Saturday, June 13, 2009

Tugal

Tugal adalah alat yang selalu kami gunakan untuk menugal jagong atau padi huma.Menugal jagong biasanya kami gunakan kayu yang dibahagian hujungnya tajam yang ditikam pada tanah yang hendak menugal jagong.Kawasan yang popular menugal jagong adalah dibelakang Guabama yang digelar juga bama.Disitu ramai orang Relong membuat jagong masa dahulu tetapi sayang sekarang telah naik semak dan belukar bila saya melawatnya awal tahun ini.Disitulah diusahakan tanaman jagong yang emak saya,akak nab,pakanda dahan,wan kiah,akak siti dan ramai lagi orang Relong menanam jagong.Jagong memang enak direbus bagi kami bebudak masa itu.Jagong semasa berbuah muda yang kita panggil pudak jagong memang enak dimakan buat sayor lemak atau sayor masam dengan ikan puyu atau ikan toman.Jagong muda boleh direbus atau dibuat bubur jagong dengan dicampor dengan durian dimusim durian.Manakala bulan puasa ia boleh dibuat puding jagong yang enak masa berbuka puasa.
Hari ini kita tidak tidak lagi melihat orang Relong menugal jagong atau padi huma yang biasa ditanam diBukit Peninjau, saya masa kecil pernah menugal padi huma dibukit Perupuk dengan menggunakan sebatang besi yang tajam dihujungnya.Penugal ini ayah tempah dari Hasan Titik kerana untuk menugal pada huma diBukit Perupok tanahnya keras bebanding diBama yang tanah lembut dan kehitaman.Padi huma jarang mendapat hasil lumayan kerana banyak musuh terutama burung,monyet,babi dan lain-lain jadi kami sekeluarga tidaklah mengusahakanya dengan menugal setiap tahun,biasanya kalau nak menerangkan kebun getah kami diBukit Perupuk sebagaimana yang pernah saya ceitakan.Hari ini bebudak muda Relong mungkin tidak lagi dapat melihat orang menugal jagong atau padi human lagi, jadi bila membaca blog ini mereka tahu kami pernah menugal jagong dan padi huma dimasa dahulu.

Dr Aminudin

4 comments:

endiem said...

kalau tak guna tugal .. nak tanam jagung guna apa.?

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdr endiem,

DiEropah menanam jagong pakai jentera penanam jagong secara komersial, ditepi sungai pahang bagi tanah lembut boleh pakai jari aje untuk menanam beneh jagong.

Dr Amin

hai said...

baru2 ni saya ke klntan melalui gua musang,kami bersarapan di relong,dan anak saya bertanya guabama tu ada gua ke??

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Sdri Hai, memang betul Guabama yang tepi Jalan keGuamusang ,dimana dari tepi jalan itu ada sebuah klinik kecil dan nama Guabama.Papan tandanya dahulu ada tidak jauh dari klinik tersebut.

Dr Amin