Rumah lama kami disungaibatu deRelong terletak ditepi gedung Wan dan juga Guabama memang begitu banyak kenangan.Justeru itu saya telah mengarang banyak kenangan-kenangan tentangnya.Inilah rumah lama tempat saya dilahirkan.Disamping terdapat batu-batu besar tempat emak menjemur padi ianya juga banyak pokok-pokok buahan yang hidup dikawasan itu.Pokok yang saya ingat ialah manggis,bidara,rawa,limau bali,rambutan gading,jambu bertih,jambu bangkok,jambu batu,rambutan,langsat,belimbing,kelapa, pinang dan mempelam. Rumah kami juga terletak ditepi paya atau sawah kami ditepi Gua tersebut.Dipaya inilah yang banyak saya coretkan tentang mencangkul sawah, menanam padi ,mengubah, menuai, mengemping,mengirik dan menumbuk padi .Selain dari itu ayah membina sebuah reban ayam yang agak besar juga dekat pokok durian yang menghadap kepaya kami itu.Direban inilah ayah membela ayam dan juga itek.Atap reban ayam kami dibuat dari daun pedor dan juga beberapa sangkar ayam yang dibuat dari daun rembia.Dimasa saya kecil ayah selalu menyuruh saya memberi makan ayam dan itek kami dengan padi,rembia,nasi yang takhabis kami makan dan juga kadang-kadang gondang yang pernah saya ceritakan.
Saya memang suka juga makan ayam kampung dan juga telur itek yang dimasak lemak dengan dicampur dengan ubikayu atau rebung oleh emak.Telur ayam kampung pula saya kadang jual kepekan sari kampung Relong yang bersempadan dengan kampung Bapong bagi duit belanja sekolah.Kadang-kadang bila ayam kami membiak ayah ada juga menjual ayam-ayam kampung kami ini kePadang Tengku yang biasanya dia isikan ayam-ayam itu dalam Tengkalang yang diperbuat dari buluh.Mengenai kami memelihara ayam ini perkara yang saya tidak boleh lupalah bila ayah membawa balik ubi gadung (dioscorea hispida) dari Bukit Perupuk setelah dia menerangkan kebun getah kami yang telah ditanam semula.Ubi ini hidup dikebun getah itu bersama ubi kemili yang ayah tanam.Jadi bila lihat ubi ini terletak dibawah pelantar rumah kami, saya mengambilnya untuk diberi makan ayam-ayam kami kerana masa itu padi untuk ayam telah habis dan juga rembia belum lagi ditebang batangnya untuk kami beri makan ayam dan itek kami.Memang seronoklah memotong-motong ubi gadung itu dan diberi makan ayam-ayam itu.Mereka berebut-rebut memakan ubi tersebut dengan lahapnya maklumlah lapar.Namun tidak lama selepas itu saya lihat ayam dan itek-itek kami terhuyung- hayang dan kesemuanya rebah.Saya ingat habislah kali ini mereka keracunan mati akibat makan buah gadung itu.Setelah tidak berapa lama kemudian ayah balik dan saya memberi tahu akan ayam dan itek kami yang bergelempangan setelah memakan ubi gadung itu.Dia cepat menyuruh saya mencari buah kelapa yang banyak gugur dan kemudian dia mengupas dan mengambil air dan disiramkan kepada ayam dan itek-itek kami itu.Tidak lama kemudian kelihatan ayam dan itek itu sedar dan bangun semula.Mengikut ayah ,ayam dan itek itu pensan kerana memakan ubi gadung yang tidak dibuang racunnya dahulu sebelum diberi mereka makan.Jadi kita kena rendam dahulu ubi gadung itu dalam air kelapa semalaman kemudian barulah boleh dimakan.Manakala air kelapa pula adalah penawar bagi yang pengsan dan sampai hari ini saya memang ingat sangat tentang ubi gadung ini dan sehingga hari ini saya tidak mahu memakan ubi tersebut lagi.
Dr Aminudin
Tuesday, October 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment