Saturday, April 17, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Sweden Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu-Siri 2


7." Man marker andras fel ach glommer sina egna " (Kita sering mencari kesilapan orang lain sedangkan kita mudah melupakan kesilapan kita )

Peribahasa kita tentang silap pun ada diantaranya berbunyi Silap Haribulan bermakna tidak kena pada masanya,Silap Gayung bermakna silap tindakan.Silap cakap kena radak,hilang nyawa percuma saja bermakna kalau silap cakap boleh membawa maut.Silap alamat bermakna silap tempat yang hendak ditujui.

8."Dom ej allt du ser,tro ej allt du hor,gor ej allt du kan,sag ej allt du vet,fortar ej allt du har,lat veta vad du har i hjartat eller pungen " (Jangan menilai apa yang anda lihat,jangan percaya apa yang anda dengar,jangan buat semua yang anda boleh,jangan anda bercakap semua yang anda tahu,jangan makan semua yang anda ada,jangan ada orang tahu apa yang ada dalam hati anda dan dalam dompet anda "

Peribahasa kita tentang jangan agak banyak juga,umpamanya Jangan bagi orang berjudi,senang alah hendak membela yang bermaksud perbuatan negatif tentu banyak keburukannya.Jangan berebut tembikar pecah bererti jangan berkonflik kerana perkara yang merugikan.Jangan ditentang matahari condong bermakna jangan buat orang besar marah.Jangan membuat baik,memberi itik bertaji,membuat jahat,sampai ayam dikerat susuhnya bererti memberi yang baik biar kena tempatnya.Jangan seperti sibuta mematah tongkat bermakna jangan bermusuh dengan orang yang menolong kita.Jangan dikejar gunung balam,hilang kabus tampaklah ia bermakna jangan terburu-buru mengejar apa yang diidamkan dan Jangan sangka ikan lais tidak menyengat bermakna jangan sangka orang kecil tidak berbahaya.

9."De ar inte jungfrur alla sam bar kransar " (Selalunya sesuatu yang tidak asli/suci akan disembunyikan "

Pepatah kita ada mengatakan Tutup mulut, terbuka pusat,lepas kaki leher terjerat,bererti terlampau banyak salah tidak dapat disembunyikan.Tutup lubang,gali luang bermakna berhutang untuk membayar hutang.Tutup hati ialah tidak mahu mendengar apa-apa alasan lagi.

10. "Allmosa minskar inte,kyrkogang hindrar inte "(Seorang itu tidak akan jadi miskin kalau berkawan dengan orang miskin,kita perlu banyak masa untuk memberi kasih sayang kepada orang yang kita sayangi )

Peribahasa ada mengatakan Orang kaya jangan dilayan,orang miskin jangan dihina bermakna ingat sikaya boleh jadi papa dan miskin boleh jadi kaya.Begitu pula pepatah yang berbunyi Sayang emak sayang sahaja,sayang bapa menambah harta,sayang saudara sama-sama ada bermakna kasih ibu,kasih sejati,kasih bapa kalau ditaati dan kasih saudara mara kalau berharta.

Dr Aminudin

No comments: