Wednesday, July 7, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 1- Puteri Kaguya


Semasa saya bebudak derelong, saya dan rakan sebaya seperti MeRoslan,Nuar Kadir,Abang Dollah,Jefri dan lain-lain sering mengekori Abang Ahmad Mohd dan Abang Isa kehulu-kehilir kerana hendak mendengar cerita dari mereka.Pada waktu malam pula terutama dibulan puasa kami tidur disurau We Muhammad diSungai Batu yang pernah saya coretkan dalam blog ini kami dihidangkan oleh cerita-cerita dari kedua abang tersebut.Kini apabila saya telah pencen, tibalah giliran saya pula bercerita kepada anda sekelian cerita yang saya dengar dari ibu angkat saya diTokyo, Jepun untuk kita kongsikan bersama.Sebelum ini saya telah kongsikan bersama anda sekelian 100 Peribahasa Jepun.Saya mendapati ada juga persamaan cerita dari legenda Jepun ini dengan cerita-cerita hikayat dinegara kita yang akan saya ulas apabila tamat sesebuah cerita nanti.

Bagi permulaan ingin saya ceritakan tentang legenda Puteri Kaguya yang merupakan cerita rakyat Jepun. Cerita ini bermula dalam sebuah kehidupan sepasang suami-isteri yang sudah tua dan tiada mempunyai anak.Pekerjaan 'Datuk ' yang sering dipanggil oleh budak-budak dikampungnya itu ialah masuk hutan dengan mencari buluh.Apabila dia keluar rumah dan hendak menuju kehutan seringkali beliau ditanyakan oleh budak-budak kampung itu apakah tujuan dia mencari buluh-buluh itu ?.Jawapan yang sering kali diberikan oleh 'datuk' tersebut ialah buluh tersebut untuk dibuatnya bakul yang cantik dan menawan hati pembeli.Selain dari itu sering juga 'datuk' tersebut ditanyakan oleh budak-budak itu " boleh tak datuk buatkan bakul untuk kami ?", manakala jawapan yang sering terhambur keluar dari mulut orang tua itu ialah " tentu sahaja boleh tapi adakah kamu sanggup untuk tinggal dirumah kami kerana kami tidak mempunyai anak ".Selalunya bebudak itu akan bersorak dan membalas jawapan kepada orang tua itu ialah " Kami tidak mahu kerana rumah 'datuk' telah usang dan buruk ".Namun begitu orang tua tersebut tetap senyum dengan tabah, tetapi dalam hatinya memang sedih mengenangkan nasib yang menimpa mereka berdua dengan tidak mempunyai anak sebagai penghibur hati dikala lara.Perkara ini jugalah yang selalu mereka bincangkan suami-isteri serta berdoa kepada Tuhan supaya mereka dikurniakan anak kepada mereka.

Pada satu petang setelah makan petang mereka berdua suami-isteri bersembahyang dan berdoa supaya mereka dikurniakan anak. Beberapa hari kemudian 'datuk' yang tua itu pergi kehutan dengan langkah yang agak perlahan dan tidak lama selepas itu kedengaranlah dengkungan kapaknya menebang kayu-kayan dihutan itu serta tidak lama kemudian dia menuju keperdu buluh dihutan itu.Bagi buluh yang ditebangnya banyak juga yang tumbang namun bagi satu perdu yang muda dan warna cukup kehijauan telah kelihatan tumbuh semula. Inilah yang menghairankan kepada orang tua itu .Selain dari itu ada juga semacam kedengaran kepadanya nyanyian yang merdu dari perdu buluh itu.Nyanyian itu kian kuat dan kian jelas pada pendengarannya.Dia cuba melihat sekelilingnya tetapi tiada siapa disitu.Akhirnya barulah dia terpandang pada suara nyanyian itu datangnya dari tengah-tengah perdu buluh tersebut.Dengan penuh hati-hati dia menuju ketengah perdu buluh itu dan amat terkejut bila mendapati ada seorang budak perempuan yang cukup cantik paras wajahnya dan putih sungguh kulitnya ibarat sang puteri ditengah perdu buluh itu.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: