Paya atau swamp mengikut Kamus Delta,1988 adalah kawasan tanah bencah.Bagitu pula kalau diPahang kalau disebut paya ialah sawah padi.Nama kampong-kampong diPahang dengan dimulai oleh paya adalah banyak, jadi bagi mengembalikan memori saya semasa bertugas diTemerloh, saya coretkan nama-nama kampong dimulai dengan kampong diTemerloh iaitu seperti kampong Paya Pulai, Paya Dalam, Paya Kujan,Paya Jejawi dan lain-lain.Kampong Paya Pulai ini adalah berhampiran jalan utama Temerloh-Kuantan masa dahulu tetapi sekarang dengan adanya LebuhRaya Kuantan-Kuala Lumpur jalan itu agak kurang kadar trafiknya, namun begitu ia terus berkembang dan maju kerana ia berhampiran dengan Hospital baru, Temerloh.Malahan waris saya yang dulu tinggal diperumahan murah,Paya Pulai ini dan senang sekarang kerana ia memiliki tanah dekat hospital tersebut dan saya difahamkan dia mendapat beberapa biji banglo hasil bahagiannya yang diperolehi dari pemaju.Saya juga difahamkan bekas Akauntan Majlis Daerah Temerloh yang berniaga sekarang telah hidup mewah kerana mempunyai tanah berhampiran dengan hospital baru Temerloh ini.Begitu juga Hamzah yang pernah bertugas dengan saya sebagai penghantar notis ,duduk diPaya Pulai juga dan bermenantukan seorang ADO pula.Paya Pulai mendapat namanya kerana banyak pokok-pokok pulai tumbuh disitu dahulu dan seingat saya pokok-pokok itu banyak tumbauh dihujung paya dekat taman perumahan murah tersebut.Saya ada berjalan-jalan kerumah waris saya dan Mat saman (bekas kakitangan pejabat tanah) yang tinggal diperumahan murah Paya Pulai itu.Dimasa itu ayam katik (serama) menjadi kegilaan para peminat dimasa itu.Namun saya tidak begitu berminat membela ayam serama kerana rumit untuk menjaganya tetapi saya lebih suka membela angsa dibawah rumah kerajaan itu memandangkan rumah kami selalu diganggu oleh ular.Jadi angsa telah hidup dan bertelor dibawah rumah kami. Saya sering juga menghadhiri majlis kenduri dikawasan perumahan Paya Pulai itu dan dihari sabtu pula ada pekan sahari disitu dimana saya suka mencari buah-buah kampong seperti salak,dokong dan rambutan yang selalu diniagakan oleh orang Kelantan yang agak ramai terutama dari kampong Bacap.Malahan bila berlaku pilihanraya dimana satu ketika dahulu beberapa kerusi ADUN telah dimenangi oleh PAS dan kawasan Paya Pulai pernah dimenangi oleh mereka.Hari ini Paya Pulai terus membangun dan saya dapati Sekolah Rendahnya telah ditambah beberapa bangunan baru yang dapat dilihat dengan jelas dari Jalan Raya bila kita memandu untuk menuju keKampong Awah.
Dr Aminudin
Sunday, July 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment