Tuesday, April 20, 2010
Memperkenalkan Peribahasa Sweden Digandingkan Dengan Peribahasa Melayu-Siri 3
11."Allvar och gamman trives garna samman" (Kesungguhan dan kegembiraan semarak bersama)
Pepatah Melayu ada berbunyi Sungguhpun batang merdeka,ingat pucuk akan terhempas bermakna bila berkerja ingat dari awal sampai akhir.Sungguhpun putarwali itu raja segala panawar tetapi kebanyakkan selera ialah hamba segala makanan bererti nasihat yang baik itu berguna tapi kebanyakan orang tidak suka.Sungguhpun lemak santan akhirnya bagi juga bererti yang cantik pun akan tua juga.Suka hati didada,ringan beban dibahu bermakna kalau suka,kerja susah terasa senang.Sukakan gaharu kerana baunya,sukakan guru kerana ilmunya bererti orang suka kerana ada feadahnya.Sukakan kemeyan, dibakar bermakna jika menghargai ilmu, hendaklah disebarkan.
12,"Nar barnet ar avvant, far amman avsked " (Bila kanak-kanak kencing, jururawat kena marah "
Kencing berdiri bermakna perbuatan yang buruk.Kena sembur bermakna dimaki.Kena bagai antan pukul kepala bermakna perbuatan salah merugikan,bila benar menguntungkan.Kena luluk kandang kering bermakna terbabit walaupun tiada kena mengena.Kena pukul dipunggung,gigi habis tanggal bererti orang lain yang disindir,orang lain yang terasa.Kena seperti santan bergula,tak kena-kena bagai antan pukul kepala bermaksud kalau betul jadi baik,kalau salah jadi susah.
13."Andra tider andra seder " (Lain masa lain pelanggan )
Banyak peribahasa Melayu mengenai lain,misalnya Lain Bengkulu lain Semarang bermakna zaman dan keadaan yang berubah-rubah.Lain mangkuk, lain cawan bermakna sesuatu yang sagat berbeza.Lain luka,lain yang menyiuk,lain sakit, lain mengaduh bermakna lain yang membuat salah, lain yang merasa susah.Lain padang,lain belalang bermakna lain tempat lain adatnya.Lain teringat lain disebut, bertukar angguk dengan ilallah bermakna lain yang yang diucap, lain yang dibuat.Lain gatal, lain yang digaru ialah lain yang ditanya, lain pula dijawabnya.
14."Gott lara av andras fel,eftersom man inte hinner bego ala sjalv" (Adalah bijaksana belajar dari kesalahan orang lain,sedangkan tidak banyak masa bagi semua orang membuatnya sendiri )
Belajar apa yang kamu tiada tahu dan mengajar apa yang kamu tahu itu ialah permulaaan langkah kejalan kemajuan bererti kalau kita tahu kita mengajar orang lain,kalau kita tidak tahu kita belajar dari orang lain untuk kemajuan.Buat dengan sekelip mata bermakna buat dengan amat cepat.Buat macam rumah sendiri bermakna jangan malu dan segan dan buat sambal bermakna mudah dikalahkan.
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment