Tuesday, April 6, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XVII (Strategi Peperangan)


3.Strategi Menggunakan Burung Geroda- dalam Hikayat Seri Rama saya dapati peranan burung geroda dalam membantu Seri Rama menentang Raja Rawana.Hal ini dicoretkan oleh penulis hikayat ini dihalaman 243-244 ,seperti berikut :-

"...maka Seri Rama pun segera menyuroh memanggil geroda Maha Bira.Dengan seketika itu juga geroda Maha Bira pun datang sa-ketika itu juga menghadap Seri Rama.Maka ia datang itu dengan segala bala tenteranya, luas naung-nya itu tujuh yujana bumi semuanya teduh oleh naungnya itu.Maka Seri Rama pun memberi titah kepada geroda Maha Bira," Hai geroda Maha Bira, akan sekarang tuan hamba hulubalang besar,jika ada kaseh tuan hamba,tolonglah hamba sekarang ini ".Maka sembah geroda Maha Bira,"Ya tuanku Shah Alam adapun patek ini hamba,yang mana titiah Yang DiPertuan patek junjong ".Maka titah Seri Rama,"Hai geroda Maha Bira, akan sekarang tuan hamba menjadi atap,hamba, menjadi tiang,Hanuman menjadi dinding supaya terpelihara segala bala tentera kita sakalian".Sementara Seri Rama berkata-kata dengan geroda Maha Bira maka hujan batu pun turun dari udara dengan seketika itu juga beberapa laksa kera mati berkelilingan di-hadapan Seri Rama.Maka Seri Rama pun melihatkan hal demikian maka geroda Maha Bira pun segera mengembangkan sayapnya barang ada hujan batu itu semua jatuh kapada geroda Maha Bira.Maka segala raayat Seri Rama pun semuanya berperanglah dibawah sayap geroda Maha Bira."

Analisis- geroda bagi kita semua semacam mitos, tetapi pada hakikatnya adalah relaliti.Species ini masih terdapat diIndonesia, malahan banyak lambang-lambang agensi kerajaan Indonesia menggunakan lambang burung geroda.Malahan penerbangan Indonesia dinamakan sempena geroda ini, iaitu Garoda.Begitu juga banyak arca-arca diIndonesia dibina berbentuk burung geroda.Dalam edisi kali ini saya paparkan Monumen Garoda untuk tatapan anda sekelian.Justeru itu dalam pembuktian sejarah perkaitan kisah-kisah dahulu dengan realiti sekarang memainkan peranan penting bagi membuktikan fakta-fakta sejarah itu benar atau tidak, natijahnya dalam Hikayat Seri Rama telah saya buktikan peranan Geroda dalam membantu Seri Rama berperang itu ada significantnya dimana bukti burung geroda wujud hingga sekarang dimana speciesnya adalah kecil sekarang.Begitu jugalah dengan hujahan saya yang dibentangkan dalam Kajian Lembah Bama bahawa daun asam jawa dahulunya sebesar daun keladi birah dahulu dan sekarang lebih kurang sebesar jari sahaja.Jadi analoginya tetap sama.

Bersambung dengan strategi lain-lain

Dr Aminudin

No comments: