Tuesday, July 27, 2010
Cerita Sebelum Tidur- Legenda Islam Kisah Tamim al-Dari Siri 1
Kini saya akan menghidangkan siri cerita sebelum tidur yang kedua iaitu Hikayat Tamim al-Dari yang merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Kisah ini merupakan juga bukti bahawa pengaruh kesusasteraan Islam begitu ketara dalam kesusasteraan Melayu yang sekaligus merupakan naskhah Melayu yang tertua disamping naskhah yang lain seperti Tajus Salatin dan Bustanus Salatin.Kajian yang dibuat mendapati Hikayat Tamin al-Dari ini dikatakan terjemahan dari versi Arab yang berjudul " Ifham al-Mama Ari bi-Akhbar Tamim al-Dari " yang digubah oleh Syeikh Shibab al-Din Abu Mahmud pada tahun 1266, Masehi dan ada juga sarjana mengatakan ianya diterjemah kedalam Bahasa Melayu dari karya yang berjudul " Tarikh al-Hijrat".Walau apapun pendapat para sarjana itu hikayat ini telah diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu,Bugis,Parsi,Urdu,Afganistan dan lain-lain.Bagi mengisahkan semula cerita ini saya menggunakan kajian bandingan teks yang diselenggarakan oleh Wahyunah Haji Abdul Ghani dengan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1989.Saya menulis semula cerita atau hikayat ini dalam gayabahasa moden dan lengok bahasa saya, semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.
Nabi Muhammad SAW duduk dengan tertib dalam Masjid Madinah dengan dihadhiri oleh para sahabat dan keluarga baginda, seketika kemudian baginda bersabda " Sahabat-sahabatku sekelian ,ketahuilah bahawa ada diantara sekelian seorang lelaki diantara sekelian nanti akan mengalami kehidupan dengan merasai keindahan syurga,keajiban dilangit dan bumi dan akhirnya akan kerumah tangganya dan berjumpa semula isteri dan anak-anaknya ".Ada dikalangan para sahabat-sahabat itu bertanya semula kepada baginda Rasulullah SAW, maka dijawab dengan senyuman oleh baginda seraya bersabda " Tiadalah dapat aku katakan kepada sahabatku sekelian ".Segala sahabat didalam masjid itu tertanya-tanya apakah mereka yang akan terjadi demikian, lantaran itu ramailah dikalangan mereka berjumpa Rasulullah untuk didoakan menjadi tokoh tersebut.Walaubagaimanapun Rasulullah ada bersabda lagi bahawa janganlah ada dikalangan mereka suka pergi ketelaga pada malam hari seorang diri. Sejak itu kembalilah sahabat-sahabat itu kerumah masing-masing dan beringat-ingat akan pesan Rasulullah SAW itu.Masa telah berlalu dimana baginda Rasulullah telah wafat dan diikuti kemudiannya oleh Khalifah Abu Bakar.Namun walaubagaimanapun sabda Rasululah SAW itu masih diingati oleh Syyidina Ali dimasa pemerintahan Khalifah Umar.
Dizaman Khalifah Umar ada seorang lelaki bernama Tamim ibn Habibul Dari dari kaum Ansar.Jadi pada satu malam dia berasa hendak mandi ditelaga dekat rumahnya dengan berkata-kata pada isterinya Siti Khaulah yang meminta isterinya menemankannya pergi mandi ditelaga tesebut tetapi diusik oleh isterinya yang mengatakan bagaimana seorang lelaki begitu penakut itu malahan dia terlepas kata yang berbunyi " Hai jin kamu tangkaplah lelaki (suamiku) yang penakut ini ".Setelah itu Tamim al-dari pun pergilah kepergi tersebut dengan berjalan terhingut-hingut dan seketika itu datang seorang jin yang rupanya hitam dan badan yang amat panjang menyambar Tamim al-Dari dan menerbangkanya kedalam bumi hingga kelapisan bumi yang keempat tempat negeri jin kafir itu.
Bersambung
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment