Monday, May 10, 2010
Memperkenalkan Peribahasa Sweden Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu-Siri 6
26."Advokater och soldater ar satans lekkamrater" (Peguam dan tentera adalah syaitan yang sering bergaul )
Tentera pemberontak bermakna tentera yang menentang kerajaan.Tentera upahan adalah tentera profesional yang bertugas kerana diupah.Kawan ketawa adalah sahabat handai dimasa senang.Kawan sehidup semati adalah kawan seperjuangan.Kawan seiring jalan ialah sahabat seperjuangan.
27."Stora processer gor valkladda advokater och nakna parter " (Proses perundangan (bagi kes besar) menjadikan peguam berpakaian kemas dan cantik, manakala pihak dibelanya bertelanjang)
Besar bungkus tak berisi bermakna cakap saja yang besar.Besar gabuk bermakna besar tetapi lemah.Besar diambak,tinggi dianjung bermakna orang menjadi besar dan mulia kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya.Besar pasak dari tiang bermakna besar belanja dari pendapatan.Besar-besar istana raja, kecil-kecil pondok sendiri bermakna rumah sendiri lebih bahagia dari rumah orang.Besar-besar gunung dipandang,kecil-kecil hutang disandang bermakna beban menanggung hutang lebih besar dari gunung.Telanjang bulat bermakna tiada seurat benangpun pada tubuh.
28."Darar och envist folk gor rika advokater " (Orang Bodoh dan Degil akan menjadikan peguam kaya dalam proses pembelaannya )
Bodoh alang bermakna tidak berapa bodoh.Bodoh macam telur bermakna terlalu lurus.Bodoh-bodoh sepat,tak makan pancing emas bermakna nampak bodoh tetapi tak boleh ditipu.
29."Nar en advokat dor,foljer fan honom till graven " (Apabila peguam mati, syaitan menghantarnya hingga kekubur (macamlah saudaranya)
Mati ayam, mati tungaunya bermakna apabila ketua ditimba bencana,pengikutnya turut susah.Mati bebang bermakna mati bersalin sebab bayi tak keluar.Mati dicatuk katak bermakna orang kuat dikalahkan oleh orang lemah.Mati kuang kerana bunyi bermakna malang kerana sifat yang dimiliki.Mati tidak akan menyesal,luka tidak akan menyiuk bermakna sudah bertekad dan tidak akan menyesal apapun yang terjadi.
30." Affar ar affar " (Perniagaan adalah perniagaan jangan campurkan dengan emosi dan sifat dermawan)
Berniaga buluh kasap,hujung hilang pangkal lesap bermakna tidak pandai membuat kerja akhirnya rugi.Berniaga dihujung lidah bermakna suka menipu.Sedekah bumi ialah kenduri lepas menuai.
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment