaan tidaklah penduduk kampung kami menangkap sesuka hati.Bagi pemburu seperti Pakangah Man dan Abang Din-Miah selalu juga mendapat rusa yang diburu bila tiba musim lesen memburu dikeluarkan.
Ayat dari perkataan diatas yang kami gunakan diLembah Bama adalah seperti berikut :_
5.1.Kerbau- Semasa saya kecil pernah juga ayah menyuruh saya menyedong kerbau dipaya dekat Gua Bama itu.
5.2.Ayam dan itek- Reban bagi ayam itek kami diKampung Relong dimasa dahulu dibuat dari atap rembia dan dinding dari kayu kelat yang kami cari berhampiran Sungai Teris.
5.3.Tempayan-Tempayan yang terdapat dekat surau Sungaibatu itu telah dibeli oleh We Muhammad (Tok Imam surau kami) disebuah kedai diKampung Bapung.
5.4.Rusa- Daging rusa liar yang diperoleh oleh Abang Din kadang-kadang ada juga dihantar kerumah lama kami ditepi sawah dekat Gua Bama itu.
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment