Friday, October 16, 2009
Kampung Relong Sebagai Pusat Pentadbiran Pahang Purba Bukannya Pekan Seperti Disangkakan
Nukilan berikut adalah dari buku saya yang berjudul " Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal bagi Asia Tenggara Dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap Dilembah Bama (kg.Relong)",2009.
" saya berpendapat Lembah Bama adalah pusat pentadbiran Pahang sejak era zaman batu hinggalah kedatangan Islam.Perkara ini sering dilihat bahawa pusat pentadbiran Pahang lama adalah ditepi pantai.Pendapat bahawa pentadbiran Pahang adalah terletak ditepi pantai tidak benar kerana menurut Rahmat Topani(1990) harimau memang banyak diPahang dan ini dapat dilihat taburannya dilembah Bama.Nama Gua bama yang ada diKampong Relong itu berasal dari nama harimau jadian yang lapar dan ada kaitan dengan semangat juang masyarakat Melayu.Bekas tapak harimau dalam gua itu dikatakan diambil oleh penghulu Telang dengan dihadiahkan kepada Muzium Pahang dan perkara ini disahkan oleh ayah saya seorang peminat sejarah diRelong.Noriah Sulung juga (1996) pernah mengatakan Dato Bahaman pernah bertapa diUlu Teris dan ini tidak tepat bagi saya kerana orang biasanya bertapa digua, jadi saya pasti dia bertapa diGua bama.
Dr Cant sendiri berpendapat bahawa politik Pahang bermula dikawasan pendalaman dimana beliau menulis " the Pahang was not exporting gold via east cost but imply the interior of the state was under independent control" (Cant,1972)dan apa yang menyakinkan saya lagi bila saya melihat peta Asia Tenggara diabad ke13 itu ia melalui betul-betul ditengah lembah bama.Tan-Ma-Ling juga terletak diLembah bama telah saya bentangkan hujah-hujan dalam buku ini terlalu banyak emas dan diperbuat barang emas.Disinilah barang itu didagangkan dizaman pemerintah Dvaravati.
Pendapat Haji Buyung Adil bahawa Pekan adalah ibu negeri Pekan lama adalah tidak benar kerana Pekan airnya amat dalam dan tiada usaha melombong emas dan tidak banyak gajah ,seladang dan rusa ketika itu.Saya melawat Bukit Perupuk banyak buahan hutan disana dan Kampong pun dalam Lembah Bama banyak yang bernama pokok buahan seperti Kg.Berchang,Kg.Tanjung Jambu,Kg.Petai,Bukit Ara ,Bukit Limau dan lain-lain.Berbanding dengan Pekan tidak banyak nama tempat bernama pokok buahan.Cuba lihat tulisan Tan Sri Lanang dalam Sejarah Melayu yang menulis tentang ibu negeri Pahang purba berbunyi " Pahang itu sebuah negeri Purnamanya, air sungainya tohor,pasirnya terlalu bersih,air sungainya tawar datang kelaut dan ada emas urai disana dan padangnya amat luas dan isi hutanya gajah,seladang, rusa dan beruk ".Hujah-hujah saya boleh saudara sekian ikuti dalam buku diatas.
Kesimpulannya Teori Pentadbiran Negeri Pahang dizaman silam terletak dipendalaman dan ianya adalah diKampung Relong.Catatan bahawa perkataan Tajau adalah bermaksud Kuala Pahang tidak benar kerana diLembah bama terdapat juga kampung Tanjung Jambu dan juga Kampung Tanjung Sekali iaitu disungai Kechau (Zakaria Hitam,1991).Saya selanjutnya menghurai pola komunikasi dan pentadbiran diLembah bama yang ditunjangi oleh Kampung Relong iaitu :-
1.Pusat Pentadbiran dan Kebudayaan diantara Kg Relong ,Kg.Gua dan Kg.Kuala Telang
2.Pusat Pentadbiran dan Perdagangan diantara Kg Relong,Kg.Kuala Medang dan Kg.Aur Gading.
3.Pusat Pentadbiran dan Pusat Pengeluaran Pertanian dan Perlombongan diantara Kg Relong,Kg.Beletik dan Kg.Bertam
Sekian dahulu diharap bertemu dinukilan lain pula dari buku tersebut.
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment