Kampong Batu Hitam,Kuantan mendapat namanya kerana banyak batu-batu hitam dipantainya.Kawan saya Dr Juhari Mat Akhir yang puisi saya tujukan kepadanya dalam blog ini telah membuat kajian tentang pantai batu hitam ini.Batu hitam ini adalah batu batu basalt yang merupakan batu dari gunung berapi.Dari sudut geologinya kawasan sekitar Kuantan dan Batu Hitam telah wujud sejak 340 juta tahun lalu iaitu dizaman karbon awal yang berlakunya proses rejahan granit.Rejahan ini berlaku berulang-ulang dan menghasilkan berbagai granit.Batu hitam ini terkenal sebagai tempat pelancongan diKuantan dan mandi-manda selain dari Telok Chempedak,Cerating,balok,sungai ular dan Cendor.Pantai-pantai ini dahulu merupakan tempat lawatan kami semasa saya bertugas diJabatan Keselamatan Negeri Pahang.Kami melawat dan memastikannya tidak dicerobohi oleh pendatang haram terutama yang terkenal dahulu dari Vietnam.Pada masa pendatang haram Vietnam melanda pantai timur kami bersama pasukan keselamatan dan juga rela berjaga malam untuk mengawasi kedatangan mereka dipantai-pantai yang kami sebutkan tadi.Bila tiba mereka mendarat habis pantai-pantai ini kotor dan cemar dengan bot-bot yang mereka naiki.Kami terpaksa pula membersihkannya dengan ada banyak bot-bot yang tersadai dipantaikamiterpaksa mendapatkan bantuan Jabatan laut, Polis Merin dan Tentera laut bagi menunda bot-bot itu kelaut dalam, malahan bila merosakan pandangan kami dengan bantuan Jabatan Bomba dan Persatuan Bulan sabit terpaksa membakar bot-bot tersebut.Jadi kenangan inilah yang saya tidak dapat saya lupakan pada pantai-pantai diseluruh Pahang dan kalau ia ibarat simen yang telah kering pasti ada jejak-jejak kaki saya disemua pantai seluruh Negeri pahang ini.Ketua Kami Encik Awang Yaakob dan Dato Muhammad Abdullah tentu mempunyai memori yang sama dengan saya tentang bagi mana kami menjaga keselamatan Negeri ini dimasa keselamatan tidak terjamin dahulu.Rakan sejawat saya Mejor Taha,DSP Tuan Syed,Mejor Rosli dan lain-lain sekarang ini telahpun bersara dan mempunyai memori yang sama tentang kami menjaga negara, dan sudah semestinya isu Ching Peng untuk kembali kesini menyentuh hati dan sanubari kami.
Dr Aminudin
Thursday, July 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment