Wednesday, July 1, 2009

Berangan(Castanopsis spp)

Pokok berangan terdapat beberapa batang dekat rumah kami bersempadan rumah Abang Ali dan juga Cikgu Bakar.Sekarang ni adalah jalan menuju keGua Bama, beberapa pokok berangan ini akan berbuah lebat bila tiba musimnya.Buah berangan dikampong kami ini tidak besar berbanding dengan buah berangan yang diimport dari Cina yang ada dijual dibeberapa tempat misalnya dibatu hitam,beserah dan juga jalan menuju kegenting highlands.Berangan kampong kami besarnya adalah sekitar besar jari orang tua kita,jadi buah inilah kami kutip untuk dimakan mentah atau digoreng.Makan mentah, rasanya lemak dan tidaklah enak dimakan banyak berbanding dengan berangan yang digoreng.Buah berangan ini macam juga buah getah yang mana bila masak ia akan meletup dan melontarkan bijinya ketanah.Inilah kami kutip dan kumpulkan untuk dimakan dengan mengorengnya.Mengoreng berangan juga merupakan aktiviti yang kami mainkan semasa bermain pondok-pondok dibawah bangsal yang pernah saya coretkan dalam entry yang lepas.Selain dari itu seingat saya pokok berangan memang banyak sekitar Bukit Berangan yang merupakan tempat sekolah ugama yang diusahakan oleh Haji Uda dan keluarganya.Ditepi jalan mengikut kedai Sood, sekarang rumah Ustad Muhammad ada juga beberapa pokok berangan saya nampak semasa bebudak dahulu.Dipokok berangan ini saya lihat juga burung-burung hinggap dan membuat sarang yang kadang-kadang saya terpersona melihat keindahannya terutama burung serindik yang berwarna hijau dan kuning itu yang kadang-kadang berpusing-pusing atas ranting-ranting berangan.Malahan kadang-kadang saya berpeluang melihat belatuk yang berbalung dikepalanya mematuk-matuk pokok berangan yang belubang dibahagian puncak pokok itu dengan girang.Inilah pemandangan yang sukar lagi saya perolehi sekarang.DiBukit Berangan pula sudah tiada sekolah pondok lagi dan juga pokok berangan yang pernah saya katakan diatas sudah tiada yang tumbuh.Bebudak sekarang mungkin tahu berangan yang diimport dari Cina sekarang padahal berangan ada tumbuh dan berbuah dikampong-kampong mereka dahulu, inilah pengaruh globalisasi yang kadang-kadang membawa implikasi kepada kita.Saya akhiri pantun berkaitan berangan yang selalu kita dengar seperti berikut:-

Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu,
Luka ditangan nampak berdarah,
Luka dihati siapa yang tahu.

Dr Aminudin

No comments: