Friday, April 2, 2010
Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XV (Strategi Pemerintahan dan Perperangan Dalam Hikayat )
Strategi Peperangan Dalam Hikayat Seri Rama
Apa yang dapat dikesan bagi Strategi-Strategi Peperangan dalam Hikayat ini ialah seperti berikut :-
1.Pembinaan Kota Dikawasan Strategik -dalam Kajian Lembah Bama saya memetik dari Hikayat Seri Rama,pada muka surat 314-315 tentang pembinaan kota yang dititahkan oleh Seri Rama kepada Maharaja Bibasenam dan Surgiwa yang hendak membuat kota dikawasan Gunong Maha Purita yang menurut Seri Rama yang betul-betul ditengah negeri.Adapun kota itu hendaklah dibuat berlapis-lapis dimana bahagian luarnya dari batu putih ,selapis lagi dari batu hijau dari batu gunung,selapis lagi dari batu nilai,selapis lagi dari batu karah,selapis lagi dari batu sangaparsi dan pintunya dari emas sepuluh mutu.Ditengah kota itu dibuat mahligai tujuh belas tingkat yang semuanya bertahtakan emas dan juga bertahtakan mutu maknikam yang berurai-urai (Aminudin,2009:65)
Analisis- pembinaan Negara Kota ditengah-tengah negeri ini bertempatanlah dengan kedudukan Bandar Lipis yang merupakan titik pusat Tanah Melayu, ahli sejarah British telah mengetahui hal ini, justru itu Hugh Clifford telah menyembunyikan fakta dan data khazanah kesusasteraan Melayu yang terdapat diGua Sai, dekat Padang Tengku yang merupakan asalnyanya buku Sejarah Melayu (Sulatatus Salatin)dan juga Hikayat Seri Rama ini.Saya berkeyakinan kedua-kedua buku istimewa ini ditulis oleh orang Lembah Bama (Kuala Lipis).Hujah-hujah tentang orang Lembah Bama yang menulis Hikayat Seri Rama akan saya bentangkan dari aspek sejarah dan aspek bahasa dalam edisi-edisi tulisan saya yang akan datang.Mengenai kedudukan Kuala Lipis ditengah-tengah Tanah Melayu tidak dapat dinafikanlagi berdasarkan batu ukuran jalan (milestone)diBandar Lipis iaitu No.O(KOSONG)
2.Strategi Pembinaan Tambak Laut- dalam Hikayat Seri Rama saya dapati strategi membina tambak oleh tentera Seri Rama bagi mengalahkan Raja Rawanan keNegeri Langkapuri adalah strategi yang mendahului zamannya.Malahan pembinaan ini adalah yang Tertua DiDunia dan setanding dengan pembinaan Pyramid diMesir.Dimana dalam muka surat 174 hingga 177 dalam hikayat ini diceritakan bagaimana peristiwa ini berlaku ,disamping itu diceritakan dalam muka surat 189-190 tentang pembinaan tambak laut ini :-
"Maka titah Maharja Rawana "hai anakku Gangga Maha Sura,Seri Rama membuat titian menambak laut hendak menyerang Langkapuri, hendaklah engkau suroh perbinasa titian itu pada segala rakyat-mu ".Maka Gangga Maharaja Sura pun kembali kedalam laut, dipanggilnya segala ikan disuruhnya perbinasakan titian yang dibuat oleh Seri Rama itu.Maka datang Anbala Angkada mengadap Seri Rama berdatang sembah."Ya Tuanku, tambak yang dititahkan perbuat itu diperbinasakan ikan,ada beberapa tempat binasa".Maka disuoh panggil Seri Rama ,Hanuman,setelah datang maka Seri Rama pun bertitah."Hai anak-anaku Hanuman,tambak yang diperbuat itu ada tempat diperbinasakan ikan,apa bicara anakku" Maka sembah Hanuman,"Ya ,Tuanku,baiklah suruh kampungkan segala rakyat pada Surgiwa, patik hendak berjamu makan ikan itu ".Setelah Hanuman mengacau laut dengan ekornya dan ikan habis ikan mati,segala rakyat tidak termakan ikan yang terlalu banyak.Kata Hanuman kepada segala ikan "Hai segala ikan dalam laut, jika kamu perbinasakan tambak ini segempal pun sepuluh ikan kamu ku-perbinasakan".Mendengar kata Hanuman demikian seekor pun ikan tiada lagi mahu menghampiri tambak itu.Maka tambak itu diperbuat Hanuman dan segala rakyat Seri Rama,beberapa lama tambak itu pun sampaikeLangkapuri (Hikayat Seri Rama, ms 189-190)
Analisis- Strategi membuat tambak dalam peperangan adalah sesuatu yang mendahulu zamannya, .Saya berpendapat inilah idea tertua didunia tentang strategi peperangan menggunakan tambak untuk memenagi peperangan,saya juga telah membuat kajian bahawa Negara Kota Lembah Bama ini turut memberikan sumbangan kepada pembinaan Pyramid DiMesir terutama batu-batu granitnya lantaran dari pembinaan tambak itu.Dianalisis diatas juga membuktikan betapa banyaknya batu-batu dikawasan Lembah Bama bagi membuat kota. Malahan dizaman saya kanak-kanak Gua Bama pernah dijadikan kuari bagi mendapatkan batu granit .Begitu juga Lembah Bama turut mengeksport emas keMesir dan Semenanjung Arab seperti yang pernah saya tulis dalam blog saya http://sungaibatuderelong.blogsport.com
Bersambung dengan strategi lain-lain
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment