Saya pernah mencoretkan tentang semasa kecil disungaibatu deRelong saya sering mengikut emak ketempat orang kenduri kahwin.Dalam blog saya tentang "bawang " ada saya ceritakan kami yang datang kerumah orang membuat persediaan sebelum kenduri kawin melakukan kerja-kerja seperti mengupas bawang besar dan kecil juga kerja-kerja lain seperti mengupas kentang, mengupas keledek, menyiang labu, mengupas nyor dan sebagainya.Saya sering mengikut emak kerana dia terpaksa membawa saya kerana tiada orang dirumah.Ayah pergi menoreh getah diTeha dan kalau ada wan saya tinggal dengan wan, namun wan juga sering pergi kerumah anak-anaknya yang lain iaitu PakWe,Pakencik,pakatih dan Pakandak.Jadi banyak juga rumah orang kenduri kahwin yang saya pergi dengan emak membantu mereka membuat kerja-kerja persiapan kenduri kahwin.Apa yang saya ingat ialah semasa Akak Milah nak kahwin saya dan emak memang tidak kemana hanya dirumah Pakencik membantu mereka membuat persediaan itu.Wan pun dah duduk rumah Pakencik bila berlaku perkahwinan itu.
Orang memang ramai datang membantu baik dari Bapong,Behrang dan Berchang bila Akak Milah kahwin ini dengan Abang Mat Skuter.Saya seperti biasalah membantu orang perempuan lain mengumpulkan bawang-bawang besar dan kecil yang telah dikupas mahupun dibelah kecil-kecil.Disamping itu ada juga mentimun muda yang telah dikerat-kerat barang sepanjang dua inci dan tebal kira suku inci.Saya memang suka makan acar mentimun muda terutama yang dimasak dengan taucu, ikan bilis dan lada besar yang kami panggil disungaibatu sebagai lada "pegor".Dalam mengupas dan memotong mentimum muda ini kita akan membuang "empulur"nya yang menjadi kegemaran saya juga dibuat air "mempulur" mentimun muda dengan dibancuh dengan gula batu.Kalau dibuat memang sedap.Selain dari itu saya juga suka membelah kelapa yang telah dibuang kulit dan sabutnya itu yang kalau saya lihat ada tunas atau cambahnya untuk saya pecahkan buah kelapa itu untuk diberikan pada orang-orang perempuan yang datang mengukur kelapa dalam kerja-kerja berderau ditempat orang kenduri itu.Saya suka memakan " tombong" yang biasanya terdapat dalam buah kelapa itu.Dalam kerja kahwin Akak Milah ini saya berlawan dengan akak Milah memakan lada, ketika itu memanglah lada "pegor" tidak pedas,kalau ada yang pedas saya akan minum air mentimun yang saya buat dengan gulabatu itu.Bila sampai kebahagian cabar-mencabar oleh Akak Nab supaya kami makan ciri padi, apalagilah sebagai budak yang terkenal nakal masa itu, saya makan seraup ciripadi, apalagi meletuplah mulut saya kepedasan dan tiada jalan lain meminum air kelapa yang disimpan dalam besen ditanah bawa pokok mempelam dekat parit rumah pakencik itu dan mencurah keseluruh badan.Akak milah juga habis muka merah macam terbit api kepedasan dia berlari kedapur rumahnya mencari gula.Peristiwa ini selalu saya ingat pada Akak Milah hingga sepanjang hayat saya.Saya juga berharap dia terus menanam cilipadi dekat rumahnya diJengka 8, bagi mengatasi harga cilipadi yang agak mahal sekarang dan juga kenangan kepada telatah kami dimasa dahulu.
Dr Aminudin.
Tuesday, October 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment