Tuesday, April 27, 2010
Memperkenalkan Peribahasa Sweden Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu-Siri 5
21."Den far bor som bida gitter "(Apapun dibawah sinaran mentari akan berpanjangan)
Perbahasa kita tentang matahari ialah Matahari itu,gunung dan lembah sama diterangi bermakna pemerintahan yang adil.Matahari terpacak ialah pukul 12.00 tengahari.Matahari ayun-temayun bermakna hampir petang.Matahari bolehkah ditutup dengan nyiru bermakna sia-sia saja cuba menutup kebenaran yang begitu jelas.
22." Man sager emot berom for att fa hora det en gang till " (Satu kali pujian terhadapnya akan menjadikan dia ingin mendengarnya sekali lagi )
Dengar cerita burung,anak dipangku dilepaskan bermakna terpengaruh dengan cakap orang,hingga mengetepikan urusan sendiri.Dengar cakap enggang,makan buah beluluk,dengar cakap orang terjun masuk lubuk bererti jangan dengar cakap orang sahaja.
23." En lyckad berattare har gott minne och hoppas att andra inte har det " (Penulis yang berjayakerana ingatannya yang baik diharap orang lain tidak ada ingatan sepertinya )
Peribahasa kita tentang ingat ialah ingat hari kemudian bermakna memikirkan hari kemudian.Ingat ranting yang akan melenting,dahan yang akan mencucuk,duri yang akan mengait bermakna berhati-hati.Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis bermakna hendaklah selalu berwaspada supaya tidak menyesal kemudian.Ingat-ingat yang diatas,yang bawah akan menimpa bererti orang berkuasa jangan kejam pada orang yang dibawah,kerana mereka boleh menjatuhkan orang yang berkuasa.Ingat hati ialah sangkaan.
24."En arbetsam manniska ar battre an en hop dagdrivare " (Seorang lelaki yang berkerja kuat adalah lebih jauh baiknya dari sekumpulan orang malas )
Peribahasa Melayu tentang kerja seperti Kerja baik berhimbauan, datang buruk berhamburan bermakna berkerjasama dan salin bantu membantu.Kerja baik segerakan,jangan ditimpa kerja buruk bererti apa yang baik jangan dilengah-lengahkan.Kerja sebarang hebat,kasih sebarang tempat bermakna tiada displin kerja.Malas bergarit,perut perit maknanya malas berusaha tentu hidup susah.Malu makan,perut lapar bererti kalau malas berusaha tentu susah jadinya.
25." Adelskap foljer med mannen" (Kemulian menjadi ikutan orang )
Orang berbangsa bermakna orang mulia atau orang bangsawan,Orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa bermakna budi dibalas dengan budi.Orang terpandang ialah orang yang berstatus tinggi.
Dr Aminudin
Labels:
Royal Palace,
Source WWW.flickr.Com,
Stokholm Sweden
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment