Thursday, October 22, 2009
Anekdot 14- Cendawan@Kulat Dan Hantu
Sebut saja cendawan atau kulat pada hari ini semua orang tahu.Banyak sekarang cendawan dijual dipasar-pasar malam dan juga supermarket yang dikenali dengan cendawan tiram.Saya dizaman bebudak dahulu disungaibatudeRelong banyak mendapati cendawan yang sedap untuk dimakan.Diantaranya yang pernah saya coretkan ialah kulat sisir yang kami kutip pada dahan-dahan getah dikebun getah kami diBukit Perupok bila kami menanam semula getah untuk mendapat bantuan RISDA.Kulat sisir ini memang sedap dimasak lemak cili padi.Hari ini agak jarang lagi saya perhatikan ada dijual dipasar tani tempat kami diKuantan tetapi seingat saya pekan sahari pada hari minggu diTemerloh memang ada dijual kulat sisir.Kajian tentang kulat diMalaysia agak sedikit dan ini perlu diperbanyakkan kerana kulat atau cendawan mempunyai khasiat dan ada syarikat yang mengusahakannya seperti Gano.Cendawan lain seperti cendawan susu (Marcrolepiota procera) dizaman saya bebudak memang banyak tumbuh selepas hujan terutama dekat busut-busut rumah kami ditepi gua bama itu.Mengikut emak bila banyak kekatu datang kerumah itu tanda akan banyak cendawan tumbuh.Cendawan susu ini saya kutip dan emak akan buat sayur cendawan secara "masak air " yang membuat saya makan banyak nasi dan sampai tersandang kedinding kekenyangan.Begitu juga dengan kulat tahun yang warnanya putih bercampur coklat muda itu banyak juga tumbuh dekat rumah kami dan padang Pakangah Man bila banyak akan kami kutip dan jual kepekan sari Kampung Relong bersebelahan Kampung Bapong itu menjadi minat orang ramai membelinya.Kulat ini memang besar kepalanya (cap)yang saya usap bila mencabut dari tanah takala mengutip.Kulat-kulat yang berbagai jenis menang cantik dan berwarna warni.Ada kulat yang boleh dimakan dan ada yang beracun.Kulat yang beracun yang kami masih ingat dan saya selalu sepak ialah Kulat Pelir hantu dan berbau busuk pulak.Inilah mengingatkan saya pada hantu yang selalu ditakutkan oleh orang-orang tua kepada bebudak masa dahulu.
Diantara hantu yang selalu ditakut kepada kami masa bebudak dahulu ialah Hantu Kopek yang kalau kami selalu balik lambat kerumah dan hari dah gelap, kami ditakutkan dengan hantu kopek.Mengikut orang-orang tua yang menyakat kami itu mereka mengatakan hantu kopek selalu menyembunyikan budak-budak bawah kopeknya yang membuatkan orang tidak nampak budak itu dan dia pula menjadi lemas kerana dihempap oleh kopeknya itu.Kami bebudak masa itu jadi takut bila sebut hantu kopek ini.Selain dari itu seperti saya pernah coretkan dalam blog ini saya dan Abang Mat pernah berjumpa hantu bila hendak mengutip burung merebah yang kena getah terap.Hantu ini mengikut Abang Mat ialah hantu tinggi yang tingginya macam pokok kelapa.Disamping itu juga semasa kami balik dari mengemping yang kami buat dirumah Cik Pah (emak pada abang Dollah Sidek) kami juga dikejar oleh hantu api yang membuat kami lentang pukang lari dan abang Hamed jatuh dalam gedung Wan Kiah. Inilah kisah-kisah hantu semasa saya kecil yang pada hari ini kisah hantu dan seram semakin banyak dalam film dan televesyen kita yang merupakan satu fenomina yang perlu dikurangkan atau tidak patut dikembangkan.
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment