Kadang-kadang saya teringkatkan juga Makandak Minah yang pernah saya paparkan gambarnya dalam blog ini.Makandak sering juga datang kerumah kami disungaibatu bila dia ada masa lapang.Dia selalu berborak dengan Wan, Emak,Akak Siti, Akak Milah,Akak Nab dan lain-lain serta juga dia datang untuk mencari mengkuang dekat gedung batu wan kami itu.Mereka semua memang tahu kenakalan saya dimasa kecil yang selalu hendak itu dan ini dari mereka.Masa saya kecil memanglah saya selalu meminta itu dan ini.Saya sebagai budak lelaki memang selalu pula berkawan dengan bebudak perempuan lain seperti anak Pakencik Akob, iaitu Kakak Milah dan Miah (kawan seumur saya), anak Pakwe Muhammad seperti Akak Yah, Akak Munah, Dijah dan Emah dan anak Makandak iaitu Azi ketika itu, Manakala Ainon seingat saya belum ada lagi.
Jadi bagi kaum perempuan bila berjumpa dan berborak tentulah hal-hal urusan rumah tangga dan juga berkaitan dengan pekara membeli barang perhiasan seperti gelang, cincin,subang,anting-anting,rantai leher dan sebagainya.Dalam beborak itu Makandak ada cadangan untuk membelikan anting-anting untuk Azi.Jadi apa lagi saya yang ada duduk tercatuk dekat mereka yang berbual dipelantar rumah kami yang menghadap gua bama ketika itu turut mahukan dibelikan anting-anting itu.Saya meminta emak menyuruh Makandak membelikan " barang" itu untuk saya juga.Mereka semua ketawa dan mengatakan yang saya tak perlukan "barang " itu.Saya apa lagi terus menjerit dan mahukan barang itu dibeli juga oleh Makandak.Saya turun dari pelantar dan ketanah serta bergoleng-goleng atas tanah depan pelantar tempat mereka berborak itu sambil menangis.Akhirnya emak bersetuju menyuruh Makanadak membelikan "Barang" itu dikuala Lipis nanti.Jadi pada masa yang telah ditetapkan kami iaitu Pakandak,makanda,emak saya, bersama anak-anak makanadak iaitu Manan,Azi,Nuar dan Zahar kami pergi keKuala lipis membeli barang itu.Akhir bila telah dibelikan oleh Makandak untuk Azi sepasang anting-anting dan sepasang lagi untuk saya, barulah saya tahu apa itu anting-anting.Saya berasa amat malu,dan kemudian menyuruh emak simpan sahaja namun apakan daya saya ketika itu hanyalah seorang budak yang nakal masa itu.Setelah itu kami bergambar dan gambar itu masih kami simpan dan bila saya menatapi gambar itu saya teringatkan Makandak dan Azi yang telah tiada lagi dan juga kenakalan saya .
Dr Aminudin.
Sunday, October 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment