Tuesday, July 20, 2010
Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 12- Puteri Kaguya
Lanang yang lima orang itu akhirnya kecundang untuk memenuhi kehendak Puteri Kaguya.Puteri Kaguya pula kelihatan lebih gembira hidup bersama kedua orang tua angkatnya itu.Walaubagaimanapun berita kejelitaannya mulai sampai ketelinga Maharaja Jepun sendiri.Pada satu hari Maharaja Jepun memanggil pembesarnya dan mula bertanyakan tentang kejelitaan Puteri Kaguya dan akhirnya bercadang hendak melihat sendiri wajah puteri itu.Namun hasratnya dihalang oleh pembesar baginda.Pembesarnya mengatakan mereka akan memeriksanya dahulu bagi memastikan perkara ini betul-betul benar dan pembesar itu kemudian pergi kerumah Puteri Kaguya dan menjemput orang tua ayah puteri datang keistana setelah mendapati berita tersebut adalah tulin.Orang tua ayah puteri datang menghadap Maharaja dan bila dia tiba dibalai istana dia dilayan dengan begitu baik oleh Maharaja.Malahan Maharaja berjanji akan memberikan pangkat yang tinggi kepada orang tua ayah puteri.Maharaja menjemput puteri datang keistana tetapi dia tetap menolaknya dengan baik kehendak Maharaja itu.Hinggakan ayah puteri memujuknya dan puteri sanggup membunuh diri kalau dia dipaksa juga.
Inilah yang membuat kedua orang tua angkatnya itu begitu risau hinggalah entah macam mana bila Maharaja pergi memburu maka tidak semena-semena mereka telah tersesat kekawasan rumah puteri itu.Ini menjadikan kedua orang tua itu panik dan terus menghadap Maharaja dihalaman rumah mereka dan menjemputnya masuk kerumah mereka.Tanpa berlengah-lengah lagi Maharaja masuk kerumah itu dan menuju kebilik Puteri Kaguya dan bila dia membuka tirai bilik Puteri Kaguya dan terlihat cahaya bergemerlapan memancar-mancar dari muka Puteri Kaguya yang sedang duduk diatas getanya yang beralaskan bantal bersulam emas dengan memakai baju sutera dan memandang puteri itu.Dia telah melihat sendiri puteri itu yang kejelitaannya tidak ada tolok-bandingnya didunia ketika itu.Dia pun ingin balik keistana ketika itu juga kerana hampir-hampir hilang penglihatannya terkena cahaya yang memancar dari wajah Puteri Kaguya.Dia memohon pergi dan kembali keistana dengan segala para pembesarnya serta itu juga.
Sejak itu Maharaja tidak datang menjenguk Puteri Kaguya kerana amat terkejut dan masa berlalu begitu cepat hingga menjangkau empat tahun yang kini menjelanglah pada bulan akan mengambang dan dapat kelihatan awan yang cerah dari tingkap rumah Puteri Kaguya.Kedua orang tua angkatnya itu agak sedih mengenangkan nasib puteri mereka itu.Pada satu malam yang hening sekitar bulan Ogos itu Puteri Kaguya menerangkan yang akan memberitahu kepada orang tuanya itu rahsia sebenar tentang dirinya.Puteri Kaguya dengan sedih dan kelihat beberapa titik air matanya bergelinangan dikelopak matanya seraya berkata " Kini tibalah masanya ingin ku khabarkan kepada kedua orang tuaku bahawa aku bukan berasal dari bumi dan tidak seperti manusia lain disini.Aku dilahirkan dinegeri bulan dan aku dihantar kebumi untuk sementara waktu dan sekarang aku akan pulang kerana panggilan dari bulan sering mengamitku dan masanya telah tiba bila bulan mengambang penuh dibulan Ogos ini.Aku tetap tidak dapat melupakan kamu wahai kedua orang tua ku, tapi apakan dayaku ".
Bersambung
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment