Friday, July 23, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 13- Puteri Kaguya


Penaka takdir yang menimpa kedua orang tua ayah angkat Puteri Kaguya itu.Mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi.Namun begitu orang tua ayah angkat puteri masih tidak putuasa lagi.Dia pergi mengadap Maharaja diistananya untuk mengkhabarkan kepada Maharaja tentang puterinya itu.Maharaja amat terkejut tentang perkara itu dan mengatakan perkara ini sungguh ajaib dan tidak berlengah-lengah lagi menyuruh pembesarnya menghantar tentera seramai 2000 orang supaya menjaga rumah puteri dan mengetatkan kawalan supaya dapat menyekat puteri dari dibawa pulang kebulan.Orang tua ayah angkat puteri itu percaya orang dari bulan tidak akan dapat mengambil puteri mereka dan ini membuatkan dia begitu gembira dan lega perasaannya ketika itu.Bila mereka sampai dirumah orang-orang suruhan mengunci pintu dan mana-mana tingkap yang tidak kemas dan tidak kuat diperbetulkan.Tidak lama setelah itu sampailah tentera Maharaja yang 2000 orang itu datang mengawal keliling rumah puteri.Ada yang berkawal dikeliling rumah, ada yang berkawal dihalaman dan juga ditaman, malahan ada juga berkawal diatas bumbung rumah itu.Kadang-kadang ada kedengaran orang tua ayah sang puteri berkata " kalau datang utusan dari negeri kayangan dibulan itu pasti tidak akan aku lepaskan puteri ku ini ".Begitulah sayangnya dia kepada anak angkatnya itu.

Namun tidak lama selepas itu kedengaranlah suara ajaib yang memanggil keluarga angkat Puteri Kaguya dengan penuh sopan yang katanya " Kamu telah menjaga dengan penuh kasih sayang terhadap puteri ini, wahai Miyatsukomaro San , sekarang telah tibalah masanya Puteri Kaguya akan kembali kenegerinya dan mendapatkan orang-orangnya sedangkan kamu telah menjadi ibu-bapa angkatnya berberapa tahun namun disana hanyalah berberapa minit sahaja.Orang disana sedang menunggunya dan kamu kena melepaskannya sekarang ".Tidak semena-mena semua pintu dan tingkap rumah itu terbuka dengan sendirinya dan kedua orang tua ibu-bapa angkat puteri pula berkeadaan sedu dan tanggisnya serta begitu juga Puteri Kaguya dan puteri pun berkata " Aku menyayangi kamu berdua dan kita telah hidup gembira bersama-sama tetapi kita terpaksa berpisah dan aku terpaksa kembali dan selamat tinggal wahai kedua ibu-bapaku ".Puteri kemudian memberikan pakaiannya kepada orang tuanya itu sambil berkata " Ambillah pakaianku ini bernama Hagoromo, bila kamu memakainya pasti dapat mengubatkan rindu pada ku dan begitu juga kimono ini sebagai tanda ingatan kepada ku, jadi kesatlah air mata kelian supaya aku dapat pergi dengan gembira.Disamping itu puisi yang aku karang ini sampaikan kepada Maharaja dan berikan air dalam kendi ini untuk dia minum ".

Seketika itu juga kelihatanlah kenderaan kayangan yang bercahaya-cahaya datang menghampiri Puteri Kaguya dan dia memasuki kenderaan itu dan dengan sekelip mata hilang dari pandangan kedua-dua orang tuanya itu.

Bersambung (Penamat dan analisis)

Dr Aminudin

No comments: