Saturday, October 10, 2009

Recension Buku 1) Aku Buku Dan Cinta 2) Gerakan Orientalisma dan Kristianisasi



Diminggu pertama bulan Oktober, 2009 ini saya berkesempatan membaca buku berikut dan inilah recension terhadap buku tersebut :-

1.Aku, Buku dan Cinta ,karangan Dr Aidh bin Abdullah Al-Qami yang diterbitkan oleh Al-Hidayah Publication,2009.

Buku ini ditulis menarik perhatian saya sebagai peminat buku yang mana saya dapati kecintaan penulis ini adalah kepada buku-buku yang dibacanya.Buku yang dipanggil kitab oleh orang Arab itu yang menurutnya membaca tidak pernah membosankannya.Dia menjadikan kitab sebagai temannya dan kitab yang paling mulia ialah Al-Quran dan mempunyai mukjizat yang besar, selain dari itu dia membaca kitab tafsir.Dalam buku ini penulis menghuraikan beberapa kitab tafsir dan juga tokoh-tokoh ulama yang muktabar.Dalam seminggu penulis membaca mengikut jenis dan hari iaitu hari sabtu dia membaca buku kitab akidah,hari ahad dia membaca kitab fiqh,hari isnin membaca kitab tafsir,hari selasa membaca kitab hadith,hari rabu dia membaca kitab nahu, hari khamis dia membaca kitab sastera dan hari jumaat dia membaca kitab sejarah.Bila dia membaca kitab yang tidak sesuai dia tidak menyimpan kitab itu tetapi dia akan "menyoyakkan " atau pulang saja kerumah.Akhirnya beliau menyarankan kembali kepada Al-Quran dan sunnah,juga bacalah kitab para ulama yang hebat agar kita dapat melihat air mata yang sejuk.Rumusanya buku ini amat baik kita baca sebagai panduan pembacaan buku atau kitab yang ditulis oleh ulama Islam dan bukannya orientalis.

2.Buku Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi Ancaman Kepada Ummah oleh Hj.Nik Azran Muhammed dan Hj Mohd Mahadi Hj Isa,diterbitkan oleh Hijjaz Records Publishing,2009.

Buku ini menarik perhatian saya untuk mengulasnya kerana artikel yang saya tulis berkaitan dengan Ilmu Kolonial yang dicipta oleh penjajah dahulu untuk terus menjajah minda kita rakyat Malaysia.Sebenarnya sebelum penjajahan barat bermula mereka telah mengwujudkan universiti sebagai tunjang pergerakan orientalis mereka, diantara yang ditubuhkan ialah Cambridge University,Chicago University,Canberra University dan lain-lain.Orientalis ini menghasilkan pelbagai jenis buku tentang Islam dan juga menubuhkan yayasan seluruh dunia misalnya Ford Federation,Cranigy, Royal Oriental Association dan banyak lagi.Matlamat mereka adalah untuk menjauhkan umat Islam dari aqidah dan syariah Islam.Buku ini juga telah menyinaraikan penyokong atau pendokong orientalis yang boleh anda kenalpasti bila membaca buku ini.Buku ini juga menghuraikan gerakan kristian dimalaysia dan Indonesia.Rumusannya buku ini baik untuk kita ketahui bagaimana pihak orientalis mahu mencengkam negeri-negeri yang pernah mereka jajah tetapi yang paling kita takuti ialah mereka ingin memesungkan akidah kita. Sekian dan Selamat Membaca.

Dr Aminudin

No comments: