Tuesday, April 27, 2010

Pengenalan Terhadap Kajian Hikayat Seri Rama Sebagai Naskhah Tertua DiNusantara -Atipan XXIV (Pembuktian Ianya Ditulis Oleh Orang Lembah Bama)


Kajian Dr Asmah Haji Omar,1993 mendapati nama tempat diPahang iaitu Lembah Bilut mendapat namanya tiada kena mengena dengan "belut" tetapi adalah kata yang berkognat dengan belud dalam bahasa Bajau yang bermakna BUKIT,justeru itu Lurah Bilut bermakna "Lurah Bukit ".Jika Dr Asmah mengaitkan sejarah sesuatu tempat itu dengan kognat bahasanya, maka saya pun mempunyai Teori penggunaan Bahasa kita dengan "Realiti kehidupan " kami diLembah Bama.Dimana apa yang dicoretkan dalam Hikayat Seri Rama sebagai naskhah yang tertua adalah " realiti kehidupan " orang Lembah Bama dizaman sekarang termasuklah saya sendiri.Ini akan saya persembahkan kepada para pembaca budiman sekelian berdasarkan nukilan bahasa atau kata-kata yang digunakan dalam hikayat ini.Inilah diantara bahasa atau kata-kata yang digunakan oleh pengarang Hikayat Seri Rama dalam hikayat tersebut:-

1. Mukasurat 8, " Maka bertemu Kambabarna dengan sebuah gua telah besar gunong itu lagi dengan tingginya telah sekali elok rupanya gunong itu lagi batunya dan pasirnya dan airnya pun telah tawar dan sejoknya "

Analisis- Gua (Kamus Dewan(KD) :Lubang lubang besar dikaki bukit atau gunung),Tawar (KD :Air yang tidak masin),Sejok (KD: segar dan nyaman)

Realiti diLembah Bama - Gua Bama adalah kajian saya pada tahun 2009, saya telah membuktikan dalam gua tersebut terdapat banyak pula gua-gua kecil yang melebihi 7 gua yang diberikan namanya masing-masing, misalnya Gua Kesot,Gua Pengantin, Gua Angin dan lain -lain.Dihampir Gua Bama terdapat Sungai Teris yang airnya dahulu cukup jernih dan bersih serta airnya yang begitu tawar, kadang-kadang kalau kami haus setelah memakan buah-buah dalam kebun We Muhammad ditepi sungai itu, kami meminum sahaja air sungai yang tawar itu.Manakala udara yang nyaman dan segar tepi Gua Bama dan dan Sungai Teris itu begitu sejuk terutama diwaktu pagi.Cuaca Kampung Relong dizaman saya bersekolah Rendah memang sejuk hingga ketualang-temulang.Hingga kehari ini cuaca pagi diKampung Relong masih sejok lagi ,jadi tidak harianlah kalau seratus tahun dahulu.

Ayat dari perkataan yang diatas yang masih digunakan oleh orang Lembah Bama adalah seperti berikut :-

1.1.Gua- Kami beramai-ramai mendaki Gua Bama pada hari sabtu pagi kerana dihari itu ada pekan sahari dikampung Relong.

1.2.Tawar-Air Sungai Teris yang jernih dan tawar itu kami minum untuk menghilang haus selepas penat mendaki Gua Bama.

1.3.Sejok-Saya dengan rakan-rakan seperti Abang Dolah,Miah,Dijah dan lain-lain telah bangun pagi-pagi lagi untuk kesekolah didekat Bukit Berangan itu walaupun cuaca yang begitu sejok dikampung Relong.

Bersambung (saya paparkan Buku berjudul "Susur Galur Bahasa Melayu",Asmah Hj Omar,DBP,1993 yang memuatkan pendapatnya tentang nama Lurah Bilut

Dr Aminudin

No comments: