Tebu atau nama saintifiknya Saccharum officinarum memang kebiasaan ditanam dikebanyakan rumah orang sungaibatu, deRelong.Rumah kami dekat Guabama banyak menanam tebu ini dekat tepi paya yang menghadap Guabama.Begitu juga rumah Pakangah Man dan anak-anak mereka Jefri dan Alim banyak saya lihat pokok tebu ditanam dekat reban ayam mereka.Manakala Pakencik Akob dan Wan Kiah menanamnya dekat tanjong seberang parit menghadap rumah Abang Din-Miah.Secara umumnya pokok tebu hidup subur dekat rumah orang kampong direlong.Memori saya terkenangkan tebu masa bebudak ini ialah bila kita nak menjelang bulan puasa inilah.Tebu menjadi kegemaran kami untuk dibuat air tebu bila tiba berbuka puasa.Kami akan mencari tebu yang cantik dan besar ketungnya untuk dikisar bagi mendapatkan air tebu dengan mesin getah.Masa dahulu mana ada mesin macam sekarang yang boleh mengisar tebu untuk mendapatkan air tebu.Jadi kami terpaksalah membasuh dan membersihkan mesin getah itu dahulu sebelum digunakan untuk mengisar tebu-tebu itu, kalau tidak akan taksedap kerana berasa getah atau cuka getah!.Manakala dimasa itu tebu yang ada ialah tebu jenis kuning dan juga warna kelabu yang saya lihat dikuantan kedua-dua jenis ini banyak lagi hidup dekat rumah-rumah orang kampong batu 5, Kuantan.Selain dari itu kalau kami lapar juga dahulu kami akan menebang tebu-tebu ini untuk dimakan dibangsal seperti yang saya pernah coretkan.Ada juga saya ingat bagi bebudak yang kuat giginya akan tidak perlu mengupas kulit tebu itu untuk dimakan.Mereka akan terus mengupas kulit tebu itu dengan gigi dan terus memakan tebu itu.Ini saya ingat sangat pada Azhar anak Pakandak Dahan yang kuat giginya memakan tebus tanpa mengupasnya.Hari ini saya diberitahu Azhar telah bertukar keKuala lumpur dan diharap giginya masih cantik dan kukuh.Tebu gajah atau nama saintifiknya Albizzia myriophylla boleh dijadikan ubat bagi merawat demam kepialu.Namun begitu tebu yang dijadikan gula secara komersial seperti yang terdapat diPelis yang pernah kami lawati semasa berkursus PTD dahulu janganlah dimakan banyak sangat kerana menyebabkan kita kena penyakit kencing manis.Bila kena penyakit kencing manis hingga sekarang dalam bidang perubatan belum ada penawar yang boleh menyembuhkannya tetapi hanya sekadar mengurangkannya sahaja.Apa yang mengingatkan kami semasa lawatan keladang gula diPerlis ini ialah bila diceritakan oleh pegawai yang memberikan taklimat tentang operasi ladang bila tiba musim membakar ladang tebu ini menimbulkan kemarahan orang sekitar kerana habis rumah mereka kena debu hitam dan ini tidak dapat dielakan kerana nature perladangan tebu.Jadi kalau kami tidak melawat keladang itu bila menjadi PTD nanti perkara seumpama ini tidaklah kami ketahui, jadi dengan ada lawatan begini kami telah mengetahuinya.Jadi pegawai-pegawai kerajaan hendaklah turun kepadang dan bukanya duduk dipejabat sahaja.Banyak juga perumpamaan berkaitan dengan tebu yang perlu kita fikirkan misalnya seperti menanam tebu ditepi bibir,tebu masuk mulut gajah,tebu seruas berulat pula,dapat tebu rebah,seperti tebu airnya dimakan hampasnya dibuang dan lain-lain.Natijahnya tebu sentiasa dikenang dalam memori saya dan bila melihat pokoknya yang berwarna keemasan dijalan-jalan kampong membuat kita ingin meneguk air tebu secepat mungkin terutama waktu panas begini.
Dr Aminudin
Friday, July 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment