Banir,
Tempatku selalu berlindung dan bermain
dengan Jefri dan Alim semasa kami bebudak Sungaibatu,Relong
bebudak lain baik Bukit Berangan,Ceruk Bebek,Kaki Bukit Perupuk,Teha dan Ulu Relong
Tidak mengerti slang kami gunakan kerana
mereka jauh dikakibukit,
mereka selalu membuli budak-budak macam Sani Bapong,
mereka kadang-kadang dimarahi bapa tiri,
mereka juga dengki pada kerbau kami yang lepas kandang.
Banir,
menjadi saksi kami membesar dengan bahasa sendiri
dan hari ini kebanyakan kami anak-anak Sungaibatu lulusan universiti
yang memegang beberapa gulung ijazah yang turut dicurigai
tetapi inilah hakikat sebenar kami yang slangnya
dapat menusut telinga dan jiwa.
Banir,
Kami seronok melihat kulitmu yang semakin tua dan begitu juga kami
yang kian berkerut kulit namun bangga dengan kebolehan anak-anak Sungaibatunya
Berjaya menjadi orang berguna
Membantu pelajar dan belia untuk mengukir nama dihari muka.
Kini ku berundur dan kalampun telah kering dan begitu sedih bahawa ada juga
sesama masyarakat Relong kian membenci sesama saudaranya.
Dr Aminudin. Mengucapkan Selamat Tinggal dan kalau ada usia berjumpa dilain Forum.
Wednesday, July 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Adalah sangat diharapkan agar Dr. terus menulis. Memblog kali seterusnya nanti diharap Dr. akan menulis hal-hal yang lain pula yang akan lebih menghiburkan.
Kami orang kecil, linkungan kami skopnya terlalu kecil sekadar berkisar disekeliling kampung dan pengalaman hidup tanpa diskong oleh fakta-fakta yang akadamik.
Harap Tun dr.terus menulis...
Salam.. Kiriman salam dr ayahanda Pak Itam Rauf..Penulisan Dr a.k.a Pak Embong sgt2 dikagumi.. memberikan byk pengetahuan baru kpd org spt saya yg masih baru ini. bersama-samalah kita m'bangunkan anak2 bangsa di Relong khasnya..
Post a Comment