Wednesday, April 21, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XXII (Pembuktian Ianya Ditulis Oleh Orang Lembah Bama)





Purwa dapat dikesan dengan inskripsi yang saya teliti dan paparkan kepada pembaca budiman sekelian, dimana inilah akan membuktikan Hikayat Seri Rama adalah naskhah yang tertua diNusantara.Tulisan yang disunting oleh Asmah Haji Omar (2009) yang saya paparkan diatas berjudul Inskripsi Melayu SriWijaya dengan jelas menunjukan pengaruh bahasa Sanskrit dalam Bahasa Melayu yang terjemahan seperti berikut :-

" Kejayaan!Kemakmuran!Pada Caka 605, pada hari kesebelas bahagian pertama bulan Vaicakha,Baginda naik kapal pergi mencari kuasa sakti.Pada hari ketujuh dari bahagian pertama bulan Jyestha,Baginda melepaskan diri dari...Baginda memimpin tentera yang terdiri daripada dua puluh ribu (orang);para pegikut ...yang berjumlah dua ratus yang belayar dengan kapal para pengikut yang berjalan kaki yang berjumlah seribu tiga ratus dua belas orang sampai menghadap (raja?)bersama-sama dengan begitu gembira.Pada hari kelima bahagian pertama bulan...baru,dengan gembira,datang dan membina sebuah negeru Sriwijaya,yang mempunyai kuasa sakti "(Asmah Hj Omar,2009:12)

Analisis-Inskripsi diatas dikenali sebagai Inskripsi Kedukan Bukit(Palembang) yang dijumpai pada 29 November 1920 diKampung Kedukan Bukit ditepi Sungai Talang dikaki Bukit Seguntang,Palembang,Sumatera.Inskripsi ini bertarikh 605 Tahun Caka iaitu 78 tahun lebih awal dari Tahun Masehi.Tahun Caka mengambil sempena nama Aji Saka yang datang ketanah Jawa.Dari terjemahan diatas dapatlah kepada kita fahami bahawa peranan Raja sebagai pemerintah dan juga mempunyai kuasa sakti.Disamping itu diterangkan baginda menaiki kapal untuk mencari kuasa sakti.Ini selaras dengan kisah didalam Hikayat Seri Rama yang baginda mempunyai kuasai sakti dan mempunyai bala tentera yang besar yang pernah saya huraikan bila menentang Seri Rama menentang Raja Rawana.Dari segi istilah "Naskhah " pula telah saya definisikan sebelum ini iaitu " apa jua tulis yang tertulis baik diatas kertas,kayu,batu,kulit,belulang,dinding,upih dan sebagainya (lihat Edisi Atipan(Arrangement) VI.Sekarang lihatlah pula kepada Inskripsi Talang Tuwo (Palembang) seperti dibawah yang terjemahannya seperti berikut :-

"...Pada tahun caka 606,Pada waktu itu kebun (yang bernama)Criksetra dibina dibawah pimpinan S.M.Cri Jayanaca.Inilah hajat Baginda, semua yang ditanam disini,iaitu kelapa pinang,pokok tebu,pokok rembia dan pelbagai pokok lain dengan buahnya yang boleh dimakan serta buluh haur,vuluh dan pattum dan juga taman-taman yang lain dengan empangan,kolam dan semua jasa baik yang beta buat digunakan untuk kebaikan kepada semua orang dalam perjalanan atau tidak dan semua yang ditanam ini merupakan cara yang baik atau tidak untuk menikmati kebahagian... hendaklah mereka dilahirkan sebagai lelaki yang hidup sendiri menerima bekas dari Batu yang mengkagumkan,biar mereka menguasai kelahiran,mneguasai karma buruk dan hendaklah mereka akhirnya mencapai makrifat yang sepenuhnya dan yang paling tinggi " (Asmah Hj Omar,2009:22-25)

Analisis-inskripsi ini bersifat penerapan ajaran Buddha yang mahukan kesejahteraaan semua makhluk oleh Raja Jayanaca.Namun apa yang mengembirakan saya ialah latarbelakang pokok dan juga alam sekeliling yang dicoretkan itu adalah membayangkan keadaan Lembah Bama.Kajian saya terhadap Lembah Bama yang banyak terdapat pokok buluh, malahan Kampung Bukit Betong yang terdapat dalam parameter kajian saya mengambil sempena nama pokok buluh betong.Dalam terjemahan diatas ada dicatat perkataan "haur" yang saya kira ini adalah sempena istilah "aur", malahan saya yakin ini ialah Kampung Aur Gading dalam parameter kajian saya juga.Inilah significant nama tempat yang telah dicatat diBatu Bersurat DiTalang Tuwo yang bertarik 606 Caka atau 684 Masehi, terletak kira-kira 5 kilometer dari Bukit Seguntang,Palembang yang secara tersiratnya meminta kita membuat interpretasi.Paparan paling atas ialah Inskripsi Talang Tuwo (Palembang) diikuti oleh Inskripsi Kedukan Bukit (Palembang).

Dr Aminudin

No comments: