Thursday, July 9, 2009

Balok,Kuantan

Perkampongan Balok,Kuantan sekarang begitu pesat membangun.Dari perkampongan kecil dahulunya sekarang begitu pesat membangunan dengan pembinaan perumahan yang tumbuh macam cendawan.Masa saya bertugas dijabatan keselamatan dahulu ,pantai Balok tidak banyak dikunjungi orang kerana orang ramai berkunjung keTelok Chempedak dekat bandar Kuantan.Tetapi hari ini pantai Balok ramai dikunjungi orang lebih-lebih lagi MPK telah membina pusat riadah diBalok.Kami kakitangan pejabat daerah Temerloh pernah bermalam ditapak riadah MPK diBalok ini secara berkemah.Perumahan disekitar Balok melambong naik harganya.Perumahan PASDEC dibelakang pekan Balok habis dijual dan musim pasar ramadan yang akan menjelang dibalok akan menjadi tidak terkawal trafiknya kerana orang membeli juadah.Kampong Balok yang menurut beberapa orang penduduk saya temui mendapat namanya kerana ada banyak balak dahulu.Memanglah ia bersebelahan dengan kawasan Hutan Simpang Balok.Dahulu sebelum Taman Industri Gebeng hutan disitu banyak diusahakan orang mengelurkan balak-balaknya.Begitu juga seingat saya ditapak kuari Penggorak dahulu banyak pokok-pokok besar balak disitu tetapi hari ini habis botak dan batu-batu dikorek dan dipecahkan menjadi batu granait.Perumahan murah Balok yang dahulu yang tidak berseri sekarang begitu banyak rumah yang telah cantik diubahsuai dan begitu juga dengan perumahan kakitangan kastam disitu.Saya juga mendapati masjid Balok yang pada asalnya dibina secara persendirian ( tidak menggunakan peruntukan Kerajaan )yang agak tidak berseri dahulu, sekarang telah cantik dan bersih sekarang.Begitu juga hotel-hotel sekitarnya pula banyak yang telah diubahsuai dan telah cantik.Ini adalah kerana limpahan pembangunan dari Industri Gebeng yang berkembangan dihampir pekan Balok ini.Masa saya bertugas diUPEN , kami telah merancang pembangunan Indusrti Gebeng sebagai hub petrochemical dan juga perlabuhan Kuantan.Sunggupun UPEN membelanja peruntukan yang besar bagi kajian perancangan Industri Gebeng dan Perlabuhan Kuantan ini ia berbaloi dan dapat kita nikmati hasilnya sekarang. Namun begitu saya agak terkilan juga bila mendapat tahu Perlabuhan Kuantan telah diswastakan bahagian operasinya kepada sebuah syarikat yang telah disinarai diBursa Saham Kuala Lumpur.Ini sudah tentu lebih bersifat keuntungan kapada syarikat yang berkuasa bukannya kepada anak syarikat kerajaan negeri yang mana kakitangannya adalah anak negeri Pahang.Jadi apalagi yang kita ada selain pantai laut yang sememangnya kita nikmat secara percuma sejak dahulu lagi manakala yang lainnya dimiliki oleh orang luar.

Dr Aminudin

No comments: