Saturday, April 10, 2010

Memperkenalkan Peribahasa Sweden DiGandingkan Dengan Peribahasa Melayu -Siri 1


Saya telahpun menyudahkan Edisi Peribahasa Jepun Digandingan Dengan Peribahasa Jepun sebanyak 100 Peribahasa Jepun.Kini saya ingin menulis pula tentang Peribahasa Sweden yang dengan digandingankan dengan Peribahasa Melayu sebanyak kira 100 Peribahasa Sweden pula.Peribahasa Sweden akan saya sertakan juga dengan ungkapan dan skripnya.


1." Man berommer for att beromd igen " (Kita memuji untuk mendapat pulangan dari segi pujian dikemudian hari )

Simpulan bahasa kita ada berbunyi Ampu bodek yang bermakna berbuat sesuatu untuk mendapat pujian.Manakala Pujuk Rayu adalah godaan kata-kata.

2." En stang kravare ar ofta en slat betalare " (Pemberi pinjaman selalunya merupaan juga pembayar yang lembab)

Pepatah Melayu tentang hutang seperti Hutang biduk belum langsai,hutang pengayuh tiba pula,yang bererti hutang lama belum dibayar,hutang baru sudah ditangih.Hutang kayu ara pula bermakna orang besar kalau berhutang tidak mahu membayar.Hutang lapuk ialah hutang yang lama tidak dibayar.Hutang samir belum langsai,hutang kajang tumbuh pula brmakna hutang dulu belum habis dibayar,mintapun hutang baru.Akhirnya Hutang budi, maknanya Jasa.

3." De ar inte alla kariar sam bar byxor " (Tidak semua Lelaki memakai seluar panjang (kadang-kadang sifat lelaki keperempuanan)

Simpulan bahasa kita ada berbunyi Lemah Gemalai yang bermakna gerak lemah lembut.Lemah hali bermakna mudah dipengaruhi.Namun kontra dengan pepatah yang berbunyi Lemah tak tersudu,keras tak tertakik, yang bermakna pendirian yang kuat.

4."Man kysser barnet och menar amman " (Banyak mencium kanak-kanak dia dikatakan jururawat )

Cium hujung sepatu bererti meminta maaf.Cium jejak bermakna merasa curiga.Cium tapak tangan,berbau atau tidak pula bermakna sedarkan diri sendiri sebelum mengatakan orang lain.Bau malaikat terempas bermakna sangat harum.Bau-bau bacang ialah mempunyai tali persaudaraan yang jauh.Manakala bau busuk tidak berbangkai bermakna fitnah yang tidak ada bukti.

5."Det ante mej,sa han som blew utsparkad " (Saya sangkakan ia mungkin terjadi tetapi sebaliknya saya yang ditendang keluar )

Harap hendak meraup tidak boleh mengenggam bermakna hendak tunjuk mewah,lansung papa.Harap lenggang serdadu,destar teleng,belanja kurang yang bermakna lagak macam orang kaya tetapi miskin.Harapkan kuning kuah kambih,cangkuk terubuk ditinggalkan yang bermakna mengharapkan untung besar yang belum tentu yang ada telah dibuang. Harapkan siuntut mengamit,kain koyak diupahkan yang bererti percayakan kepada orang yang malas.

6." Ma aven den andra parten horas " (Biarkan orang lain mendengarinya juga (sebelum kamu membuat keputusan)

Hukum berdiri dengan sakti,ada berdiri dengan tanda bermakna hukum agama kuat oleh bukti,hukum adat kuat oleh tanda bukti.Hukum perdata bermakna undang-undang berkaitan hak,harta benda dan perhubungan awam.Hukum yang rata, adat yang datar ,bermakna sama baik,.Dengar cakap enggang, makan buah beluluk,dengar cakap orang terjun masuk lubuk yang bermakna jangan suka dengar cakap orang sahaja.Dengar cerita burung,anak dipangku dilepaskan bermakna terpengaruh dengan cakap orang, hingga mengetepikan urusan sendiri.

Dr Aminudin

No comments: