Kampung kami disungaibatudeRelong dahulu tidaklah begitu banyak memelihara biri-biri mahupun kambing.Namun begitu seingat saya ada juga beberapa ekor biri dan kambing yang ayah bela.Rebannya seingat saya ayah bina ditepi paya dekat kebun getah kami yang bersebelahan rumah Ciku Bakar sebelum kami pindah kesitu akibat pembinaan kuari Guabama yang percikan batu "sebedor" yang menghentam rumah lama kami dekat GuaBama itu.Reban ini saya lihat ayah buat dengan tiang-tiangnya dari pokok kelat dan juga kemuning, manakala dindingnya dari kepingan papan yang saya kira tidak diketam dan lantainya dari kayu-kayu kelat dan juga buluh.Manakala tangganya kalau tidak salah saya dari batang kelapa yang dibelah dua.Tugas saya masa bebudak ialah memberi biri-biri ini makan dan saya lihat biri-biri ini suka juga memakan daun menerung dan rumput dalam paya.Jadi bila "menerang" sawah padi ayah dan emak mencabut menerung dan rumput dalam sawah serta mengumpulnya dan meletakkan diatas batas yang kemudian saya kutip dan memberi makan kepada biri-biri tersebut.Satu perkara yang betul tentang membela biri-biri ini ialah kita kena" mengasapnya " kerana ia mudah kembung, jadi terpaksalah saya mencari sabut kelapa dan kayu-kayu kecil dan membakarnya dibawah reban biri-biri itu, apa yang melemahkan saya ialah asap yang bakar itu selalu "mengurung" saya, entah kenapa, saya pun taktahu.
Tentang biri-biri ini semasa saya bertugas diBahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam ,saya berkesempatan melawat Univeriti-universiti diAustralia dan juga ladang biri-biri.Disana dipanggil Sheep Station, manakala pemilik ladang dipanggil Grazier berbanding dengan diAmerika ,ladang biri-biri digelar Ranch, manakala pemilik ladang digelar rancher.Ladang biri-biri terbesar didunia terletak diAustralia iaitu di Anna Creek diAustralia Selatan yang mempunyai keluasan 6,000,000 ekar.Ladang-ladang diAustralia mempunyai rumah perkerja,kilang menyembelih dan memproses daging, tasik dan empangan dan juga landasan kapalterbang kecil bagi membolehkan doktor haiwan melawat ladang yang dikenali Royal Flying Doctor Service. Inilah sistem perladangan moden yang ada disana berbanding dengan kita membela biri-biri secara kecilan dan inilah dikatakan "lain padang lain belalang".
Bila biri-biri kembung dan sakit perut ia boleh mengakibat ia mati dan kadang-kadang terbongkang ditengah jalan menuju kerumah Pakangah Man.Saya sudah tentu sedih dan memberitahu ayah yang biri-biri kami telah terbongkang tengah jalan itu.Saya selalu mencari Jefri dan Alim membantu kami membuat lubang bagi ditanam biri-biri yang terbongkang mati itu.Ada juga kami dapati kadang-kadang kerbau yang tidak dikenali tuannya terbongkang dilanggar lori balak dijalan Padang Tengku keKuala Lipis tengah kampung kami itu yang kadang-kadang telah berbau busuk sudah lama terbongkang barulah diambil orang untuk ditanam.Saya pun kadang-kadang mendapat tahu ada lembu atau kerbau yang terbongkang setelah dilanggar kereta atau lori diambil orang dan dijual dagingnya kepada orang ramai dan saya agak geli hati juga bila mengingatkan ADO(Penolong Pegawai Daerah)bernama Samsudin yang hendak pergi mesyuarat diTemerloh boleh terlanggar babi tunggal yang terbongkang ditengah jalan yang mengakibatkan kakinya sakit hingga sekarang dan keretanya rosak teruk masuk longkang.
Dr Aminudin
Wednesday, October 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment