Wednesday, July 14, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 9- Puteri Kaguya


Enca hati kedua kawan Otomo-No-Miyuki yang kecundang dengan tugas masing-masing.Kini bagi Otomo-No-Miyuki pula yang hidupnya sederhana sahaja walaupun keluargnya orang berada.Dia juga cuba memenuhi kehendaki Puteri Kaguya.Namun hatinya gundah-gulana juga kerana untuk mendapatkan 5 biji permata dari mulut naga bukanlah suatu yang senang.Dia kemudiannya memanggil orang-orang suruhannya supaya mencari permata tersebut dengan apa cara sekalipun dan jika mereka memperolehinya mereka akan menjadi kaya-raya.Sebagai permulaan mereka diberikan beberapa buntil wang emas dan yang pasti orang-orang suruhannya menjadi gembira dan ada dikalangan mereka berbisik sesama sendiri sedemikan bunyinya ," Ini tugasan yang berbahaya yang tuan kita suruh, aku ada mendengar cerita tentang Gunung Horai itu.Mereka juga berkata ada kuasa sakti naga digunung itu yang membuat kita tidak dapat mendekatinya dan bagaimanakah kita hendak mengalahkannya ?.Bila kita balik nanti dengan tangan kosong kita tidak mendapat apa-apapun, jadi sekarang kita ambil apa yang diberikan kepada kita dan juga menjaga diri kita dari kena bahaya naga itu ".

Tidak ada siapa yang berani mati kerana naga itu dan mereka dengan bijak menagihkan wang emas itu dikalangan mereka.Manakala Otomo-No-Miyuki pula sibuk membesarkan rumahnya kerana sekiranya tugasan mereka berhasil mendapatkan permata itu dia akan beroleh puteri itu sebagai isterinya dan inilah yang selalu bermain dalam benaknya.Berberapa pula berlalu tiada tanda-tanda yang orang-orang suruhannya kembali dan oleh kerana bosan menunggu dia mengambil keputusan untuk mencari sendiri naga itu.Dia dengan beberapa orang suruhan lain membuat perahu yang boleh dinaiki oleh beberapa orang awak-awak.Pada mulanya awak-awak keberatan untuk mengikutnya tetapi setelah dia menerangkan kepada mereka jangan bimbang awak-awaknya bersetuju.Setelah belayar beberapa bulan dilautan dalam cuaca yang baik dan bila menghampiri pulau Kyushu tiba-tiba lautan bergelora dan angin bertiup begitu kencang dan perahu mereka dilambung ombak serta hampir terbaik.Namun tidak lama kemudian angin pun reda dan mereka sampai kegigi pantai dan berkhemah disitu.Beberapa hari kemudian Otomo-No-Miyuki melihat sekitar pantai itu kelihatan sebuah gunung dan dalam hatinya berbisik inilah agaknya gunung Horai.

Tidak lama kemudian dia merasa angin bertiup kencang dan dia menjangkakan inilah hembusan nafas sang naga.Tiba-tiba dia dapati bayangan pula diatas gunung itu dan kemudian diikuti oleh guruh dan kilat sabung menyabung dan kadang-kadang semacam menyambar mereka dan dia berkata " Ini mungkin kemarahan sang naga dan hendak mendera kita, segeralah sembah naga itu dan minta maaf darinya".Bila keadaan telah pulih mereka pun beredar dari pulau itu dan berterima kasih kepada Dewa naga kerana tidak memusnahkan mereka.Setelah beberapa minggu kemudian mereka telah mendekati sebuah pelabuhan kecil dan singgah untuk mendapatkan air dan makanan.Bagi setengah awak-awak telah berjalan-jalan disitu dan kemudian bersorak mengatakan " Inilah Akashi,kita telah sampai dinegeri kita, Jepun yang disayangi ".Bila mendengar pekikan awak-awaknya itu Otomo-No-Miyuki terus memerhatikan kawasan sekelilingnya dan dia dapat mengecam akan banyak pepohon ru, langit yang berwarna biru muda dan balam-balam kelihatan gunung-ganang itu adalah negeri mereka.Mereka sebenarnya lama sesat tetapi sesat dinegeri mereka sendiri dan dengan tidak berlengah-lengah lagi orang-orang suruhannya membuat kenderaan usungan bagi Otomo-No-Miyuki dan mengusungnya kembali kerumah,disamping itu orang-orang suruhannya berkata " kita telah berusaha mencari permata itu dalam mulut naga tetapi apakan daya kita ".Bagi Ketua Istiadat Otomo-No-miyuki pula tidaklah ia merasa marah kerana dia mengetahui hal yang sebenar dan mereka juga bersependapat yang permintaan Puteri Kaguya itu adalah mustahil untuk dipenuhi.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: