Monday, October 12, 2009

Anekdot 7-Baji,Beliong dan Beluru(Entada Rheedii Spreng)

Kami disungaibatu deRelong mengunakan alat-alat pertanian seperti pengali,cangkul,dan tukul secara kerap.Namun begitu ada kala ianya patah atau tercabut "tarannya" jadi kami terpaksa membaikinya atau memberikan "taran" yang baru kepada peralatan tersebut.Bagi melekatkan "tarannya" itu bagi kemas dan kejap ,kami menggunakan baji yang biasanya kami buat dari kayu yang kukuh dan keras, misalnya kayu kemuning atau merbau.Peranan baji disini adalah sebagai penyendal atau pengetat mata cangkul, pengali atau tukul dengan "tarannya" itu.Saya teringatkan baji ini bila kami disungaibatu berderau mencangkul atau membajak sawah menggunakannya.Bila cangkul emak dan kawan-kawan seperti Akak Nab, Akak Siti,Wan Kiah dan lain-lain yang cangkul-cangkul mereka dah jadi longgar bila berderau itu, sayalah kena membaiki dengan membuat semula baji dan memasangnya.Saya gembira membantu mereka membuat dan memasang baji ini, kerana bila baji dipasang pada cangkul biasanya saya akan mengetatnya dengan mengantuk-mengatukkanya pada batu besar dan ini mendatangkan bunyi yang amat menarik dan mengembirakan saya, lagipun ia bergema hingga kegua Bama yang berhampiran dengan rumah kami itu.

Beliong pula adalah sejenis alat menebang pokok dan memotong kayu yang saya dapati jarang lagi ada sekarang.Matanya yang tajam itu ,biasanya kami tempah dibengkel Hassan Titik yang pernah saya coretkan dalam blog ini.Mata yang tajam itu diikat pada "tarannya" dengan rotan manau yang kukuh.Alat ini dahulu digunakan oleh orang kampung untuk menerang hutan bagi dijadikan cerang atau ladang mereka.Hari ini beliung telah diganti dengan jentera pemotong pokok bergergagi yang menggunakan mesin yang mereka panggil "chengsaw ".Inilah alat gergaji yang banyak memusnah pokok-pokok besar dihutan negeri Pahang ini dan hutan kita terang benderang dan banyak pokok-pokok buahan hutan telah tiada lagi, sebab itu saya terpaksa menulis blog ini tentang pokok dan buahan hutan yang unik seperti keranji,tualang,kerdas,tampoi,kepayang,perah,keladan,kemuning,merbau dan lain-lain untuk kenangan saya yang pokok-pokok itu pernah hidup diRelong dan saya pernah menikmati buah-buahnya atau menggunakannya.

Beluru adalah sejenis pokok menjalar yang banyak hidup ditepi hutan dan juga tepi sungai.Pokok ini memang banyak terdapat ditepi GuaBama.Pokok beluru ini mengingatkan saya dimasa berkhidmat dengan agensi keselamatan dahulu yang kami membuat latihan diTapah dimana diajarkan oleh S.Waran bagaimana untuk survive dalam hutan bila kehabisan air miuman.Jadi jalan yang paling selamat ialah mencari akar pokok beluru inilah dengan mencantasnya dan akan terdapat titisan air didalamnya yang boleh kita minum.Satu lagi pokok (batang) beluru ini kalau ditumbuk lumat dan kemudian direndam dalam air boleh digunakan untuk menuba ikan.Saya pernah mengikut Abang Mat Renek yang cuba untuk menuba dilubuk-lubuk diSungai Teris dan kami mendapat banyak ikan sebarau dan lampang.Abang Mat menggunakan teknik menuba ini kerana maklumlah lubuk-lubuk itu dalam dalam kalau kami turun memasang jaring kesungai itu kami takakan jejak sebab airnya dalam lagipun saya masih budak .Malahan kami juga takut "chengkelek".

Dr Aminudin

No comments: