Friday, July 31, 2009

Epilog 4-Kole

Kole atau tin cup adalah bekas minuman kami bebudak sungaibatu,deRelong.Kole mengingatkan saya kenikmatan apakala berbuka puasa dengan airbatu yang dibungkus sekam habuk kayu serta kertas surat khabar yang kami beli dikedai Aki Subuh atau kedai Sood.Bila berbuka emak membuat siap dalam kole yang agak besar untuk saya dan kalau tidak air sirap emak akan membuatkan airbatu bercampur biji selasih yang bila tiba masa berbuka saya akan minum air dalam kole itu dan ini sudah memadai.Kadang-kadang agar-agar merah atau kuih pelita talam yang emak buat sudah menjadikan saya atau kami bebudak tersandar didinding rumah masing-masing atau disurau We Muhammad yang pernah saya coretkan.Masa bebudak dahulu kami tidaklah mempunyai cawan atau gelas kaca atau plastik yang secantik sekarang.Kami hanya ada kole dan pinggan ayan tempat minum dan makan.Pinggan ayan yang payah nak cari sekarang ini memang tahan lasak walau ia jatuh kelantai atau ketanah dari atas rumah.Maklumlah dahulu rumah kami yang bertiang dan berlantai papan dekat guabama itu kadang-kadang dibawahnya adalah juga tempat kami bermain-main.Malahan saya pernah ceritakan rumah kerajaan yang saya duduki diTemerloh pun bertiang dan dibawahnya membolehkan saya memelihara angsa.Kole dan bekas makan dan minuman yang disediakan bersama ration tentera diberikan kepada kami kedet PTD ,bila menjalani modul peperangan dipusat latihan pegawai kedet Port Dickson dahulu.Peristiwa yang tidak saya lupakan oleh Kumpulan 3 ialah bila siMajid yang agak pendek dan nakal itu terlupa mengeluarkan tualanya dalam 'abong'(beg)yang turut sama mengisi ration itu apabila melalui paya dan berair jadi bila air menyerap masuk dalam beg dan tuala, maka tidaklah terangkatlah beg itu kerana selain dari beg kami juga kena membawa sendiri senjata M16 setiap orang.Ration seperti beras, gula dan mee segera yang dibekalkan habis basah jadi masa berkhemah dia terpaksa menumpang ration orang lain.Jadi kole dan bekas air dari tin adalah asam garam kehidupan seorang tentera maka sempena hari tentera ini kita kena menghargai sumbangan angkatan tentera.Disamping itu pentadbir dalam bidang keselamatan seperti kami PTD yang pernah berkhidmatan seperti tentera juga patut diberi sumbangan kerana kami memerah otak dan tenaga mempertahankan negara secara 'soft '.

Dr Aminudin

Epilog 3-Tebu

Tebu atau nama saintifiknya Saccharum officinarum memang kebiasaan ditanam dikebanyakan rumah orang sungaibatu, deRelong.Rumah kami dekat Guabama banyak menanam tebu ini dekat tepi paya yang menghadap Guabama.Begitu juga rumah Pakangah Man dan anak-anak mereka Jefri dan Alim banyak saya lihat pokok tebu ditanam dekat reban ayam mereka.Manakala Pakencik Akob dan Wan Kiah menanamnya dekat tanjong seberang parit menghadap rumah Abang Din-Miah.Secara umumnya pokok tebu hidup subur dekat rumah orang kampong direlong.Memori saya terkenangkan tebu masa bebudak ini ialah bila kita nak menjelang bulan puasa inilah.Tebu menjadi kegemaran kami untuk dibuat air tebu bila tiba berbuka puasa.Kami akan mencari tebu yang cantik dan besar ketungnya untuk dikisar bagi mendapatkan air tebu dengan mesin getah.Masa dahulu mana ada mesin macam sekarang yang boleh mengisar tebu untuk mendapatkan air tebu.Jadi kami terpaksalah membasuh dan membersihkan mesin getah itu dahulu sebelum digunakan untuk mengisar tebu-tebu itu, kalau tidak akan taksedap kerana berasa getah atau cuka getah!.Manakala dimasa itu tebu yang ada ialah tebu jenis kuning dan juga warna kelabu yang saya lihat dikuantan kedua-dua jenis ini banyak lagi hidup dekat rumah-rumah orang kampong batu 5, Kuantan.Selain dari itu kalau kami lapar juga dahulu kami akan menebang tebu-tebu ini untuk dimakan dibangsal seperti yang saya pernah coretkan.Ada juga saya ingat bagi bebudak yang kuat giginya akan tidak perlu mengupas kulit tebu itu untuk dimakan.Mereka akan terus mengupas kulit tebu itu dengan gigi dan terus memakan tebu itu.Ini saya ingat sangat pada Azhar anak Pakandak Dahan yang kuat giginya memakan tebus tanpa mengupasnya.Hari ini saya diberitahu Azhar telah bertukar keKuala lumpur dan diharap giginya masih cantik dan kukuh.Tebu gajah atau nama saintifiknya Albizzia myriophylla boleh dijadikan ubat bagi merawat demam kepialu.Namun begitu tebu yang dijadikan gula secara komersial seperti yang terdapat diPelis yang pernah kami lawati semasa berkursus PTD dahulu janganlah dimakan banyak sangat kerana menyebabkan kita kena penyakit kencing manis.Bila kena penyakit kencing manis hingga sekarang dalam bidang perubatan belum ada penawar yang boleh menyembuhkannya tetapi hanya sekadar mengurangkannya sahaja.Apa yang mengingatkan kami semasa lawatan keladang gula diPerlis ini ialah bila diceritakan oleh pegawai yang memberikan taklimat tentang operasi ladang bila tiba musim membakar ladang tebu ini menimbulkan kemarahan orang sekitar kerana habis rumah mereka kena debu hitam dan ini tidak dapat dielakan kerana nature perladangan tebu.Jadi kalau kami tidak melawat keladang itu bila menjadi PTD nanti perkara seumpama ini tidaklah kami ketahui, jadi dengan ada lawatan begini kami telah mengetahuinya.Jadi pegawai-pegawai kerajaan hendaklah turun kepadang dan bukanya duduk dipejabat sahaja.Banyak juga perumpamaan berkaitan dengan tebu yang perlu kita fikirkan misalnya seperti menanam tebu ditepi bibir,tebu masuk mulut gajah,tebu seruas berulat pula,dapat tebu rebah,seperti tebu airnya dimakan hampasnya dibuang dan lain-lain.Natijahnya tebu sentiasa dikenang dalam memori saya dan bila melihat pokoknya yang berwarna keemasan dijalan-jalan kampong membuat kita ingin meneguk air tebu secepat mungkin terutama waktu panas begini.

Dr Aminudin

Thursday, July 30, 2009

Epilog 2-Punggur

Punggur ialah batang atau dahan pokok kayu yang mati dan banyak terdapat dekat Guabama,disungaibatu ,Kampong Relong.Punggur-punggur ini kadang-kadang jatuh kedalam Sungai Teris yang kemudian lama-lama tinggal hanyalah terasnya sahaja.Inilah yang kami bebudak kutip menjadikan ianya sebagai perhiasan yang cantik.Kami mengambil punggur-punggur ini dijemur dahulu diatas batu-batu didekat gedung wan diterik matahari sebelum dibersihkan.Pokok-pokok yang seingat saya banyak menjadi punggur dan jatuh dalam Sungai Teris dihadapan guabama itu ialah tualang,terap,keladan,merbau dan perah.Pokok-pokok ini kebanyakan besar-besar belaka dan banyak burung membuat sarang diatasnya.Salah satu diantaranya adalah burung tiong sepertimana yang pernah saya coretkan dalam blog ini, begitu juga dengan burung enggang atau burung yang kami bebudak masa itu panggil burung kelengking.Selalu juga saya lihat burung belatuk yang yang datang hinggap disalah satu pokok-pokok itu untuk memakan ulat-ulat yang biasa banyak pada punggur-punggur itu.Semua pokok-pokok yang saya sebutkan itu membawa manafat kepada kami penduduk Relong.Pokok keladan misalnya bila tiba musim berbunga amatlah cantik dan ini menghiburkan hati dan mata kami memadangnya dan apabila ia berbuah akan kami kutip buah yang gugur itu sebagai ulaman dan walaupun ia pahit,ia merupakan ubat untuk pemulihan edaran darah dan kencing manis.Pokok terap seperti yang saya coretkan ia berguna getahnya untuk kami mengetah burung dan kulitnya kami pintal menjadi tali gasing.Pokok tualang pula menjadi minat sang lebah tempat mereka membuat sarang dan bagi kaki peminat madu lebah inilah pokok mereka mencari madu lebah.Merbau pula memang menjadi kayu yang terasnya kami ambil untuk dibuat gasing dan kadang-kadang ayah mengambilnya untuk dijadikan turus pagar dan tempat menyendung kerbau.Pokok perah pula menghasilkan buah perah yang enak dimakan apabila direbus atau dijeruk.Penjual dipekan sari Relong mengutip dan menjeruknya untuk dijual dipekan sari tersebut.Pokok-pokok inilah ciptaan Ilahi yang menjadi punggur yang kami kami kutip,jemur dan bersihkan serta disapu barnis yang berwana choklat atau hitam itu menjadi perhiasaan yang cantik.Inilah yang membuatkan saya tersenyum sendirian betapa besarnya anugerah Allah yang patut kita gunakan kreatifviti kita untuk menambah keceriaan hidup.Tidaklah seperti sampai kita membeli permainan dari Jepun atau barat yang kereta atau helikopter kawalan jauh yang berharga mencecah hingga ribuan ringgit sedangkan apa yang Allah anugerahkan boleh kita gunakan.

Dr Aminudin

Wednesday, July 29, 2009

Epilog 1-Batas

Batas (border) adalah biasa ditemui atau dilalui kalau kita berjalan dalam Kampong Relong dahulu, dizaman kita bebudak batas yang selalu kami lalui ialah paya Bukit Berangan dimana kami seperti Miah, Abang Amid,Abang Dollah Sidek,Jefri,budak Bapong dan Ulu Teris meniti batas-batas ini untuk kesekolah Relong.Begitu juga bila kami bermain diCeruk Membebek,Dekat Kongsi Cina Kuari Sungai Batu melalui batas-batas dalam paya Pak Encik Akob dan Wan Kiah.Begitu juga bila kami bermain dekat rumah Pakandak Dahan ,kami bermain atas batas-batas dalam paya menuju kerumah Pakngah Derani sebarang paya.Masa dahulu mana ada jalan PLB macam sekarang diRelong yang ada hanyalah batas-batas paya yang dibuat untuk kita lalu.Atas batas-batas inilah kadang-kadang kami duduk bermain sambil menikmati buah-buah yang sedang bermusim seperti rambutan,langsat,manggis,jambubatu dan sebagainya seperti sekarang ini.Kami sungguh gembira terutama saya kerana saya tiada ada adik beradik lain dan saya menumpang kasih dengan bebudak lain seperti anak Pakandak Dahan umpamanya Manan,Aji,Azhar dan Ainon.Begitu jugalah anak-anak Pak Encik Akob seperti Akak Milah,Abang Akil,Abang Hamid,Miah,Zohari,Ya dan Lalmi.Begitu juga dengan Anak-anak Pak We Muhammad seperti Abang Mat Renek,Abang Isa,Dijah, dan Me Dagu.Malahan saya berjalan juga sampai keTeha untuk bermain atas batas-batas menuju kemasjid untuk bertemu Nuar kadir dan budak-budak dekat Masjid Relong.Batas sekarang sudah tiada lagi kerana orang Relong sudah tidak membuat padi lagi sekaligus rindu saya untuk menikmati emping dan kekalu juga sering bermain dalam memori dan selera saya ini lebih-lebih lagi makan dengan serawa telor yang cukup enak yang berwarna choklat muda itu.Inilah batas-batas kehidupan yang kena kita tempuh, dahulu kita bebudak kini kita telah tua malah sudah tidak begitu sihat lagi.Namun begitu batas-batas ini boleh pecah atau masa kami bebudak dulu mengelarnya terbekah akibat ada orang tidak mengetahui sensetifviti seseorang umpamanya kewibawaan kita yang dipertikaikan padahal semuanya itu benar, kerana buat apa kita menipu tentang apa yang kita perolehi terutama ilmu yang sekarang ini kena berbelanja puluhan ribu untuk segulung ijazah.

Dr Aminudin

Sunday, July 26, 2009

Gambar Kenangan SBDR 4


Setelah menjalani Kursus PTD ,Saya dan kumpulan 3 telah dilantik menjadi PTD(Pegawai Tadbir dan Diplomatik,Malaysia dan dalam blog ada entry berkaitan Datok Ishak Haji Muhamad yang kami panggil Paksako.

Gambar Kenangan SBDR 3


Seterusnya dipaparkan gambar kenangan kami berkursus selama 40 hari diOut Bound School,Lumut yang amat mencabar dan perit dirasai.Kami berlayar hingga kePulau Sembilan yang berada ditengah lautan.

Gambar Kenangan SBDR 2


Gambar seterusnya ialah semasa berkurusus diSekolah Pegawai Kedet Angkatan Tentera, Port Dickson yang mana dalam entry Tanjong Agas ada menceritakan pengalaman saya.

Gambar Kenangan SBDR 1


Sebagai kenangan kepada coretan saya berjudul Sungaibatuderelong ada gambar-gambar kenangan berkaitan dengan entry/tajuk-tajuk yang saya coretkan.Diantara gambar-gambar tersebut adalah mengikut catitannya.Gambar Pertama adalah Semasa berkursus diMaktab Polis,Kuala Kubu Bahru.

Wednesday, July 22, 2009

Banir, Entry Penutup

Banir,
Tempatku selalu berlindung dan bermain
dengan Jefri dan Alim semasa kami bebudak Sungaibatu,Relong
bebudak lain baik Bukit Berangan,Ceruk Bebek,Kaki Bukit Perupuk,Teha dan Ulu Relong
Tidak mengerti slang kami gunakan kerana
mereka jauh dikakibukit,
mereka selalu membuli budak-budak macam Sani Bapong,
mereka kadang-kadang dimarahi bapa tiri,
mereka juga dengki pada kerbau kami yang lepas kandang.
Banir,
menjadi saksi kami membesar dengan bahasa sendiri
dan hari ini kebanyakan kami anak-anak Sungaibatu lulusan universiti
yang memegang beberapa gulung ijazah yang turut dicurigai
tetapi inilah hakikat sebenar kami yang slangnya
dapat menusut telinga dan jiwa.
Banir,
Kami seronok melihat kulitmu yang semakin tua dan begitu juga kami
yang kian berkerut kulit namun bangga dengan kebolehan anak-anak Sungaibatunya
Berjaya menjadi orang berguna
Membantu pelajar dan belia untuk mengukir nama dihari muka.
Kini ku berundur dan kalampun telah kering dan begitu sedih bahawa ada juga
sesama masyarakat Relong kian membenci sesama saudaranya.

Dr Aminudin. Mengucapkan Selamat Tinggal dan kalau ada usia berjumpa dilain Forum.

Monday, July 20, 2009

Sungai Temau, Lipis

Kampong Sungai Temau, Kuala lipis wujud kerana ada perhentian kecil keretapi yang berhenti macam tak nak berhenti sahaja.Perhentian kecil macam ini selalunya memberi peluang pada kanak-kanak sekolah yang hendak menaikinya.Dikampong ini terdapat sepupu kami tinggal iaitu Pakcik Rahman dan juga keatas sedikit diMerapoh Pakcik Rahmat yang mereka ini asal dari Relong dan kebetulan pula suka tinggal dekat sungai macam saya disungaibatu.Kampong Temau ini mengambil sempena nama sungai Temau yang bertemu dengan sungai Caluh yang kemudiannya air mengalir keSungai Lipis.Mungkin berkat tinggal tepi sungai dan minum air sungai banyak diantara keluarga kami yang berjaya masuk Universiti.Begitu juga keluarga pakcik Rahman yang anaknya Tahrif, Anderail dan Nazri yang tinggal diSungai Temau ini merupakan anak-anak kampong pendalaman yang keluar Universiti.Saya seperti yang pernah coretkan terpaksa bangun subuh sekitar jam 5 pagi untuk kesekolah begitu jugalah dengan Anderail.Mereka duduk disana sekitar tahun 70an adalah kawasan lebih ulu dari kami dan yang masih belum putih dari segi keselamatannya.Bagi membangunkan kawasan itu FELDA dan FELCRA telah membuka rancangan atau projek mereka disitu inilah patut diberi pujian.FELDA ada diCegar Perah dan Kecahu Tui dan FELCRA ada diTemau.Begitu juga saya difahamkan ladang LKPP ada juga dekat Sungai Teamu itu.Hari ini seperti saya coretkan Anderial mengajar diSekolah Mat Kilau, Tahrif menjadi Bos ,Pejabat tanah Jerantut dan Nazri berniaga diselayang setelah berhenti dengan Petronas.Kami sekeluarga sering berhubung dan nampaknya seperti yang saya tulis berulang kali bahawa tidak banyak pembangunan disebelah Pahang barat terutama Kuala Lipis khususnya Ulu Lipis (dari Relong hinggalah keMerapoh) dan ini perlulah dilihat oleh orang nombor wahid yang berkuasa diPutrajaya sekarang.

Dr Aminudin

Sunday, July 19, 2009

Kampong Nama Sungai DiKuantan

Banyak juga dari pemerhatian saya bahawa nama kampong-kampong diKuantan yang berasalkan nama sungai iaitu seperti Kampong Sungai Karang,Kampong Soi,Kampong Penor,Kampong Sungai Isap,Kampong Sungai Baging dan lain-lain.Kampong Sungai Baging terdapat pusat Penyelidikan Mardi, Kampong Sungai Karang terdapat masjid yang cantik dimana saya difahamkan banyak sumbanganya didermakan oleh TM Pahang.Disitu juga terdapat sebuah Pusat Hafiz Al-Quran didirikan berhampiran papan tanda besar milik syarikat memajukan hartatanah diSungai Karang.Begitu juga Kampong Penor ditepi jalan Kuantan-Pekan yang sekarang terdapat penjara penor juga mengambil sempena Sungai Penor.Semasa saya berkhidmat dijabatan Keselamatan dahulu Penjara terletak didekat kompleks Teruntum sekarang dan sekarang ianya telah dipindahkan kePenor.Kampong Sungai Isap telah saya coretkan dalam entry bertajuk Pematang Badak yang lepas.Manakala kampong Soi adalah terletak ditepi jalan dari Tanjung lumpur menuju kePenor.Kampong Soi ini mengambil sempena nama Sungai Soi yang mengalir kesungai Belat dan airnya sampailah keTanjong Api,iaitu diKuala Sungai Kuantan.Kampong Soi sebenarnya dirancang sebagai suatu penempatan baru bagi menerima limpahan pembangunan diKuantan.Namun pembangunannya agak perlahan berbanding dengan Kampong Kempadang yang tidak jauh dengannya.Memang Teori Kemudahan infrastruktur seperti yang saya terangkan sebelum ini memainkan peranannya.DiKampong Kempadang saya lihat sekolahnya baru dan cantik, baru-baru ini pula saya dapati dalam akhbar dimuatkan upacara perasmian Pusat Tenun Pahang dilaksanakan dikompleksnya disitu.Maka sudah pasti ia membangun dengan pesat dikawasan disitu berbanding kawasan lain.

Dr Aminudin

Saturday, July 18, 2009

Kemaskini Slang Bebudak Sg.Batu,Relong-Part V



Sudah lama saya tidak mengemaskini Slang bebudak SungaiBatu,Relong zaman saya menggunakannya.Jadi ini adalah slang yang belum dikemas kini iaitu seperti berikut :-

1.Resing -ditempat lain resing ini dipanggil kura-kura.

2.Got-got -ialah sejenis burung yang sebutan founanya ialah Centropus bengalensis.

3.Peda- ditempat lain dipanggil budu.

4.Tengkalang-sejenis alat mengurung ayam yang biasanya dibuat dari buluh dan biasanya tengkalang diisi ayam bila hendak menjualnya.

5.Takar- dalam bahasa inggeris disebut porcelain yang biasa dibuat dari tembikar.

6.Temilau- sejenis alat yang dibuat dari pokok pedor dikampong kami menangkap ikan.

7.Berdepir- bunyi bila sesuatu alat misalnya gong dipukul kerana telah pecah atau retak.

8.Ketoyong-gasing yang dipusing atau dimainkan telah berpusing terbalik.

9. Bolo- 1.sejenis bekas dari kaca yang biasanya mengisi kuih 2.Mata tak nampak.



Dr Aminudin

Sungai Lembing,Kuantan

Sungai Lembing,Kuantan memang terkenal dalam dunia perlombngan bijih timah, ia telah dibuka oleh syarikat perlombongan Pahang Consolidated Company Limited (1906-1986) yang merupakan satu kawasan yang lengkap infrastrukturnya.Zaman itu budak-budak yang tinggal disungai lembing mempuyai status tinggi berbanding mereka yang lain diKuantan.Kawan saya diSMART seperti Omar dan Kiah yang bapa mereka berkerja diSungai lembing ketika itu menjadi popular dan selalu menceritakan kebaikan kawasan Sungai lembing.Hari ini indusri bijih timah telah merundum dan banyak perlombongan ditutup terutama diPahang,Perak dan Selangor.Hanya sejarah telah meninggalkan kesan dan artifaknya diMuzium Sungai Lembing yang mulai dibuka sejak tahun 2001.Saya semasa bertugas sekejab diUnit PLB,Pejabat Daerah Kuantan pernah melawat projek ternakan rusa oleh jabatan Pertanian dan pembinaan kolam air panas diSungai Lembing.Sungai Lembing yang selalu banjir boleh dikatakan setiap tahun itu perlulah didalamkan sungai Kuantan itu.Ia sekarang amat cetek dan pasir begitu tinggi dipermukaan sungai.Usaha menggali oleh pihak swasta satu ketika dahulu dibantah oleh penduduk setempat kerana dikatakan mengambil kesempatan mengambil bijih timah, hari ini usaha untuk melombong semula bijih timah disitu belum berjalan.Apa yang jelas bila saya melawat muzium disitu pada hari minggu memang ramai orang.Namun kemudahan hotel dan kemudahan berkaitan industri perhotelan adalah tidak mencukupi.Bekas lombong secara terowong itu perlulah dibaik pulih bagi membolehkan orang ramai melihatnya dan bukan hanya berdasarkan model dalam muzium sahaja.Taman-taman Tema diTokyo misalnya memberikan pelawatnya merasa trill dalam indusrti perlancungan mereka.Jadi kita patut mengambil contoh seperti ini.Pembangunan Sungai Lembing oleh pihak swasta perlu digalakan, ada kawan-kawan saya dari kalangan kooprat berminat menyertai namun sebagaimana biasa agensi mengendalikan perlancungan Pahang turut tidak bersifat proaktif macam juga agensi lain yang pernah saya coretkan jadi inilah menjadikan Pahang dari sudut perlancungan agak ketinggalan dari negeri lain walhal semua tempat berhawa dingin berada diPahang yang menjadi daya tarikan pelancung.

Dr Aminudin

Kg.Gudang Rasau,Kuantan

Sebenarnya kampong Gudang Rasau,Kuantan atau juga Batu Lima,Kuantan adalah tempat mula-mula saya tinggal diKuantan semasa saya berkhidmat diJabatan Keselamatan.Kami tinggal dirumah sewa Wak dekat Jabatan Pertanian masa itu, kini telah menjadi Kolej Islam Pahang.Masa itu kami tinggal sesama bujang iaitu Rahman Hassan,Ina Hassan,Kama Cigu Bakar dan Amran.Mereka ini ada saya coretkan dalam blog saya yang lepas.Hari ini bila saya melawat semula rumah yang kami sewa itu sudah tiada tetapi rumah Abang Shak,Ustad Siraj dan Abang Ali masih ada dan yang masih disewa oleh orang.Abang Shak dan keluarganya telah memiliki rumah diPematang badak.Ustad Siraj telah balik keRelong dan begitu juga Abang Ali pun dah balik keRelong.Bebalik kepada kampong Gudang Rasau ini saya difahamkan berasal nama seorang yang membina gudang simpanan kayu disitu dan sempena gudang beliau ini, nama kampong tersebut dinamakan.Namun sekarang telah ditukar pula kepada nama tokoh pahlawan Mat Kilau yang kemunculanya dan mengistiharkan diri sebagai Mat Kilau dikampong inilah, dan dewan orang ramai pun telah dinamakan sempena nama beliau ini.Begitu juga sekolah yang berhampiran jalan Pekan-Kuantan tempat Anderil sepupu saya mengajar itu dinamakan Sekolah Mat kilau, jadi tidak sia-sialah perjuangan Mat Kilau menentang penjajah dimana namanya terus dikenang.Hanya saya tertunggu sebuah film yang dikatakan akan mengisahkan perjuangan Mat Kilau hingga kini yang dikata memakan belaja berjuta-juta ringgit belum memulakan pengambarannya.Kajian saya tentang sejarah Pahang dah dihantar untuk percetakan secara diam-diam saja tidak perlukan publisiti secara besar-besaran.Inilah dunia gelagat syarikat kooprat hari ini yang penuh publisiti macam sebuah syarikat yang dikatakan bercadang mendirikan kilang aluminium diTaman Industri Gebeng ,satu ketika dahulu sebenarnya mahukan salah sorang dari pengarahnya mendapat pingat datuk dan bila dah dapat pingat projek itu hingga kehari ini belum beroperasi lagi.Kawasan sekitar Kampong Gudang Rasau ini ialah Kolej Mara dan Kolej Islam Pahang jadi banyak perniagaan berkaitan pelajar boleh dijana pendapatan orang kita maka penduduk sekitarnya perlu merebut peluang ini dan saya juga dapati Institiut Kemahiran Mara seberang jalanpun hampir siap.Inilah peluang perlu direbut oleh penduduk disitu.

Dr Aminudin

Friday, July 17, 2009

Kampong Pematang Badak,Kuantan

Kampong Pematang Badak adalah bersebelahan dengan kawasan Sungai Isap, Kuantan yang pernah tenggelam akibat banjir beberapa tahun dahulu yang masih saya ingati akan peristiwa itu.Perumahan Sungai Isap lama dan baru habis tenggelam.Rumah sepupu saya Anderil dan Sopi habis tenggelam paras dada air dalam rumah.Begitu juga sebahagian rumah diPematang Badak rumah orang disitu naik air misalnya rumah Abang Sahak terpaksa buat kenduri kawin dalam air.Pematang biasa dirujuk bagi kawasan yang agak tinggi dahulu pun kena banjir.Inilah akibat sistem peparitan dan saliran yang sekarang banyak telah tersumbat dan tersekat.Lagipun kedudukan kawasan ini tepi sungai Isap dan Sungai Kuantan yang mana tidak dapat menampong air yang banyak mengalir disebelah hulunya.Kampong pematang badak mendapat nama dari adanya badak dikawasan itu dahulu.Hari ini kalau kita dari Batu lima untuk keIndera Mahkota boleh melalui jalan Pematang badak ke Bukit Rangin dan kemudian keIndera Mahkota.Jalan itu semasa saya bertugas diJabatan Keselamatan Pahang dahulu masih tanah merah tetapi hari ini sudah cantik dan Jalan Bypass Lapangan Terbang ke Pelabuhan sudahpun dinaik taraf.Dipematang Badak juga telah ada balai polis yang cantik dimana dahulu tidak ada.Begitu juga perumahan dikawasan Bukit Rangin telah siap dan masjid tepi jalan pun cantik.Inilah pembangunan sekitar Pematang Badak dan kalau diteruskan sebelah jalan Bukit Rangin akan sampai keKampong Tanjung Putus pula.Saya dapati disinilah orang Islam sekitar situ dikebumikan.Tanjong Putus mungkin mendapatkan nama kerana tanjung telah putus akibat aliran sungai telah menjadi lurus dan tidak bengkok lagi, dimana dalam konsep kejadian ilmu alam ia telah jadi kawasan takungan berbentuk tapak kuda.Ada kemunginan juga bernama putus kerana putus hubungan dengan keduniaan bila meninggal, sebab itulah di buat perkuburan disitu.Namun begitu janganlah kita terkejut dikampong itu juga seingat saya ada lapangan sasar didekat bukit sekitar itu.Jadi perkampongan Pematang badak,Sungai Isap,Bukit Rangin dan Tanjong Putus akan terus membangun dengan adanya jalan bypass yang besar dan cantik namun penghuninya kadang-kadang tidak berapa tidur nenyap terutama dimusim hujan takut-takut banjir melanda lagi kawasan mereka.

Dr Aminudin

Thursday, July 16, 2009

Bandar Indera Mahkota,Kuantan

Bandar Indera Mahkota,Kuantan dibina bagi menampong perkembangan bandar Kuantan yang baru.Namun begitu pembangunan Bandar Kuantan Lama ditepi sungai Kuantan masih dijalankan dengan rancak.Saya difahamkan notis-notis diberikan kepada pemilik gerai medan selera tepi sungai sudah lama diserahkan bagi membangunkan bangunan kedai baru disitu.Bagitu jugalah bangunan baru yang dibina oleh PASDEC tempat kami memilih durian yang banyak musim buahan depan padang atau dekat pokok buluh kini dimiliki oleh PASDEC,Bank Rakyat,Bank Islam dan lain-lain.Perancangan Kerajaan mengambil ailh estet Sungai Talam dahulu untuk membina Bandar Indera Mahkota adalah baik namun seperti yang saya pernah katakan agensi kerajaan yang menjayakannya tidaklah mempunyai KPI yang memberansangkan.Ia ibarat pahat yang hendak selalu dihentak dengan penukul.Selain dari itu strategi pemasaran PASDEC yang membangunkan Indera Mahkota perlu terancang dan sistematik.Pembangunanya disitu banyak ditumpukan kepada agensi kerajaan seperti sekarang didirikan bangunan KWSP,Kementerian Pendidikan,Kementerian Dalam Negeri,Kolej Swasta dan lain-lain.Pembangunan rumah kedai saya lihat tidak melihatkan satu rekabentuk yang cantik, jadi ini membuatkan barisan kedai sebelah perumahan bagi kakitangan kerajaan itu banyak yang tidak disewa atau dilanggan.Memang tidak dapat saya nafikan lot-lot banglo yang dahulu diberikan kepada kakitangan kerajaan sekitar RM 4 sekaki persegi telah dibina banglo mewah oleh mereka.Kawan saya seperti Wan Hamzah,Datok Alias,Dato Sharifah,Dato Puad dan lain-lain membina rumah disitu namun saya lihat taman reakreasinya tidaklah seindah mana diurusan oleh MPK, ini mungkin bos nombor wahid, MPK tidak tinggal disitu.Saya mengharapkan Indera Mahkota mempunyai mercutanda bangunan syarikat multinasional dan institusi perbankan.Ini tidak berlaku kerana strategi pemasaran PASDEC itu sendiri tidak berkesan.Jadi sudah tibalah masanya kita bersifat aggerasif dalam bidang pemasaran antarabangsa dan orang-orang yang mempunyai kemahiran dan ilmu dalam bidang ini patutlah menerajui PASDEC, orang lama perlulah berundur serta memberi peluang kepada generasi muda dan kebanyakan saya lihat rambutpun dah terlalu putih dan perlulah pula meningkat amal-ibadat untuk akhirat dan berihatlah bersama keluarga.

Dr Aminudin

Gugusan Bukit Bay route,Bukit Ubi dan Bukit Setongkol,Kuantan


Gugusan Bukit Bay route,Bukit Ubi dan Bukit Setongkol membuatkan saya ketawa dalam hati tentang keunikan nama-nama tempat dibandar Kuantan ini.Cuba anda bayangkan yang nama berkaitan bay route seharusnya berdekatan pantai macam Danau Bay diJohor Bahru, satu pembangunan yang moden sekarang.Tetapi Bukit Bay route diKuantan ini adalah ditengah-tengah bandar Kuantan berhampiran Wisma RISDA.Diatas bukit ini ada sebuah surau,resturant,taska,tangi air, dan rumah-rumah.Jalan yang kalau anda pernah lalui akan membawa anda berjumpa balik Jalan Bukit Ubi menuju keSungai lembing atau Indera Mahkota.Ia akan memusing-musingkan anda digugusan Bukit Ubi dan Bukit Bay route.Jika anda dari jalan Yang Ah Jang membelok kekiri anda akan melalui jalan Bukit Setongkol yang akan tidak jauh pula berjumpa jerat/perkuburan orang Cina.Jadi bolehlah saya katakan inilah gugusan Bukit-bukit dalam bandar Kuantan yang unik dan pelik.Pelik kerana nama-namanya iaitu Bukit Setongkol yang kalau kita orang Pahang bermakna satu atau tunggal.Namun inilah hakikatnya yang kalau dia mendapat mendapat namanya kerana batu-batu disitu tunggal-tunggal belaka.Namun Bukit Setongkol pula berjiran dengan Bukit bay route yang sepatutnya berada ditepi pantai tetapi ia terletak ditengah bandar.Saya sebagai pengkaji geologi dan geografi mukabumi percaya bandar Kuantan dahulupun adalah lautan tetapi akibat pergerakan bumi yang berlaku berjuta-juta tahun dahulu ia telah terjungkit naik menjadi daratan.Jadi orang yang menamakan Bukit Bay route ini telah mengetahui perkara ini dari orang dahulu-dahulu yang tempat ini adalah lautan.Manakala Bukit Ubi pula adalah sebelah kanan Bukit Bay route yang kini terdapat Jabatan Pertanian,Unit selenggaran MPK,Pejabat JBA,Pejabat Kemas dan lain-lain itu dibina sepanjang jalan Bukit Ubi.Secara kasar pengamatan saya banyak juga batu-batu pada bukit tersebut.Ini juga agak pelik bagi kehidupan pertumbuhan bagi ubi kayu disitu, namun tidaklah menghairankan kalau dahulu banyak terdapat tumbuh ubi kayu gajah ketika zaman dulu dan ini membuatkan ia dinamakan Bukit Ubi sempena banyak tumbuh Ubi Kayu Gajah disitu.Jadi inilah bukit-bukit diKuantan yang unik dan pelik .Kita patut memelihara dan mengkajinya.

Dr Aminudin

Wednesday, July 15, 2009

Kubang Buaya dan Tok Sira,Kuantan

Kubang Buaya, Kuantan adalah suatu taman perumahan yang ramai juga penduduk kaum Cina tinggal selain dari Air Putih.Disinilah kami tinggal semasa anak saya bersekolah diSekolah Menengah Ugama Ihsan( anak lelaki) dan juga di SMART yang perempuan.Kubang Buaya yang berkait rapat yang adanya orang Cina memelihara buaya masa dahulu.Boleh dikatakan dikawasan ini berpaya dan berair masa dahulu membolehkan mereka membela buaya dan akhirnya lekat nama Kubang Buaya.Secara kasar memang masih banyak parit besar sekitar taman ini yang jelas kelihatan terutama dekat Bangunan Jabatan Kimia hari ini yang ada sebuah longkong besar.Begitu juga ada cawangan IKIP disini yang bersebelahan saja dengan rumah kami.Tapak IKIP ini dahulu seingat saya adalah tapak penempatan pelajar yang digelar Inderapura yang mana membantu pelajar-pelajar yang kurang kemampuan kewangan tetapi gigih belajar.Jadi boleh dikatakan majoriti rumah orang diKubang Buaya adalah orang Cina.Ini amat kontra dengan penduduk majoriti yang menduduki perumahan elite diTok Sira,dari Menteri Besarnya dan ramai juga dikalangan Exco dizaman Tun Khalil tinggal diTok Sira.Saya difahamkan rumah bekas Menteri Besar itu diTok Sira telahpun dijual kerana beliau sekarang ada istana diMelaka milik Kerajaan.Tok Sira juga dimasa dahulu adalah tempat pejabat Jabatan Pendidikan Negeri pahang yang kini telah berpindah keIndera Mahkota.Hari ini bekas pejabat itu menjadi pulak Sekolah Menengah Telok Chempedak, padahal dikawasan bukit pelindung yang didirikan sekolah disitu tidak dinamakan Sekolah Telok Chempedak,padahal ia dikawasan tersebut.Inilah membuat orang luar jadi keliru dengan nama-nama yang dipilih diKuantan.Satu lagi tempat yang akan saya cotetkan ialah bukit bay route yang berada ditengah bandar Kuantan, sepatutnya "bay" mengambarkan kawasan pantai tetapi ia atas bukit! Bagi kawasan Tok Sira ini, namanya saya agakan adalah tempat orang membuat manisan iaitu menyira.Ini mugkin benar kerana ia dekat dengan pantai yang banyak pokok kelapa sekitar taman gelora , tanjong tembeling dan malahan Telok Chempedak yang membolehkan nira-nira diproses sebagai manisan.Hari ini Tok Sira merupakan penempatan bagi SMSM,Pejabat JPJ,Jabatan Kimia dan Istana Telok Chempedak yang merupakan bangunan yang mempunyai prestige tersendiri dan mereka yang tinggal disitu selalunya agak menonjol diri.

Dr Aminudin

Air Putih dan Tanah Putih,Kuantan


Kampong Air Putih dan Tanah Putih, Kuantan kadang-kadang mengelirukan orang luar yang hendak mencarinya.Tetapi orang yang telah biasa dengan kedudukan kampong-kampong ini sudah tentu dapat membezakannya.Satu yang terletak diJalan Gambang,Kuantan dan satu lagi terletak dipersimpangan Jalan Beserah-KeKemaman.Kampong Tanah Putih dahulu bolehlah dikatakan kampong yang tidak begitu teratur yang boleh dikatakan kebanyakan didiami oleh orang Melayu.Seingat saya kawan saya Encik Khatib dan keluarganya pernah tinggal disitu tetapi sekarang saya difahamkan telah berpindah keTanjung Lumpur.Dahulu diseberang kampong Tanah Putih ini adalah Maktab Adabi yang amat terkenal sebagai sekolah swasta yang berjaya ketika itu namun hari ini Maktab itu kian mengecil bangunannya dekat simpang masuk ke perkampongan Sungai Isap.Dahulu kalau sebut pelajar Maktab Adabi adalah menujukan status ibu-bapa mereka berada kerana dapat membiayai anak-anak mereka dan ada dikalangan kawan saya seperti Jamilah (Anak Tok Kadi) memasuki SMART kerana dapat masuk Tingkatan Enam hasil belajar diAdabi.Manakala kampong Air Putih dizaman kami diSMART adalah perkampongan orang Cina dan ketika itu terkenal dengan anak-anak mudanya yang nakal dan berani mengusik orang.Kami tidak berani berjalan-jalan dan bermain disekitar Air Putih ketika itu.Nama kedua-dua kampong ini mendapat nama Air Putih dan tanah Putih dikatakan berkaitan dengan tanah-tanah liat yang banyak di Tanah Putih dan air ditemui berbuih putih dari mata air yang datang sekitar bukit semambu sampai keair putih.Sekarang Air Putih telah membangun dengan pesat dan banyak kedai-kedai dan begitu juga diTanah Putih terdapat gedong membeli belah Giant ditapak Kilang getah Lee Rubber yang dahulu amat terkenal namanya.


Dr Aminudin

Padang lalang,Kuantan

Padang Lalang,Kuantan adalah satu kawasan yang agak strategik dibandar Kuantan sekarang.Ia terletak bersebelahan Tanjong Api dan bangunan baru FELDA, Semai Bakti.Saya dapati bangunan Semai Bakti sekarang cukup besar dan mewah tidak seperti zaman kawan-kawan saya anak peneroka mendiami bangunan itu dahulu ditahun 1970an.Jadi sekarang cukup banyak kewangan yang dibelanjakan oleh FELDA bagi memajukan anak-anak peneroka.Padang lalang hari ini masih terdapat bengkel-bengkel kereta dan juga kejuruteraan.Kawan saya Jo yang mempunyai bengkel kereta disitu pernah memberitahu saya yang dia pernah menerima notis supaya berpindah dari situ, tapi hingga sekarang dia masih ada lagi disitu.Selain dari bengkel kita dapati beberapa tahun yang lampau ada cawangan IKIP diPadang lalang itu tetapi nampaknya telah tiada lagi.Apa yang ada disitu sekarang ialah cawangan kampus UITM. Jadi adakah ia sesuai disitu sedangkan saya ada membaca bahawa perancangan sekarang ini ingin menjadi Indera Mahkota sebagai pusat pendidikan dan ilmu, justeru itu mana satu perancangan yang hendak diikut.Seberang jalan atau bertentangan dengan Padang Lalang adalah barisan hotel-hotel Seri Malaysia dan Seasons dan kompleks kebudayaan.Dahulu depan itu ialah rumah MAKSAP itulah tempat kami bermain bola tampar dengan ajensi keselamatan nampaknya telah diswastakan oleh MAKSAP menjadi bangunan-bangunan kedai dan keuntungan dari projek itu patutlah MAKSAP menikmatinya sekarang.Begitu jugalah dengan KOSMA yang saya lihat telah ada mempunyai bangunan didalam kawasan tersebut, namun sejauh mana ahli-ahli KOSMA menerima dividen dari lot-lot ladang kelapa sawit mereka belumlah boleh dibanggakan lagi,namun bila setiap kali diadakan mesyuarat mereka selalu tersenyum gembira kerana dapat menyokong kroni mereka yang mentadbir syarikat kelapa sawit tersebut. Saya yang pernah membantu mendapatkan tanah-tanah untuk syarikat mereka itu hingga kehari ini masih belum mendapat pelawaan untuk menjadi ahlinya.

Dr Aminudin

Tuesday, July 14, 2009

Pantai Sepat,Kuantan

Kampong Pantai Sepat,Kuantan terletak ditepi jalan Pekan-Kuantan yang lama dengan kita menyusur pantai itu.Jalan ini tidaklah lagi begitu sesibuk jalan Pekan-Kuantan melalui Kampong Kempadang yang pesat membangun sekarang.Pantai Sepat mengingatkan saya ketika bertugas sekejab diUnit PLB,Pejabat Daerah Kuantan ,masa Pegawai Daerahnya Datok Muhayudin.Saya difahamkan dia telah uzur kerana sakit lutut buat masa ini.Semasa saya bertugas itu adalah kami membina beberapa infrastruktur bagi pantai ini yang saya dapati pantainya cantik dan boleh dijadikan tempat pesta permainan seperti futsal pantai dan bolatampar pantai.Banyak pokok-pokok ru dan kelapa tepi pantai ini.Namun ada juga saya melawat baru-baru ini kepantai itu kerana untuk melawat ternakan lembu secara fedlot dikampong sebelah darat pantai ini iaitu diPematang Habib namun kebersihannya tidaklah memuaskan.Pantai sepat mendapat nama kerana saya dimaklumkan dahulu banyak ikan sepat laut sekitar pantai ini iaitu dipanggil Pempheris spp.Tidak jauh dari pantai ini juga saya dapati banyak sawahpadi disini yang memungkinkan sepat sawahpun banyak, jadi nama pantai sepat ini tetap kerana banyak sepat sekitarnya.Saya juga difahamkan semasa saya bertugas diUPEN ,Pahang dahulu pantai ini dirancang untuk menjadi satu pusat Taman Thema , namun saya percaya hasrat oleh SEDC/PKNP Pahang belum kecapaian lagi.Orang-orang PKNP ,pada pendapat saya lebih suka menunggu arahan dari pihak atas dalam membangunan sesuatu projek berbanding dengan sikap pro aktif dan inilah yang membuatkan PKNP Pahang yang saya difahamkan dan mengetahuinya banyak menanggung hutang walaupun mereka dianugerah tanah yang amat murah nilaian premium tanahnya oleh kerajaan negeri.Ini berbanding dengan pihak swasta yang terpaksa membeli tanah orang untuk memajukan tanah boleh mendapat keuntungan yang lumayan.Inilah diantara ciri agensi kerajaan kita diPahang yang kadang-kadang tidak diuruskan secara profesional.Orang yang berkebolehan dari pahang tetapi tiada kabel dengan pucuk pimpinan " dihumban" keluar Pahang dan yang tinggal adalah mereka yang " dicucukhidung " dan dipegang talinya.Jadi orang nombor satu diPutrajaya sekarang perlu melihat kebolehan pucuk pimpinan Pahang sekarang secara KPI juga dan bukan diperingkat Persekutuan sahaja.

Dr Aminudin

Tanjong Lumpur,Kuantan

Kampong Tanjong Lumpur,Kuantan dahulu adalah merupakan perkampongan nelayan.Kalau kita nak kekampong itu kita kena naik bot penambang yang berada didekat pasar ikan lama ,Kuantan iaitu dekat komplek kastam sekarang.Kawan tinggal diKampong Tanjong Lumpur yang saya ingat semasa saya belajar diSMART ialah Rani dan Nurbaiti.Tanjong Lumpur mendapat nama kerana banyaknya berkumpul lumpur-lumpur diKuala Sungai Kuantan itulah agaknya.Hari ini saya lihat banyak rumah dan gerai yang menghadap keTanjong Tembeling yang bersebelahan Telok Chempedak telah dirubohkan kerana untuk pembangunan.Pasir yang mula menebal dekat tanjong itu menjadi kerja-kerja penambakan dan pendalaman diKuala Sungai Kuantan sekarang berjalan rancak.Dahulu banyak bot-bot parking dijeti Tanjong Lumpur sekarang telah berkurangan benar, ini mungkin sebab jambatan keTanjong Lumpur telah ada dan tanjong Lumpur telah membangun dengan pesat.Perumahan PASDEC naik amat banyak sebelah jalan kePekan selepas bangunan Yayasan Pahang.Yayasan Pahang yang semasa saya bertugas diUPEN,Pahang menyewa dibangunan Kompleks Teruntum tetapi hari ini telah mempunyai bangunannya sendiri diTanjong Lumpur bersebelahan pusat hafaz Al-Quran.Ini membuat Tanjong Lumpur yang dahulu terkenal dengan tempat kita memakan ikan bakar dan khazanah laut yang lain juga turut berkembangan sebagai kawasan perumahan.Jalan Tanjong Lumpur kePekan yang kami rancang menaik tarafnya masa saya diUPEN dahulu masih dalam pembinaan ,jadi bayangkanlah berapa lama jangkamasa itu sedangkan projek diKuala lumpur atau Putrajaya kalau dirancang dan diluluskan akan siap dengan segera.Jadi oleh kerana kita mempunyai orang nombor satu diPutrajaya sekarang maka sudah pasti projek-projek diPahang berjalan makin laju, dan bukanlah macam kura-kura yang bertanding dengan arnab berlari yang dimenang oleh kura-kura akhirnya.Dimana kura-kura menang tetapi penonton yang menyaksikan pertandingan itu telah tua.

Dr Aminudin

Monday, July 13, 2009

Tanjong Api,Kuantan


Kampong Tanjong Api,Kuantan mendapat namanya sempena ada boya api yang dibina berhampirannya.Pada asalnya dahulu kampong ini adalah perkampongan nelayan tepi bandar Kuantan.Pembangunan rumah-rumah kampong dengan perumahan rumah kerajaan dan persendirian begitu kontra secara hakikatnya .Maklumlah disebelah kampong Tanjong api ini ialah rumah-rumah banglo pegawai tinggi kerajaan pahang, dimana dekat padang golf diraja itu ada rumah menteri besar,rumah setiausaha kerajaan, rumah pegawai kewangan negeri,rumah tetamu,rumah timbalan menteri besar,rumah datuk perbandaraan Kuantan dan lain-lain, malahan saya pernah tinggal dirumah kerajaan ini masa bujang bersama Datuk Zul dan nasir dekat annext resthouse.Bagitu juga kampong tanjong Api ini berdekatan dengan Taman Kubang Buaya.Saya juga diberitahu tapak Masjid Tanjong Api ini dahulu adalah rumah Hakim yang pernah dibina disitu tetapi telah musnah dimakan api.Dihujung sebelah kampong ini juga dahulu dibina pejabat DARA dan kemudiannya telah berpindah kebandar Muadzam, Rompin.Hari ini IKIP telah mengambil alih bangunan tersebut untuk dijadikan kolejnya dan disitu juga terdapat taman reakreasi Gelora yang pernah saya ceritakan.Gerai-gerai tanjong Api dekat Sekolah Menengah IHSAN yang dahulu menjual ikan segar masih ada lagi hingga kehari ini dan nampaknya rumah nelayan yang dihadapanya banyak yang telah dipindahkan dan nelayannya telah mencari penampatan lain dan saya difahamkan ada penempatan baru nelayan disekitar jalan Pekan-Kuantan yang kalau tak salah saya namanya Bunut Rendang.Apa yang mengembirakan saya ialah sekolah ugama diTanjong Api itu telah saya lihat beberapa bangunan baru didirikan berbanding semasa anak saya bersekolah disitu dahulu.Sekolah ini perlulah dimajukan bagi anak-anak kita diasuh dengan ilmu akhirat dan duniawi serentak dengan matapelajaran pendidikan sekarang dan dikategorikan sebagai yang agak banyak.Jika taktahan boleh menjerit budak-budak itu, dimana saya difaham murid sekolah ugama diPadang tengku budak-budak menjerit hesteria satu ketika dahulu yang mungkin terlalu banyak tekanan matapelajaran yang dibawa oleh mereka.Tanjong Api terus berkembang dengan desakan pembangunan bandar Kuantan dan adakah penduduknya dapat bertahan ?Malahan saya difahamkan status kebanyakan tanah disitu adalah pajakan bagi pemilik Tanjong Api ini akan luput tidak lama lagi, adakah mereka berupaya membayar premium baru jika dikenakan oleh Kerajaan.Jawapannya terserahlah kepada pemimpin yang bijaksana diPahang membuat keputusan.

Dr Aminudin

Tanjong Agas

Agas kalau menurut Kamus Delta,1988 adalah sejenis serangga atau sandfly.Agas ini memang kami benci zaman bebudak dahulu kerana selalu menganggu dan mengigit bebudak baik dalam sawah atau kebun getah.Ia memang mengigit kita dan bagi orang yang taktahan habis berbintat kulit kita.Jadi bagi menghalaunya kenalah kita bakar sampah supaya berasap yang membuatkan dia lari.Dalam daerah Kuantan, Tanjong Agas ada nama kampongnya dikawasan Sungai lembing tetapi namanya tidaklah sepopular sekarang iaitu dengan Tanjong Agas, diPekan,bandar diraja sekarang.Dahulu Tanjong Agas diPekan adalah tempat pendaratan bot-bot nelayan.Sebab masa saya bertugas diJabatan Keselamatan selain melihat adanya juga pendaratan pendatang haram Vietnam, saya ada juga melawat kawasan bersama kawan saya Inspektor Karim yang merupakan orang tempatan disitu serta mempuyai bot yang dijaga oleh saudaramaranya untuk kelaut.Jadi bagi mendapatkan ikan segar ada juga saya sekali sekala meminta dari Inspektor Karim.Hari ini Tanjong Agas, Pekan telah dibangunkan sebagai kawasan pembangunan industri minyak dan gas serta juga maritime pula.Bertuahlah orang Pekan tetapi apa pula pembangunan dilaksanakan diPahang Barat yang sudah pasti ia tidak seimbang kalau kerajaan tidak membangunkan sesuatu industri disana.Kalau initerus berlaku inilah yang dikatakan ketidakseimbangan pembangunan yang mana akan mencetus gelombang konflik atau ketidakpuashati dikalangan populasi dimasa akan datang.Berbalik kepada nama Tanjong Agas ini saya percaya banyak Agas dikawasan tersebut dan nama agas lekat pada perkampongan itu dan saya juga teringat semasa menjalan latihan ketenteraan diPort Dickson dahulu perkara yang paling mengingatkan saya ialah kepada Dr Badariah telah tertembak kawan kami dibahagian punggong, nasib baiklah peluru kapor,semasa menembak dilapang sasar, kalau tidak entahlah.Namun bagitu saya juga teringatkan pada Ho May Yong yang cantik orangnya dan pernah berkhidmat dikedutaan London telah patah kaki masa latihan ketenteraan inilah dan saya juga teringat kepada Tanjong Agas yang namanya terdapat dekat tempat latihan kami itu.Jadi Tanjong Agas ada juga diNegeri Sembilan.

Dr Aminudin

Sunday, July 12, 2009

Paya Rambutan,Kuantan

Kampong Paya Rambutan,Kuantan terletak tidak jauh dari kampong paya Bungor yang telah saya ceritakan.Kampong ini memang banyak pokok-pokok rambutan yang hidup tepi paya dikampong itu, jadi nak mudahkan cerita orang-orang disitu menamakannya Paya rambutan kampong mereka.Semasa saya bertugas sekejab diPejabat Daerah Kuantan saya ada melawat kampong ini yang ketika itu terkenal dengan perternakan ayam belandanya.Memang ayam belanda ini masa saya bebudak suka menyakat ayam itu yang bunyinya kolok-kolok itu membuat kita ketawa dan suka mengajuknya.Ayam ini memang kegemaran orang Amerika Syarikat bila menjelang krismas.Semasa saya disana ada juga kawan-kawan mempelawa saya memakannya tapi saya menolak kerana tidak disembeleh, namun ada juga yang menyediakan juadah ini kepada saya yang beliau kata diimport dari Iran, maka adalah saya pernah menikmatinya.Daging Ayam Turkey ini memang ada dijual dikedai-kedai menjual roti burger dikedai Dolnut dibandar-bandar besar kita.Memakan daging ayam lebih baik dari daging merah yang kandungan cholesterolnya adalah rendah.Bebalik pada kisahpokok rambutan dimasa saya bebudak dikampong Relong dahulu tiada banyak yang jenis berbuah lekang seperti sekarang umpamanya rambutan jenis gulabatu,anak sekolah, gading muar dan lain-lain yang hanya ada rambutan kampong dan rambutan gading.Namun begitu rambutan yang tak lekang ini ada baiknya kerana ia boleh dijeruk dan kejun sepertimana yang pernah saya coretkan dan kita memang dah tak merasa rambutan jeruk lagi.Hari ini rambutan lekang sungguh banyak dan sekarang bulan Julai musim buah rambuatan nampaknya agak menjadi dibeserah.Kadang-kadang bila terlalu banyak pula inilah menjadikan ia membuatkan rambutan tidak berharga pula.Jadi hasrat FELDA ingin jadi pengeluar daging dan sayor seperti yang saya perkatakan perlulah bijak merancang dalam pengeluran bahan pertanian itu nanti ia itu dengan kata lain dari sudut keberkesanan kos( kos efective).

Dr Aminudin

Saturday, July 11, 2009

Paya Bungor,Kuantan

Kampong Paya Bungor,Kuantan satu masa dahulu memang agak terkenal dengan tempat pelancungannya semasa saya berkhidmat dengan UPEN ,Pahang .Hari ini saya dapati kampong itu masih ada tetapi kawasan reakreasi ditepi jalan Kuantan-Maran itu telah terbiar.Rumah-rumah persingahan dan gerai yang dahulu meriah kini malap dan tidak bermaya.Rumah kedai dan jeti yang dibangunkan oleh Syarikat Jelai itu telah rosak dan tidak diselenggarakan dan dah naik semak-semak pula.Ini adalah satu kawasan reakreasi yang cantik satu masa dahulu itu ada pelbagai kemudahan .Malahan sukan air bagi SUKMA yang pernah diadakan diPahang satu ketika dahulu.Perkara yang juga melucukan tidak dapat saya lupakan iaitu adanya berita tentang buaya-buaya ditasik ini yang membuatkan Menteri Besar Pahang ketika itu membuat demonstrasi terjun kedasar tasik ini untuk membuktikan kepada orang ramai disitu tiada buaya ganas.Saya telah difahamkan bahawa sehari sebelum Menteri Besar itu terjun kedasar tasik paya bungor itu sepasukan tentera komando telahpun terjun kedalam tasik itu membuat " tapisan keselamatan" .Jadi terjunlah Menteri Besar kita itu dengan senanghati.Nama kampong Paya bungor diperolehi kerana dikawasan sekitar tasik ini banyak pokok bungor yang cantik bunganya bila berbunga, malahan saya dapati MPK banyak menanam pokok -pokok ini dikawasan MPK.Bunga bungor memang cantik ada yang merah dan putih bila berbunga.Inilah contoh pokok-pokok tempatan yang boleh kita tanam sebagai hiasan taman dan tidaklah perlu mengimport pokok dari luar negara yang banyak menghabiskan tukaran wang asing kita.Begitu jugalah dengan sayor dan daging yang kita import dari luar negara yang bernilai berbilion-bilion ringgit setiap tahun.Jadi kita patut mengusahakannya sendiri dan hasrat FELDA untuk mengatasi masalah ini adalah dipuji, namun demikian janganlah hanya hangat-hangat tahi ayam saja.

Dr Aminudin

Chendor,Kuantan

Kampong Chendor,Kuantan adalah kampong paling hujung yang bersempadanan dengan Kemaman,Terengganu.Kampong ini menurut cerita yang saya fahami asalnya banyak terdapat pokok-pokok kelapa ditepi pantainya yang condong dan daun-daun gugor dengan banyak disepanjang pantainya.Entah macam mana tersalah sebut perkataan condong itu melekatlah nama Chendor.Hari ini pantai itu masih dikunjungi oleh ramai orang mandi-manda.Semasa saya bertugas sekejab diunit PLB, Pejabat Daerah Kuantan ,saya ada mengusahakan pembinaan gerai PLB dipantai ini.Pantai ini amat sesuai untuk diadakan pertandingan bolasepak pantai ataupun bolatampar kerana pantainya cantik dan luas.Berhampiran pantai cendor ini ada hotel yang bertaraf lima bintang iaitu Impiana dan berberapa hotel lain.Masa saya bertugas diJabatan Keselamatan, Chendor ini tidaklah membangun seperti sekarang yang dibangunkan dengan perumahan sekitar tepi jalan Kemaman-Kuantan ini oleh PASDEC.Dahulu kawasan Chendor boleh dikatakan dipenuhi belukar dan semak.Tempat inilah saya pada hujung minggu bersama Bos iaitu Encik Awang Yaakob mengendap-gendap dalam semak penuh kemunting dan pakupakis itu menembak belibis.Memang banyak burung belibis dikawasan ini.Hari ini saya rasa masih ada lagi tetapi telah berkurangan dan apa yang saya tidak lupa akan bos saya ini ,dia suka membawa pegawai dan kakitangannya berjalan-jalan dan beriadah.Kakitangan lain seperti Din,Mat,Tengku dan lain-lain suka mengikut aktiviti beliau ini dengan menaiki kereta kegemarannya ialah citeron ketika itu.Hari ini saya diberitahu dia telah lama bersara dan jawatan terakhir beliau, saya diberitahu ialah bos Jabatan pendaftaran Negara.Jadi pantai Chendor yang dahulu agak sunyi sekarang telah ramai orang, namun ia agak ketinggalan pembangunannya jika dibandingkan dengan Kemaman.

Dr Aminudin

Cherating,Kuantan

Kampong Cherating,Kuantan banyak dikenali oleh pelancong luar negara kerana terdapat Kelab Med.Kelab ini dahulu ada exclusive dan terhad kepada ahli-ahlinya saja, namun begitu sekarang boleh didiami oleh ramai orang dihotelnya itu.Kampong Cherating ini dahulunya setahu saya banyak pokok-pokok ara yang tumbuh terutama dekat bukit menghala kepantainya. Dengan banyaknya pokok yang bersimpang siul akar dan bercerat dan beranting ini memungkinkan namanya diperolehi.Kerajaan telah mendirikan tempat kebudayaan diCherating ini dan samasa saya mulakan berkhidmat diPahang saya ada pernah hadhir melihat pertunjukan kebudayaan dikawasan rumah kampong ini yang hampir dengan jalan Kuantan-Kemaman.Namun dengan adanya rumah kebudayaan yang hampir dengan pantai sekarang aktiviti tersebut telah tertumpu kesitu.Apa yang masih dalam ingatan saya dan tidak lupakan kepada Cherating ialah Kem yang kami bina oleh Jabatan Keselamatan bagi pendatang Vietnam yang melanda negeri Pahang pada satu masa dahulu.Semua yang mendarat diPahang akan kami ambil dan tempatkan disini yang awalnya dijaga oleh pihak rela, namun setelah itu ia telah dijaga pula oleh Pihak penjara yang pegawai mula-mula sekali seingat saya berkhidmat ialah Tuan Husin Belada dengan pegawainya.Saya sering keKem ini membuat tinjauan dan menentukan juga kesihatan diberi keutamaan supaya tidak merebak kepada orang awam.Malahan klinik yang bertaraf antarabangsa didirikan oleh pihak PBB dikem ini.Menjadi kenangan juga semasa saya bertugas disini ialah kepada kereta saya yang terlibat dengan kemalangan untuk semasa melawat kem ini, jugalah.Tetapi oleh kerana saya bertugas dalam jabatan keselamatan maka cepatlah datang pihak polis membantu terutama Bos saya ketika itu ACP Tuan Sulaiman menalipon anak-anak buahnya supaya membantu saya.Hari ini saya telah meninggalkan perkhidmatan kadang-kadang bila melalui jalan Kuantan-Kemanan untuk keKertih hati saya gembira kerana generasi sekarang hidup aman dan tiada apa hendak dirisau tentang ancaman seperti zaman kami dahulu.Tetapi walaubagaimanapun kadar jenayah sekarang telah meningkat berbanding dahulu.

Dr Aminudin

Chengal Lempong,Kuantan

Kampong Chengal lempong,Kuantan adalah perkampongan yang bersebelahan dengan Kampong Balok seperti yang pernah saya coretkan.Kalau kampong balok namanya diperolehi n dari banyaknya balak-balak zaman dahulu begitu juga dengan kampong ini kerana banyak pokok chengal yang dikatakan ringan(orang pahang mengelarnya lempong).Jadi dengan banyak pokok chengal yang ringan dikampong ini ia mendapat namanya dan diperingkat awal kampong ini dibuka kebanyakan rumah orang disini dibuat dari pokok chengal.Kalau dilihat dikebanyakan rumah-rumah kampong ini sekarang telah banyak banglo-banglo yang didirikan malahan diutara kampong ini terdapat apartment mewah yang didirikan dan saya difahamkan milik pelabur dari Singapura.Begitulah juga disebelah pantainya ada hotel besar milik LKPP didirikan bagi menarik pelancong datang keKuantan.Saya juga dapat melihat industri batik ada didirikan disekitar kampong ini.Malahan saya juga kerap minum teh tarik di resturan Alif yang ada ditepi jalan menuju kepekan Balok.Apa yang saya tidak dapat lupakan kepada seorang personaliti di kampong Chengal Lempong ini ialah kepada Pak Hamid yang pernah menyembuhkan sakit belakang saya yang dikatakan salah satu tulangbelakang saya telah tergelincir.Beliau adalah seorang tukang urut dan bomoh yang handal, malah beliau ada memberi tahu saya pernah mengubati Dato' Alias bekas Pegawai Daerah Bera yang telahpun bersara, namun pada hari ini Pak Hamid telah pun uzur.Jadi pada hari ini harga tanah dikampong Chengal Lempong telahpun mendadak naik berikutan perkembangan pekan Balok yang juga telah membangun dengan pesat.Maka kayu-kayu Chengal walaupun lempong atau ringan sekarang jadi begitu mahal.Inilah dikatakan peredaran zaman dimasa sumber asli semakin berkurangan sedangkan kegunaan masih diperlukan.

Dr Aminudin

Friday, July 10, 2009

Sungai Ular,Kuantan

Kampong Sungai Ular,Kuantan adalah juga perkampongan nelayan masa dahulu.Kampong ini terletak ditepi jalan Kuantan- Kemaman dan juga sebelum kecheating tempat saya bertugas melawat kem keselamatan yang kami bina diCerating dahulu.Kampong ini merupakan tempat mendarat bot-bot nelayan bagi menjual tangkapan ikan segar pada hari ini.Tempat pendaratan bot-bot itu adalah diKuala Sungai Ular ini yang juga tidak jauh dengan klinik desa sungai ular.Kampong Sungai ular sudah barang tentu mendapat nama sempena ular.Malahan pulau yang tidak jauh dari kampong ini turut dinama Pulau Ular.Saya masa bersekolah diSMART bersama kawan-kawan mengunjungi pulau ular ini bersama Cikgu Ghafar untuk mandi manda.Apa yang begitu mengimbau ingatan saya ialah kepada kawan yang bernama Mansor ubur-ubur akibat peristiwa diPulau Ular inilah.Kami pada awalnya tidak tahu dikawasan sekitar Pulau Ular ini banyak ubur-ubur jadi bila mandi manda terkenal ubur-ubur ini adalah mansor dan banyak pula yang kena kat badan dia hinggakan hampir nak pengsan.Jadi beberapa cara telah diusahakan seperti melumurkan pasir-pasir keseluruhan badan dia dan juga mencari daun-daun kayu yang dijangkakan dapat meredakan keadaan.Hingga hari ini Mansor Ubur-Ubur lekat nama itu pada dia bila kami berhubung dengannya.Sekarang saya difahamkan Mansor bertugas diJabatan Keja Raya,Pekan,Pahang.Memanglah Pulau Ular menjadi tarikan pelancong, kerana air disekitar pulau itu amat jernih, disamping banyak juga ikan-ikan kalau kita berminat memancing.Saya juga percaya kalau dibuat industri ternakan ikan laut seperti kerapu disekitar pulau ini sudah tentu dapat menjana pendapatan nelayan sebagaimana dibuat diPulau langkawi dan Pulau Ketam ,diSelangor tetapi nampaknya diPahang kawasan yang sesuai bagi akuakultur seperti Pulau Ular tidak dimanafaatkan oleh Kerajaan dan rakyatnya.Amat sayang sekali.

Dr Aminudin

Thursday, July 9, 2009

Balok,Kuantan

Perkampongan Balok,Kuantan sekarang begitu pesat membangun.Dari perkampongan kecil dahulunya sekarang begitu pesat membangunan dengan pembinaan perumahan yang tumbuh macam cendawan.Masa saya bertugas dijabatan keselamatan dahulu ,pantai Balok tidak banyak dikunjungi orang kerana orang ramai berkunjung keTelok Chempedak dekat bandar Kuantan.Tetapi hari ini pantai Balok ramai dikunjungi orang lebih-lebih lagi MPK telah membina pusat riadah diBalok.Kami kakitangan pejabat daerah Temerloh pernah bermalam ditapak riadah MPK diBalok ini secara berkemah.Perumahan disekitar Balok melambong naik harganya.Perumahan PASDEC dibelakang pekan Balok habis dijual dan musim pasar ramadan yang akan menjelang dibalok akan menjadi tidak terkawal trafiknya kerana orang membeli juadah.Kampong Balok yang menurut beberapa orang penduduk saya temui mendapat namanya kerana ada banyak balak dahulu.Memanglah ia bersebelahan dengan kawasan Hutan Simpang Balok.Dahulu sebelum Taman Industri Gebeng hutan disitu banyak diusahakan orang mengelurkan balak-balaknya.Begitu juga seingat saya ditapak kuari Penggorak dahulu banyak pokok-pokok besar balak disitu tetapi hari ini habis botak dan batu-batu dikorek dan dipecahkan menjadi batu granait.Perumahan murah Balok yang dahulu yang tidak berseri sekarang begitu banyak rumah yang telah cantik diubahsuai dan begitu juga dengan perumahan kakitangan kastam disitu.Saya juga mendapati masjid Balok yang pada asalnya dibina secara persendirian ( tidak menggunakan peruntukan Kerajaan )yang agak tidak berseri dahulu, sekarang telah cantik dan bersih sekarang.Begitu juga hotel-hotel sekitarnya pula banyak yang telah diubahsuai dan telah cantik.Ini adalah kerana limpahan pembangunan dari Industri Gebeng yang berkembangan dihampir pekan Balok ini.Masa saya bertugas diUPEN , kami telah merancang pembangunan Indusrti Gebeng sebagai hub petrochemical dan juga perlabuhan Kuantan.Sunggupun UPEN membelanja peruntukan yang besar bagi kajian perancangan Industri Gebeng dan Perlabuhan Kuantan ini ia berbaloi dan dapat kita nikmati hasilnya sekarang. Namun begitu saya agak terkilan juga bila mendapat tahu Perlabuhan Kuantan telah diswastakan bahagian operasinya kepada sebuah syarikat yang telah disinarai diBursa Saham Kuala Lumpur.Ini sudah tentu lebih bersifat keuntungan kapada syarikat yang berkuasa bukannya kepada anak syarikat kerajaan negeri yang mana kakitangannya adalah anak negeri Pahang.Jadi apalagi yang kita ada selain pantai laut yang sememangnya kita nikmat secara percuma sejak dahulu lagi manakala yang lainnya dimiliki oleh orang luar.

Dr Aminudin

Batu Hitam,Kuantan

Kampong Batu Hitam,Kuantan mendapat namanya kerana banyak batu-batu hitam dipantainya.Kawan saya Dr Juhari Mat Akhir yang puisi saya tujukan kepadanya dalam blog ini telah membuat kajian tentang pantai batu hitam ini.Batu hitam ini adalah batu batu basalt yang merupakan batu dari gunung berapi.Dari sudut geologinya kawasan sekitar Kuantan dan Batu Hitam telah wujud sejak 340 juta tahun lalu iaitu dizaman karbon awal yang berlakunya proses rejahan granit.Rejahan ini berlaku berulang-ulang dan menghasilkan berbagai granit.Batu hitam ini terkenal sebagai tempat pelancongan diKuantan dan mandi-manda selain dari Telok Chempedak,Cerating,balok,sungai ular dan Cendor.Pantai-pantai ini dahulu merupakan tempat lawatan kami semasa saya bertugas diJabatan Keselamatan Negeri Pahang.Kami melawat dan memastikannya tidak dicerobohi oleh pendatang haram terutama yang terkenal dahulu dari Vietnam.Pada masa pendatang haram Vietnam melanda pantai timur kami bersama pasukan keselamatan dan juga rela berjaga malam untuk mengawasi kedatangan mereka dipantai-pantai yang kami sebutkan tadi.Bila tiba mereka mendarat habis pantai-pantai ini kotor dan cemar dengan bot-bot yang mereka naiki.Kami terpaksa pula membersihkannya dengan ada banyak bot-bot yang tersadai dipantaikamiterpaksa mendapatkan bantuan Jabatan laut, Polis Merin dan Tentera laut bagi menunda bot-bot itu kelaut dalam, malahan bila merosakan pandangan kami dengan bantuan Jabatan Bomba dan Persatuan Bulan sabit terpaksa membakar bot-bot tersebut.Jadi kenangan inilah yang saya tidak dapat saya lupakan pada pantai-pantai diseluruh Pahang dan kalau ia ibarat simen yang telah kering pasti ada jejak-jejak kaki saya disemua pantai seluruh Negeri pahang ini.Ketua Kami Encik Awang Yaakob dan Dato Muhammad Abdullah tentu mempunyai memori yang sama dengan saya tentang bagi mana kami menjaga keselamatan Negeri ini dimasa keselamatan tidak terjamin dahulu.Rakan sejawat saya Mejor Taha,DSP Tuan Syed,Mejor Rosli dan lain-lain sekarang ini telahpun bersara dan mempunyai memori yang sama tentang kami menjaga negara, dan sudah semestinya isu Ching Peng untuk kembali kesini menyentuh hati dan sanubari kami.

Dr Aminudin

Wednesday, July 8, 2009

Beserah,Kuantan


Kampung Beserah,Kuantan adalah sebuah perkampungan nelayan dikuantan yang telah agak popular sejak dahulu.Beserah yang terletak ditepi jalan menyusuri pantai untuk keKemaman,Terengganu.Jalan kekemaman Terengganu boleh juga diikuti menerusi by pass kepelabuahan yang tidak lagi melalui Beserah yang kini mengalami kadar trafik yang tinggi.Mengikut Abang Ali yang juga sepupu isteri saya ,Beserah mendapat nama sempena pembukaannya oleh Toksenik mula-mula membuka kampongnya mengucapkan syukur kerana sampai dipantai beserah dan dia berserah saja kepada Allah untuk kehidupannya seterusnya.Tempat yang mula disampai ialah dekat masjid lama beserah sekarang.Saya dan isteri saya selain tinggal dirumah kami diKubang Buaya, kami juga selalu tidur dirumah abang Ali semasa anak-anaknya masa kecil.Kami begitu rapat hinggakan anak-anak beliau macam anak kami sendiri.Kehidupan Abang Ali sebagai pemandu kenderaan di Jabatan Pertanian serta membuka kedai runcit dekat rumahnya bagi membesarkan anak-anaknya seramai 14 orang itu amatlah jerih.Hari ini kesemua anak-anak Abang Ali telah keluar universiti dimana 3 orang antaranya adalah doktor perubatan yang salah seorangnya daripadanya bertugas diHospital Besar ,Kuantan yang sering juga kami mendapat bantuannya mendapat ubat-ubatan darinya.Pembangunan diBeserah sekarang juga begitu pesat terutama dekat dengan statelite ,Bukit Pelindung dan juga batu Hitam.Paksu kepada isteri saya yang mempunyai banyak tanah diBatu Hitam boleh tersenyum lebar dimana tanahnya dijayakan oleh pemaju habis dijual.Nilai tanah juga telah agak begitu tinggi dimana ada saya bertanyakan kepada adik kepada pakimam masjid Batu Hitam yang tanahnya dekat Jeram nak jual pada harga RM 150,000 seekar.Pemaju dari bangsa Cina sekarang begitu berminat untuk memajukan tanah rezab Melayu diBeserah sekarang.Masjid Beserah yang lama telah digantikan dengan yang baru dekat sekolah cina Beserah.Manakala klinik komuniti yang baru dan besar diBeserah menjadi tumpuan pesakit terutama dihari isnin membolehkan penduduk sekitar mendapat rawatan dan baru-baru ini saya lihat Parti Keadilan telah membina pejabat yang agak besar juga dihadapan kelinik itu, maklumlah rakan pakatan mereka PAS telah memenangi kerusi DUN Beserah.Saya juga hairan kenapa kekalahan DUN Beserah yang dahulu dimenangi BN kepada PAS walaupun yang kuat berkempen masa pilihanraya yang lepas ialah bekas Menteri Besar Pahang yang merupakan orang Beserah juga.Jadi Beserah yang dulu hanya berserah kepada keagongan Ilahi dizaman Toksenik sekarang telah makmur dan maju.Bagi Abang Ali yang telah kembali kerahmutullah kami panjatkan doa kepada Illahi semoga beliau dimasukan kedalam golongan orang-orang yang dicucuri rahmatNYA.Alfatihah.

Dr Aminudin

Tuesday, July 7, 2009

Jambu Rias,Temerloh

Kampong Jambu Rias,Temerloh adalah sebuah kampong yang terletak ditepi jalan Temerloh-Bentong yang masa dahulu adalah kampong yang popular untuk disinggah oleh pemandu-pemandu yang telah penat memandu dari Temerloh hendak keBentong.Disamping itu juga ada seorang tukang urut buta yang popular dikampong Lengkong yang berhampiran gerai-gerai makan kedai diJambu Rias ini menjadi langganan pemandu penat.Jambu kalau mengikut istilah kami bebudak Relong bermakna cantik bagi anak-anak gadis dan merekalah menjadi tumpuan jejaka untuk mengusik dan menguratnya.Rias berkaitan dengan berhias dan kalau budak peremupuan atau anak gadis yang jambu berhias sudahlah pasti ia bertambah cantik dan cun kata bebudak sekarang.Jadi mungkin dari kegiatan gadis yang cantik dan berhias tadilah nama Kampong Jambu Rias terbentuk.Tetapi apa yang membuat memori saya kembali segar berkaitan dengan kampong ini ialah usaha kami (Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh) membangunkan kampong Jambu Rias ini sebagai taman perindustrian perabut yang nampaknya sekarang tidak kesampaian.Kami dengan pihak UPEN Pahang bertungkus lumus menyediakan tapak dan menyediakan peruntukan bagi membangunan taman perabut ini.Hingga hari ini syarikat anchor taman ini sungguhpun multinational tidak dapat menjayakannya.Syarikat-syarikat kecil yang dibawahnya pun habis bungkus kerana tidak berdaya maju.Ada juga dikalangan mereka kawan-kawan saya hingga kehari ini tidak dapat membangunkan semula industri itu, sedangkan saya lihat diKuantan terlalu banyak kedai menjual perabut kayu terutama jati tumbuh.Jadi apakah faktor kebuntuan berlaku dalam industri perabut kaum Bumiputera ?Jawapannya ialah sikap dan sumber kewangan yang sering menjadi faktor penyebabnya.Kalau nak dikatakan sumber asli atau bahan yang berkurangan bagi membuat perabut bukanlah sebabnya.Banyak dikalangan kita mengatakan kayu atau balak yang digunakan untuk industri telah tiada bekalannya, jawapannya adalah tidak betul kerana perabut hari ini boleh dibuat dari kayu akasia yang banyak ditanam dinegara ini, begitu jugalah dengan teknologi dan inovasi telah menemui yang batang kelapa sawit pun boleh dijadikan papan perabut dan begitu jugalah batang getah.Jadi sikap pengusaha perabut Bumiputera yang tidak mempunyai semangat daya saing dan tiada ingin mencanai idea dan tiada sumber kewangan menjadi penyebab tutupnya industri perabut bumiputera.Sebagai contoh kawan saya dari Taiwan hanya dengan membuat tempat pemegang pintu dari kayu sahaja menjadi kaya raya dengan mengimport kayu dari kawasan Asia kerana diTaiwan sebuah pulau kecil dan tiada hutan tetapi rakyat atau pengusahanya berinovasi.Kita perlu belajar dari mereka.

Dr Aminudin

Paya Sok,Temerloh

Kampong Paya Sok,Temerloh adalah sebuah kampong paling hujung didaerah Temerloh yang bersempadanan dengan Daerah Jerantut.Kalau kita silap cakap ia kadang-kandang bermakna paling akhir atau orang Pahang kata sot,paling sot.Ini mungkin betul juga kalau sot itu nama asal Kampong sok.Namun begitu ada juga dikalangan orang kampong mengatakan nama kampong itu Paya Sok adalah berasal dari nama seorang asli yang membuka pertempatan kampong itu.Ini adalah lebih logik kerana ia memang bersebelahan dengan kawasan rezab orang asli dan merupakan penempatan hidupan liar,iaitu Kerau Game Rezab.Selain dari itu kawasan ini memang popular dengan hidupan liar seperti pelandok,kijang,rusa,kancil,seladang dan lain-lain bila musim jabatan perhilitan mengeluar lesen memburu yang biasanya bulan November.Saya pernah ingat Haji Din yang juga cc kepada Encik Nawawi seperti yang pernah saya coretkan dalam entry Kampong batu Tiga adalah peminat memburu ini bila tiba musimnya.Saya kadang-kadang merasa juga daging kijang liar ini yang dihantar oleh Encik Nawawi.Apa yang mengingatkan saya kepada kampong Paya Sok ini ialah seorang kakak yang juga merupakan waris kepada Jamaludin seorang kakitanah pejabat daerah Temerloh yang gigih berusaha memajukan dirinya dimana kami memawah lembu-lembu kepada kakak ini untuk dibela.Apa nak jadi cerita bahawa kawasan Paya Sok telah diserang hawar penyakit kuku dan mulut dan lembu kami yang dikira-kira 50-60 ekor telah diserang hawar ini, maka agak kecewa juga saya bila terjadi demikian, manakala yang masih ada bakinya yang tidak dijangkiti hawar pula sudah tidak dapat dikesan kerana maklumlah pagar-pagar telah lama tidak dibaiki maka ia begitu mudah pecah dan lembu telah lepas lari entah kemana ataupun mungkin ada sang belang yang telah membahamnya maklumlah ia berhampiran dengan hutan simpan Kerau seperti yang saya katakan.Jadi begitulah risikonya kalau kita membela benda hidup yang kita tidak tahu apa yang terjadi pada hari esok, yang kalau kita kaji terhadap huruf e bagi perkataan esok dan ia dibuang maka jadilah SOK ! adakah ini hanya kebetulan ?

Dr Aminudin

Paya Luas dan Sg.Penderas, Temerloh

Kampong Paya Luas dan Sungai Penderas,Temerloh terletak diutara Daerah ini yang mengingatkan saya kepada seorang Tokempat(ketua kampong) yang selalu memperlawa saya dan anak-anak memakan buah-buahan dikebunnya bila musim buah tiba.Kami akan dihidangkan dengan longgokan buah rambuatan, langsat, manggis dan durian bila tiba musim buah menjadi.Ini menjadikan semacam kampong saya juga diRelong, walaupun diRelong kalau musim buah ianya memang banyak seperti yang pernah saya coretkan.Kampong paya luas mendapat namanya kerana ia banyak paya dan memang luas pula.Namun hari ini ia telah gersang dan tidak diusahakan lagi.Namun begitu banyak juga paya-paya itu dijadikan kolam ikan oleh penduduk kampong, sekurang-kurang ia tidaklah terbiar.Begitu jugalah diRelong dikampong kami paya-paya ini telah ditanam dengan limau madu macam Pakcu Husin saya mengusahakan tanahnya dekat Masjid Kg.Relong tetapi sekarang mungkin sudah tidak dijaga lagi.Kampong paya Luas ini bersebelahan dengan kampong Sungai Penderas yang merupakan perkampongan orang asli yang mana setahu saya mempunyai infrastruktur yang baik.Disitu terdapat sekolah orang asli yang cantik dan saya pernah melawat sekolah ini sewaktu ia hendak dibina.Sungai Penderas ketika itu airnya cantik dan bersih yang mengalir dekat dewan orang ramainya.Begitu juga dengan batin ketika itu ialah ayah kepada Rosli yang juga merupakan kawan saya diSekolah Batu Satu,Kuala Lipis yang pernah saya coretkan yang beberapa bulan saya belajar disitu sebelum saya bertukar keSekolah Menengah Rendah Padang Tengku.Kawan saya juga ketika itu ialah Senator Orang ASli, Long Jidin yang akhirinya meninggal sebagai seorang muslim.Jadi perkampongan orang asli telah banyak yang membangun namun begitu kampong-kampong orang asli diulu Lipis perlulah diberikan perhatian sekarang kerana saya dapati Parti Keadilan begitu memberikan perhatian kepada undi yang akan diraih dari orang asli, malahan web menggunakan loghat orang asli telah memikat hati mereka.Sebagai rakyat mereka berhak mendapat pembelaan dan bantuan dari pihak kerajaan, malahan ada wakil rakyaat mendapat gelaran yang berkaitan dengan orang asli seperti menteri perlulah proaktif dari sekarang sebelum tiba pilihanraya yang akan datang.

Dr Aminudin

Monday, July 6, 2009

Pulau Kujan/Kuala Kujan,Temerloh

Pulau Kujan mahupun Kuala Kujan, Temerloh adalah kampong yang masih segar dalam ingatan saya, semasa saya bertugas diPejabat Daerah dan Tanah Temerloh.Kampong ini ramai keluarga Jasni (saya panggil dia Mi) tinggal disitu.Mengikut ceritanya Kujan ini adalah nama seorang Jawa yang membuka penempatan disitu dan selalu pula hujan diKuala Sungai menyebabkan nama Kampong Kujan lekat.Kalau saya tidak silap usahawan Temerloh bernama Yusof Kujan agaknya dari keturunan inilah agaknya, kalau tidak masakan namanya bin Kujan.Hari ini saya difahamkan Mi tidak lagi tinggal dikampong tersebut tetapi disekitar perumahan dekat Petronas simpang keLebuhRaya Kuantan-Kuala Lumpur.Masa saya bertugas diTemerloh, masa Do, Jaafar Mat kami ada membuat program rumah PPRT yang dikendalikan oleh Unit PLB, secara gotong-royong, kami bersama orang kampong dan jaga pasukan keselamatan membina rumah tersebut dan ini dapat membantu mereka yang memerlukan rumah masa itu.Manakala dari segi tugas pula Mi adalah kakitangan yang secara langsong membantu saya membuat lelongan tanah dan kami telah membuat inovasi teknik lelongan tanah berasaskan komputer.Kami telah memenangi anugerah Khas dari Mampu dalam pertandingan yang diadakan bagi seluruh Pejabat Daerah DiMalaysia itu.Disamping itu Jasni adalah seorang kakitangan yang rajin menimba ilmu dan saya difahamkan dia belajar secara persendirian peringkat ijazah dan Sarjana diUPM.Namun dalam perkhidmatan awam disatu ketika dahulu ijazah bukanlah ukuran kekananan tetapi adalah senioriti tetapi hari ini saya diberitahu bahawa lulus peperiksaan pula adalah salah satu kreteria untuk naik pangkat.Jadi bukanlah mudah untuk naik pangkat dalam perkhidmatan awam namun apa juga tuntutan oleh kakitangan awam terutama dekat pilihanraya sentiasa dipenuhi oleh Kerajaan.Maka beruntunglah kakitangan kerajaan untuk pilihanraya yang akan datang dan bersedialah dengan cadangan dari sekarang.Bagi kami yang telah pencen macam saya, cc Baha,Embong dan lain-lain mungkin ingin mencadangkan kenaikkan pencen pulak.

Dr Aminudin

Sunday, July 5, 2009

Paya Dalam,Temerloh

Kampong Paya Dalam, Temerloh sekarang telah berkembang maju.Kampong ini terletak sekitar kampong batu satu dan batu tiga, jalan Temerloh-Mentakab.Dahulu kampong ini agak sunyi dari trafik, hari ini begitu banyak trafik lalu-lalang diatas jalan rayanya.Gedung beli belah Kowbaoi telah berdiri dengan megah dalam paya yang dahulunya adalah paya yang tidak ada orang mahu membelinya.Saya pernah dipelawa oleh broker iaitu waris saya juga yang merupakan seorang bekas tentera dan kemudian saya difahamkan telah berkahwin dengan seorang peniaga gerai mara dibandar Temerloh.Sayangnya saya tidak membeli tanah paya itu tetapi telah dibeli oleh taukeh emas Temerloh, jadi taukeh emas itu sudah tentu semakin kaya sekarang.Paya Dalam mengikut orang-orang disitu mendapat namanya kerana ia merupakan paya yang dalam dan kalau bebudak main disitu boleh jadi cengkelek.Paya Dalam ,sekarang dikelilingi begitu banyak Taman Perumahan sekarang baik dibelakangnya(Temerloh Jaya) mahupun disepanjang jalan menuju keTemerloh-Mentakab dan mengikut Cikgu Wan Muhammad (warisnya ramai diPenak)pula akan dibina jalan keretapi pula dari Kuantan ke Kuala Lumpur melalui Temerloh/Mentakab yang akan menyinggah kawasan ini juga.Kalau begitu akan teruslah berkembanglah Bandar Temerloh yang mana seperti saya katakan Temerloh adalah kawasan pembangunan strategik bagi Pahang barat ini.Masa kami(saya bertugas diPejabat Daerah Temerloh) dahulu ada merancangkan dengan PKNP(SEDC) untuk menjadikan Bandar Temerloh sekitar Taman Perindustrian Temerloh sebagai Ibu Negeri Pahang yang baru dan kalau jadi sekarang semakin beruntunglah KIMDEC yang merupakan pemaju bandar baru itu.Namun hingga sekarang perkara ini tidak menjadi kenyataan.Inilah yang dinamakan perancangan tetapi walaubagaimanapun dimasa akan datang tiada siapa yang mengetahui,mungkin Menteri Besar yang akan datang membuat keputusan untuk menjadikan Temerloh sebagai ibu negeri Pahang.Kita telah melihat sejarah pernah melakarkan bahawa orang Temerloh pernah menjadi Menteri Besar, jadi sama-samalah kita tunggu dan lihat.Jadi kesimpulanya Paya dalam sekarang sudah tidak dalam lagi, malahan Lurah Sementan yang dalam pun habis dikambus orang menjadikan bandar baru bagi perhentian bas sekarang.

Dr Aminudin

Paya Pulai,Temerloh

Paya atau swamp mengikut Kamus Delta,1988 adalah kawasan tanah bencah.Bagitu pula kalau diPahang kalau disebut paya ialah sawah padi.Nama kampong-kampong diPahang dengan dimulai oleh paya adalah banyak, jadi bagi mengembalikan memori saya semasa bertugas diTemerloh, saya coretkan nama-nama kampong dimulai dengan kampong diTemerloh iaitu seperti kampong Paya Pulai, Paya Dalam, Paya Kujan,Paya Jejawi dan lain-lain.Kampong Paya Pulai ini adalah berhampiran jalan utama Temerloh-Kuantan masa dahulu tetapi sekarang dengan adanya LebuhRaya Kuantan-Kuala Lumpur jalan itu agak kurang kadar trafiknya, namun begitu ia terus berkembang dan maju kerana ia berhampiran dengan Hospital baru, Temerloh.Malahan waris saya yang dulu tinggal diperumahan murah,Paya Pulai ini dan senang sekarang kerana ia memiliki tanah dekat hospital tersebut dan saya difahamkan dia mendapat beberapa biji banglo hasil bahagiannya yang diperolehi dari pemaju.Saya juga difahamkan bekas Akauntan Majlis Daerah Temerloh yang berniaga sekarang telah hidup mewah kerana mempunyai tanah berhampiran dengan hospital baru Temerloh ini.Begitu juga Hamzah yang pernah bertugas dengan saya sebagai penghantar notis ,duduk diPaya Pulai juga dan bermenantukan seorang ADO pula.Paya Pulai mendapat namanya kerana banyak pokok-pokok pulai tumbuh disitu dahulu dan seingat saya pokok-pokok itu banyak tumbauh dihujung paya dekat taman perumahan murah tersebut.Saya ada berjalan-jalan kerumah waris saya dan Mat saman (bekas kakitangan pejabat tanah) yang tinggal diperumahan murah Paya Pulai itu.Dimasa itu ayam katik (serama) menjadi kegilaan para peminat dimasa itu.Namun saya tidak begitu berminat membela ayam serama kerana rumit untuk menjaganya tetapi saya lebih suka membela angsa dibawah rumah kerajaan itu memandangkan rumah kami selalu diganggu oleh ular.Jadi angsa telah hidup dan bertelor dibawah rumah kami. Saya sering juga menghadhiri majlis kenduri dikawasan perumahan Paya Pulai itu dan dihari sabtu pula ada pekan sahari disitu dimana saya suka mencari buah-buah kampong seperti salak,dokong dan rambutan yang selalu diniagakan oleh orang Kelantan yang agak ramai terutama dari kampong Bacap.Malahan bila berlaku pilihanraya dimana satu ketika dahulu beberapa kerusi ADUN telah dimenangi oleh PAS dan kawasan Paya Pulai pernah dimenangi oleh mereka.Hari ini Paya Pulai terus membangun dan saya dapati Sekolah Rendahnya telah ditambah beberapa bangunan baru yang dapat dilihat dengan jelas dari Jalan Raya bila kita memandu untuk menuju keKampong Awah.

Dr Aminudin

Pengantar Notis(notice server)

Pengantar Notis yang dipanggil juga notice server,summons server atau prosess server bererti " serves court order and processes such as notices, summons and subpoenaes: Recives papers to served from magistrate or accredited officer.Locates person to served and delivers document and obtains acknowledgement.Records time and place of delivery ",Disctionary of Occupational Classification,Manpower Department ,Ministry of Labour and Manpower, Malaysia,1980.Pengantar notis inilah saya gunakan khidmat mereka yang hasilnya Pejabat Tanah Temerloh memenangi Anugerah Terbaik Seluruh Malaysia kerana dapat mengutip hasil tanah yang cemerlang.Mereka seperti Idris,Hamzah,Hamid, Shamsuddin yang dia bawah pengawasan saya telah sama-sama kami pejabat tanah membawa mereka keMedan,Indonesia untuk hadiah insentif.Caranya saya mengesa mereka memujuk tuan-tuan tanah yang banyak tertunggak supaya membayar cukai tanah, disamping itu juga saya menyuruh mereka mengumpulkan orang-orang kampong dalam Temerloh diBalai raya bagi saya memberikan ceramah ekonomi pertanian dan cara memaksimukan gunakan tanah dengan disamping itu menekankan betapa mustahak mereka membayar cukai tanah kerana ada peruntukan dalam kanun tanah negara bagi mereka yang tidak membayar cukai tanah boleh dibuat rampasan oleh pihak kerajaan.Atas semangat kerjasama pengantar notis-notis saya inilah salah satu sebab kamai memperolehi kemenangan.Hari ini Idris ,saya telah dimaklumkan telah bersara dan juga Hamzah, Idris dimasa saya bertugas diTemerloh amat meminat binatang terutama kerbau jadi dia banyak membela kerbau dan hari ini saya difahamkan dia memelihera ikan patin pulak, jadi saya doakan dia berjaya setelah tiada lagi menjadi ketua kampong.Hamzah pula yang saya dengar bergerak aktif dalam politik, agaknya masih tinggal diPaya Pulai.Begitu juga dengan Hamid yang telah bertukar kepejabat Kadi tentulah aktif pula menghantar notis kepada orang yang bergaduh suami-isteri dan mungkin kadang-kadang ada sebiji dua pinggan melayang menuju kepadanya dalam tugas menghantar notis.Shamsuddin masa dibawah penyeliaan saya masih muda dan dia akan menempuh banyak pengalaman menjelang hari pencennya.Jadi tugas penghantar notis bukanlah mudah seperti saya gariskan diatas tadi, jadi bagi mereka yang tinggal dikota besar lagilah mencabar tugas penghantar notis ini dimana masyarakatnya yang saling tidak mengetahui siapa jiran disebelahnya dan rumah bertembuk batu serta anjing garang yang menunggu dimuka pintu.

Dr Aminudin

Friday, July 3, 2009

Bilik Kebal

Bilik Kebal,Pejabat Tanah Temerloh adalah tempat kerja saya pada waktu petang kerana biasanya sebelah pagi saya akan menghadhiri mesyuarat ,lawatan atau berbincang dengan Pegawai Daerah (DO).Bilik Kebal inilah tersimpannya Hakmilik-hakmilik Pejabat Tanah Temerloh yang biasa orang kampong panggil geran tanah.Geran tanah ini pada umumnya adalah hakmilik kekal dan hakmilik sementara yang dimilik oleh Pendaftar Hakmilik Temerloh.Dalam geran inilah semua urusniaga dicatitkan, jadi tugas saya dan beberapa ADO lain mendaftarkan segala uruniaga ini. Namun begitu sebagai Ketua Unit Pendaftaran maka sayalah bertanggongjawab menjaga bilik kebal ini.Sebelum saya datang memanglah bilik kebal ini kurang teratur keadaannya tetapi saya dan kakitangan terutama cc Baha, Embong,Zul,Mat Nor,Mi,Sabariah dan lain kami telah menjadikan bilik kebal ini kawan kami hinggalah Pejabat Tanah Temerloh memenagi Anugerah Pejabat Tanah Terbaik diMalaysia seperti yang pernah saya ceritakan.Manakala kami diunit Pendaftaran kemudiannya pula mendapat anugerah Khas bagi sistem lelongan tanah.Dalam bilik keballah saya bersama kakitangan menyusun dan kadang-kadang saya lihar MatNor berpeluh-peluh menjilid geran-geran lama. Pada mulanya Matnor tidak berminat untuk mengikuti kursus menjilid tetapi saya menegaskan bahawa mendapatkan kemahiran seperti itu adalah satu keberuntungan, jadi dia telah pergi kekursus menjilid jadi pada hari ini dia mempunyai kemahiran tersebut dan kalau dia membuka kedai fotostat sudah pasti dia berjaya, namun kemahiran dia membuat dan menjual apambalik adalah lebih menjadi minatnya.Begitu juga zul seorang pembantu yang rajin bila saya minta pertolongan dan saya telah perakukan beliau menjadi kakitangan JBA untuk mendapat jawatan yang lebih tinggi dan saya kira pada hari ini dia telah begitu gembira dengan jawatan tersebutv dan tinggal dikampong Pak Silap, namun kerjayanya tidaklah silap.Begitu juga Kak Sabariah yang matanya hampir bolo,dimasa bertugas dahulu kini saya difahamkan telah bertambah baik, manakala Embong dan CC Baha telahpun bersara dan menjadi orang yang bebas dari perkhidmatan awam.Mereka inilah yang saya ingat sepanjang hayat kerana sama-sama berganding bahu dan mengalami pahit-maung dalam berkerja mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga.Ini kerana kami didaerah Temerloh seperti yang pernah saya katakan adalah sebuah daerah yang penuh pengalaman dan cabaran jika berkerja disana.Beberapa kakitangan seperti Wahid dan pelukis pelan kami telah kembali keRahmatullah dan kepada mereka kita hadiahkan AlFatihah.

Dr Aminudin

Wednesday, July 1, 2009

Berangan(Castanopsis spp)

Pokok berangan terdapat beberapa batang dekat rumah kami bersempadan rumah Abang Ali dan juga Cikgu Bakar.Sekarang ni adalah jalan menuju keGua Bama, beberapa pokok berangan ini akan berbuah lebat bila tiba musimnya.Buah berangan dikampong kami ini tidak besar berbanding dengan buah berangan yang diimport dari Cina yang ada dijual dibeberapa tempat misalnya dibatu hitam,beserah dan juga jalan menuju kegenting highlands.Berangan kampong kami besarnya adalah sekitar besar jari orang tua kita,jadi buah inilah kami kutip untuk dimakan mentah atau digoreng.Makan mentah, rasanya lemak dan tidaklah enak dimakan banyak berbanding dengan berangan yang digoreng.Buah berangan ini macam juga buah getah yang mana bila masak ia akan meletup dan melontarkan bijinya ketanah.Inilah kami kutip dan kumpulkan untuk dimakan dengan mengorengnya.Mengoreng berangan juga merupakan aktiviti yang kami mainkan semasa bermain pondok-pondok dibawah bangsal yang pernah saya coretkan dalam entry yang lepas.Selain dari itu seingat saya pokok berangan memang banyak sekitar Bukit Berangan yang merupakan tempat sekolah ugama yang diusahakan oleh Haji Uda dan keluarganya.Ditepi jalan mengikut kedai Sood, sekarang rumah Ustad Muhammad ada juga beberapa pokok berangan saya nampak semasa bebudak dahulu.Dipokok berangan ini saya lihat juga burung-burung hinggap dan membuat sarang yang kadang-kadang saya terpersona melihat keindahannya terutama burung serindik yang berwarna hijau dan kuning itu yang kadang-kadang berpusing-pusing atas ranting-ranting berangan.Malahan kadang-kadang saya berpeluang melihat belatuk yang berbalung dikepalanya mematuk-matuk pokok berangan yang belubang dibahagian puncak pokok itu dengan girang.Inilah pemandangan yang sukar lagi saya perolehi sekarang.DiBukit Berangan pula sudah tiada sekolah pondok lagi dan juga pokok berangan yang pernah saya katakan diatas sudah tiada yang tumbuh.Bebudak sekarang mungkin tahu berangan yang diimport dari Cina sekarang padahal berangan ada tumbuh dan berbuah dikampong-kampong mereka dahulu, inilah pengaruh globalisasi yang kadang-kadang membawa implikasi kepada kita.Saya akhiri pantun berkaitan berangan yang selalu kita dengar seperti berikut:-

Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu,
Luka ditangan nampak berdarah,
Luka dihati siapa yang tahu.

Dr Aminudin