Saturday, July 11, 2009

Chendor,Kuantan

Kampong Chendor,Kuantan adalah kampong paling hujung yang bersempadanan dengan Kemaman,Terengganu.Kampong ini menurut cerita yang saya fahami asalnya banyak terdapat pokok-pokok kelapa ditepi pantainya yang condong dan daun-daun gugor dengan banyak disepanjang pantainya.Entah macam mana tersalah sebut perkataan condong itu melekatlah nama Chendor.Hari ini pantai itu masih dikunjungi oleh ramai orang mandi-manda.Semasa saya bertugas sekejab diunit PLB, Pejabat Daerah Kuantan ,saya ada mengusahakan pembinaan gerai PLB dipantai ini.Pantai ini amat sesuai untuk diadakan pertandingan bolasepak pantai ataupun bolatampar kerana pantainya cantik dan luas.Berhampiran pantai cendor ini ada hotel yang bertaraf lima bintang iaitu Impiana dan berberapa hotel lain.Masa saya bertugas diJabatan Keselamatan, Chendor ini tidaklah membangun seperti sekarang yang dibangunkan dengan perumahan sekitar tepi jalan Kemaman-Kuantan ini oleh PASDEC.Dahulu kawasan Chendor boleh dikatakan dipenuhi belukar dan semak.Tempat inilah saya pada hujung minggu bersama Bos iaitu Encik Awang Yaakob mengendap-gendap dalam semak penuh kemunting dan pakupakis itu menembak belibis.Memang banyak burung belibis dikawasan ini.Hari ini saya rasa masih ada lagi tetapi telah berkurangan dan apa yang saya tidak lupa akan bos saya ini ,dia suka membawa pegawai dan kakitangannya berjalan-jalan dan beriadah.Kakitangan lain seperti Din,Mat,Tengku dan lain-lain suka mengikut aktiviti beliau ini dengan menaiki kereta kegemarannya ialah citeron ketika itu.Hari ini saya diberitahu dia telah lama bersara dan jawatan terakhir beliau, saya diberitahu ialah bos Jabatan pendaftaran Negara.Jadi pantai Chendor yang dahulu agak sunyi sekarang telah ramai orang, namun ia agak ketinggalan pembangunannya jika dibandingkan dengan Kemaman.

Dr Aminudin

No comments: