Wednesday, July 7, 2010

Otogibanashi (Cerita Sebelum Tidur) Legenda Dari Jepun Siri 2- Puteri Kaguya


Orang tua itu begitu terpegun melihat kanak-kanak perempuan yang menyanyikan lagu begitu merdu dan tiba-tiba terberhenti bila melihat orang tua itu menghampirinya dan mengambilnya dari dalam perdu buluh itu.Orang tua itu sungguh kagum akan kecantikan budak perempuan itu yang wajahnya amat cantik dan menawan serta ditambah lagi kulitnya yang putih melepak, manakala rambutnya yang panjang penuh kehitaman itu mencecah hingga kebahu.Matanya pun berkelipan seperti bintang yang berkerlipan dan yang paling menakjubkan pula ialah bau yang keluar dari badannya sungguh harum semerbak bagaikan bau bunga hutan seakan-akan bau bunga melor.Orang tua itu mengambil budak itu tadi dengan penuh hati-hati dan dia tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Tuhan yang telah mengkabulkan doa mereka berdua untuk mendapat seorang anak.Beliau melangkah cukup berambi-rambi dicelah-celah pohon buluh yang tumbang itu, namun dia masih dapat melihat cahaya yang bersinar dan kepulan-kepulan awan yang masih tinggal dari tempat dia mengambil budak kecil itu tadi.Dia berjalan agak cepat menuju pulang kerumahnya dan sudah pasti berita gembira akan dikhabarkannya kepada isterinya yang menunggu dirumah.

Sampai dirumah dia begitu gembira dan berteriak kepada isterinya supaya keluar rumah dengan seberapa segera dan memintanya melihatnya sesuatu keajaiban telah berlaku.Dia juga menyeru supaya dibawakan bakul yang agak besar dan baru kepadanya dengan segera.Isterinya pula datang dengan tergesa-gesa dan semacam terpinga-pinga serta bertanyakan apakah sebenarnya keajaiban yang berlaku dan apakah perlunya sebuah bakul yang baru.Orang lelaki tua itu berkata lagi bahawa " janganlah banyak tanya dan cepatlah bawakan kepadanya sebuah bakul dan ia pasti akan tunjukkan satu keajaiban yang pasti berlaku ". Isteri orang tua itu pun datanglah dengan keadaan tergesa-gesa dengan membawakan sebuah bakul yang baik dari dalam kimono orang tua lelaki itu dikeluarkannya anak kecil yang cantik bagi dimasukan dalam bakul yang dibawa oleh isterinya itu.Mereka berdua kemudiannya membawa budak kecil yang cantik itu kedalam rumah dan keadaan rumah mereka kelihatan bercahaya dan bau dalam rumah mereka turut menjadi semerbak bak bau bunga melor.Orang tua lelaki itu memberi tahu isterinya tentang keajaiban kanak-kanak kecil yang dijumpai dalam perdu buluh itu dan mereka berdua begitu gembira sekarang kerana mereka sudah mempunyai seorang anak kini.

Berberapa hari kemudian sepasang suami-isteri ini baru tersedar bahawa yang kanak-kanak perempuan yang cantik ini belum lagi diberikan namanya dan akhirnya setelah mereka berbincang, mereka membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat dari seorang guru yang tinggal berdekat dengan kampung mereka itu.Esoknya mereka membawa kanak-kanak tersebut kerumah guru tersebut dan bila sampai dirumah guru itu, alangkah terkejutnya guru itu dan begitu tertarik dengan cerita yang disampaikan oleh kedua orang suami-isteri itu.Mengikut guru itu kanak-kanak ini sungguh bertuah dan ia kemungkinan seorang anak raja dan amat cantik pula. Guru itu mencadangkan nama budak ini digelar Puteri Kaguya dan kemudian guru itu menuliskan nama tersebut diatas selembaran kertas dan menyerahkan kepada pasangan suami-isteri itu untuk disimpan.

Bersambung

Dr Aminudin

No comments: