Friday, July 9, 2010
Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 3- Puteri Kaguya
Kedua suami-isteri itu beredarlah dari rumah tuan guru setelah mengucapkan ribuan terima kasih diatas nasihat yang diberikan kepada mereka, namun sebelum beredar itu guru itu menasihatkan kepada mereka supaya tidak menghebuhkan tentang hal budak perempuan kecil itu kepada orang kampung dan hendaklah mereka menjaganya dengan tidak membiarkan budak itu bermain-main diluar rumah.Pesanan ini dinyatakan beberapa kali oleh tuan guru itu kepada kedua pasang suami-isteri tua tersebut.Mereka berdua membawa pulang budak kecil itu kerumah.Masa pula berjalan dengan pantas dan kedua orang tua itu menjaga budak kecil yang cantik itu bagaikan menatang minyak yang penuh.Puteri Kaguya terus membesar dan ada juga kelihatan keluar dari rumah ibu-bapanya sekali sekali namun tidaklah bercampur dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya.Manakala rumah itu masih tetap kelihatan dari luarnya seperti rumah usang dan buruk tetapi didalamnya terutama bilik Puteri kian bertambah cantik dari kesehari dan yang paling istimewanya dindingnya dihiasai oleh bebunga hutan yang baunya semerbak ditambah pula oleh bau badan puteri itu sendiri.
Setelah empat dan lima tahun kemudian Puteri Kaguya telah kelihatan sebagai puteri remaja dan kecantikannya kian terserlah ibarat pepatah Jepun ia " bagaikan bulan penuh dibukit hijau ".Orang lelaki tua itu masih pergi kedalam hutan mencari rezeki dengan mengambil batang-batang buluh untuk dibuat bakul. Jadi pada pada satu hari dia terjumpa seperdu buluh yang sungguh cantik dan dengan tidak membuang masa menebang dan memangkas batang-batang buluh tersebut dan tiba-tiba terkeluarlah wang siling emas dari ketungan buluh-buluh itu.Apalagi orang tua itu terperanjat dan setelah ia mengutip duit-duit emas itu dia kembali kerumah. Lantaran penemuan duit-duit emas yang banyak dalam ketungan buluh tersebut, orang tua itu telah menjadi kaya-raya dan dapatlah dia membeli banyak lagi kimono yang cantik-cantik dan tidak lupa membeli hamparan-hamparan yang mahal-mahal untuk dibentangkan didalam rumah mereka.Kini orang tua itu tidaklah lagi pergi kehutan untuk mencari buluh kerana sudah manjadi kaya-raya dan tugasnya kini adalah menjaga puteri yang telah menuju kealam remaja.Sedangkan masyarakat sekelilngnya mulai hairan terhadap orang tua dan cakap-cakap atau khabar angin mulai bertiup dikampung mereka dan kampung sekitarnya tentang puteri yang cantik yang " terkurung " dalam rumah mereka itu.Tentang kekayaan yang diperolehinya pula masyarakat telah menyanjungi mereka dan malahan ada sanggup menganggap mereka sebagai orang bangsawan pula.Bagi puteri pula ada kalanya ia terpaksa pergi mendandan rambutnya dikedai dandan rambut.Jadi ini membuatkan orang ramai bersesak-sesak dan berkerumum untuk melihatnya.Ini menjadikan orang tua itu menjadi susah hati dan akhirnya terpaksa "mengurung" puteri itu dalam bilik dirumah mereka.Inilah juga menjadi tanda-tanya kepada seluruh penduduk kampung dan semestilah pula dalam fikiran kedua orang tua tersebut tentang hal ini dan kadang-kadang menekan jiwa mereka.
Akhirnya mereka berdua tidak dapat membendung perbuatan melindungi kehadiran puteri ini dan mereka berdua bercadang untuk memberi tahu kepada masyarakat sekelilingnya lagi pun puteri mereka hampir remaja itu perlu menikmati alam sekelilingnya.Jadi mereka berdua membuat keputusan untuk mengadakan jamuan dan menjemput seramai mungkin orang hadir kerumah mereka itu dan dengan harapan segala khabar-khabar angin tentang puteri mereka itu dapat dihapuskan setelah mereka mendedahkannya hal tersebut." Cadangan ini amat baik ", kata isteri orang itu " " lagipun kita sekarang mempunyai banyak wang bagi mengadakan jamuan dan layak menjemput orang ramai ",sampuk orang tua lelaki itu dengan penuh kebanggaan.
Bersambung
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment